Anda di halaman 1dari 1

Nursyafiqah Binti Harris

PISMP PJ Sem 1

Analisis Perkembangan Kanak-Kanak Berdasarkan Video

Berdasarkan video yang telah saya lampirkan,peringkat perkembangan kognitif bagi


kanak-kanak di dalam video tersebut ialah peringkat sensori motor dimana lingkungan umur
mereka ialah dari lahir hingga 2 tahun. Pada usia ini, Perkembangan kognitif peringkat sensori
motor bergantung kepada penggunaan deria dan kemahiran motor yang ada seperti melihat,
mendengar, menyentuh dan juga merasa. Kanak-kanak belajar dengan mengkoordinasikan
maklumat deria mereka dengan kebolehan motor untuk memebentuk skema yang
membolehkan mereka meneroka dan memahami dunia persekitarannya. Pada peringkat ini
mereka mempelajari sesuatu melalui tindakan ulangan dan masih belum mempunyai kebolehan
simbol. Seperti yang dapat dilihat dalam video yang saya lampirkan, kanak-kanak dalam video
tersebut menunjukkan reaksi seperti takut dan terkejut apabila mendengar bunyi yang aneh. Ini
kerana mereka masih belum dapat mentafsirkan sesuatu yang datang dari deria mereka
dengan jelas. Adakah bunyi tersebut membawa bahaya atau tidak. Mungkin juga kanak-kanak
ini telah belajar secara ulangan bahawa bunyi tersebut dapat mendatangkan bahaya. Oleh itu,
mereka menunjukkan reaksi seolah-olah takut akan bunyi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai