Anda di halaman 1dari 13

1

1 Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri tamadun.

Rajah 1

Apakah X ?

A Kemajuan sistem perhubungan


B Hubungan antara kerajaan
C Kehidupan berorganisasi
D Perkembangan ekonomi

2 Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan ?

A Mengukuhkan kedudukan politik


B Memperkuat anggota tentera
C Memajukan bidang ekonomi
D Melahirkan rakyat yang seimbang

3 Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.


Tamadun Lokasi
Mesopotamia Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
Mesir Purba Lembah Sungai Nil
Indus Lembah Sungai Indus
Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah tertumpu ke lembah sungai?

I Mempunyai tanah yang subur


II Mengekalkan warisan tradisi
III Mendapat mandat tuhan
IV Memudahkan perhubungan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1249/1 SPM 2017


2

4 Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti


berikut ?

 Mohenjo – Daro
 Harappa

A Lokasi stategik
B Penduduk ramai
C Bidang geometri yang maju
D Sumber alam yang banyak

5 Rajah 2 berkaitan dengan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara

Kerajaan Awal Agraria


di Asia Tenggara
Maritim
Rajah 2

Apakah perkara yang membezakan kedua-dua bentuk kerajaan tersebut ?

I Kegiatan ekonomi
II Lokasi kerajaan
III Anutan agama
IV Sistem pemerintahan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

 Srivijaya
 Kedah Tua

Kerajaan tersebut berkembang kerana

A banyak bekalan hasil pertanian


B mendapat perlindungan kuasa asing
C terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan
D terletak di kawasan pedalaman yang subur

7 Mengapakah masyrakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

A Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai


B Mengamalkan penyembahan berhala
C Hidup berpecah belah
D Tidak jujur dalam perniagaan

1249/1 SPM 2017


3

8 Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke


Habsyah ?

Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersenut ?

A Menjalin hubungan diplomatik


B Mengelakkan penindasan
C Mengadakan rundingan damai
D Memenuhi jemputan pemerintah

9 Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang
mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?

A Mengambil tindakan ketenteraan


B Menamatkan hubungan diplomatik
C Menghantar bayaran ufti setiap tahun
D Menandatangani perjanjian persahabatan

10 Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah.

 Mendapat hak yang sama


 Jaminan keselamatan

Hak tersebut terjamin selagi mereka

A terlibat dalam pentadbiran negara


B berkhidmat sebagai tentera
C mematuhi prinsip piagam
D menghormati ajaran Islam

11 Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

 Empangan Abu Musa di Basyrah


 Terusan Amirul Mukminin di Mesir

Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut ?

A Membekalkan air bersih


B Mengelakkan banjir berlaku
C Meningkatkan produk pertanian
D Meningkatkan kegiatan perdagangan

1249/1 SPM 2017


4

12 Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran


kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW

Khulafa al-Rasyidin Kerajaan Bani Umaiyah


Melalui musyawarah atau syura x
Jadual 2
Apakah X ?

A Secara warisan
B Pemilihan rakyat
C Keputusan majlis tahkim
D Cadangan khalifah terdahulu

13 Jadual 3 menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Negeri Cara pengislaman pemerintah


Pattani Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said
Pasai Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail
Jadual 3

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ?

A Mengharapkan anugerah
B Menguasai kerajaan
C Menarik perhatian rakyat
D Menyekat pengarauh agama lain

14 Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan


Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan


syahbandar tersebut ?

A Cekap dalam pentadbiran


B Mengamalkan sifat jujur
C Mahir dalam perniagaan
D Setia kepada bangsawan

15 Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan
pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisonal.

Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh ?

A Melalui pendidikan formal


B Menggunakan kekuatan tentera
C Memantapkan adat istiadat
D Menjalin hubungan luar

1249/1 SPM 2017


5

16 Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh


sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

 Makhdum Sayid Abdul Aziz


 Maulana Abu Bakar

Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan


Kesultanan Melayu Melaka ?

A Menjadi penasihat raja


B Mengurus kegiatan ekonomi
C Menjadi utusan ke luar negeri
D Menggubal peraturan rasmi istana

17 Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan


masyarakat.

Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?

A Mengamalkan sistem perhambaan


B Mementingkan keperluan akhirat
C Mengenakan cukai yang tinggi
D Mendukung sistem monarki

18 Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ?

A Melindungi para petani


B Mentadbir wilayah takluk
C Mengetuai aktiviti gereja
D Menaugi para seniman

19 Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasyukan buruh asing ke Tanah


Melayu pada akhir abad ke-19.

 Sistem kontrak
 Sistem kangani

Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan ?

A Penindasan terhadap buruh berleluasa


B Pengurangan hasil perlombongan
C Kemelesetan ekonomi dunia
D Ketidakseimbangan antara kaum berlaku

1249/1 SPM 2017


6

20 Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan jajahan mereka?

A Beban Orang Putih


B Asia Untuk Orang Asia
C Tugas Menyebarkan Tamadun
D Kemakmuran Bersama Asia Timur

21 Jadual 4 berkaitan dengan seorang tokoh nasionalis di Asia Tenggara.

Tokoh Negara Hukuman

Jose Rizal Filipina Dijatuhi hukuman bunuh oleh penjajah Sepanyol


Jadual 4

Mengapakah tokoh nasionalis tersebut dijatuhi hukuman bunuh ?

A Bersubahat dengan Amerika Syarikat


B Dituduh menyertai gerakan pemberontakan
C Disyaki mengkhianati agama Kristian
D Membunuh pegawai tinggi kerajaan

22 Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British


menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

A Meningkatkan cukai eksport


B Menyediakan peluang pekerjaan
C Menyalurkan bantuan kewangan
D Memeterai pelbagai perjanjian

23 Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

 Syarif Masahor
 Datu Patinggi Abdul Gapur

Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?

A Meyekat kedatangan imigran


B Mempertahan hak mengutip cukai
C Mengawal kegiatan mencari hasil hutan
D Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

1249/1 SPM 2017


7

24 Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan ?

A Menyerang Pasir Puteh


B Meminta bantuan Siam
C Menyekat bekalan makanan
D Menghalang laluan kapal dagang

25 Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20.

Gambar 1: Mohamad Eunos Abdullah

Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?

A Membina pusat pendidikan


B Membuka kawasan pertanian
C Menubuhkan pusat kebudayaan
D Memperoleh petempatan khas

26 Jadual 5 berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan
abad ke-18.
Tahun Revolusi
1688 Revolusi Inggeris
1789 Revolusi Perancis
Jadual 5

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah ?

A Sistem sosialis tamat


B Ideologi komunis meluas
C Kuasa rakyat bawahan terjejas
D Negara berasaskan bangsa dibentuk

1249/1 SPM 2017


8

27 Berikut adalah Jemaan Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman


pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836-1886).

Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan


Negeri
Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut ?

A Menguruskan pembagunan
B Menjaga hal ehwal luar
C Mengurus kewangan
D Menjaga keamanan

28 Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara


Jerman.
 Peperangan dengan Denmark - 1864
 Peperangan dengan Austria - 1864
 Peperangan dengan Perancis - 1870

Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?

A Serangan balas
B Penyatuan negara
C Penguasaan ekonomi
D Kediktatoran pemerintah

29 Jadual 6 berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum


merdeka.

Tahun Peristiwa
1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani
Jadual 6

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu ?

A Berkuasa mengawal pentadbiran


B Parti - parti politik digabungkan
C Syarat kerakyatan dipermudah
D Hak istimewa dilindungi

1249/1 SPM 2017


9

30 Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang


ditubuhkan pada 1948.

 Pegawai kanan British


 Pemimpin UMNO
 Wakil Raja – Raja Melayu

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk ?

A Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran


B Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan
C Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union
D Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

31 Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi
proses dekolonisasi.

A Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat


B Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
C Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
D Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

32 Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.

1953 Penganjuran Persidangan Kebangsaan

1951 Pembukaan keahlian UMNO kepada semua kaum

1949 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Rajah 3

Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ?

A Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan


B Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat
C Pengaruh orang dagang semakin kuat
D Perpaduan antara kaum tidak mantap

1249/1 SPM 2017


10

33 Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan


Malaysia pada peringkat awal ?

A Menghormati keputusan pemerintah tempatan


B Mempertahan kepentingan pembesar setempat
C Mengelakkan ancaman tentera Filipina
D Mengekalkan pentadbiran British

34 Apakah kesan peristiwa berikut ?

Tahun Peristiwa
1965 Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan
daripada Presiden Soekarno

A Perang Dingin merebak


B Pakatan tentera dibentuk
C Dasar konfrantasi berakhir
D Sistem beraja dipulihkan

35 Rajah 4 berkaitan dengan Badan Berkanun di Malaysia.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ( MIDA )


Bidang
Berkanun Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( MADA )

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ( FRIM )


Rajah 4

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan badan berkanun tersebut ?

I Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu


II Mempunyai peruntukan kewangan sendiri
III Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
IV Memiliki bilik gerakan di setiap negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1249/1 SPM 2017


11

36 Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi
pilihanraya kecil.
Pegawai Pilihan Raya : Maaf, saya terpaksa menolak borang
permohonan encik.
Calon : Kenapa ditolak
Mengapah borang penamaan calon tersebut pula ? ?

A Tidak menganggotai parti politik


B Belum mendaftar sebagai pemilih
C Menjalankan kegiatan perniagaan
D Tersenarai dalam individu muflis

37 Rajah 5 menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.

Membangunkan kawasan luar bandar


Matlamat Rancangan
Malaya Pertama
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan

Rajah 5

Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai ?

A Bahan mentah terhad


B Ancaman komunis
C Kelemahan pentadbiran
D Kekurangan kemudahan asas

38 Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan


oleh kerajaan menjelang tahun 2020.

 Perpaduan rakyat
 Kestabilan politik
 Ketinggian maruah bangsa
 Kekukuhan nilai moral dan etika

Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras ?

A Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri


B Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar
C Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal
D Membina kemajuan berasakan kerohanian.

1249/1 SPM 2017


12

39 Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.

Malaysia

MAPHILINDO Filipina

Indonesia

Rajah 6

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara – negara tersebut ?

A Menghapus komunis
B Menamatkan persengketaan
C Menyelaras kawasan sempadan
D Membentuk kerjasama tentera

40 Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ?

A Membentuk pertubuhan serantau


B Mengisytiharkan ZOPFAN
C Menaja kegiatan subversif
D Melakukan serangan bom atom

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1249/1 SPM 2017


13

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1


SPM 2017

NO JAWAPAN MUKA SURAT


1 C 6
2 D 53
3 B 8
4 C 27
5 A 75
6 C 81
7 C 102
8 B 113
9 A 145
10 C 127
11 C 147
12 A 150
13 C 176
14 B 180
15 C 197
16 A 197
17 B 216
18 A 215
19 A 225
20 C 238
21 B 19
22 D 30
23 B 34-35
24 A 41
25 D 54
26 D 67
27 A 84
28 B 70
29 D 108
30 C 104
31 D 117
32 D 120
33 D 142
34 C 147
35 A 174
36 D 179
37 B 199
38 A 219
39 B 254
40 D 233

A = 10 B=9 C = 11 D = 10

1249/1 SPM 2017

Anda mungkin juga menyukai