Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Program ini telah membawa kebaikan yang sangat jelas dan berkesan kepada
para mahasiswa-mahasiswa. Iaitu, memberitahu ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin dan juga cara dan teknik yang boleh
digunakan oleh seorang pemimpin supaya berjaya. Program ini berjaya untuk menanam
ilmu tersebut ke dalam minda mahasiswa melalui permainan stesen yang menarik dan
memerlukan ilmu sebagai pemimpin untuk mahasiswa menjayakan permainan tertentu.
Permainan stesen yang berbagai memberi peluang mahasiswa bukan sekadar faham
sahaja tentang teori untuk manjadi seorang pemimpin dari kelas, tetapi
mengaplikasikan ilmu dan teori tersebut.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian kita, kita masih dapat melihat bahawa
beberapa kelemahan program ini wujud semasa ia dijalankan. Yang pertama sekali,
lokasi program ini dijalankan. Lokasi program di Padang KTR kurang memuaskan
kerana mahasiswa sentiasa menyorokkan diri di bawah pokok daripada matahari yang
kuat dan tidak dapat fokus kepada program yang sedang dijalankan. Seterusnya,
pengurusan masa dan penyampaian mesej yang lemah juga menyebabkan sebahagian
daripada program kita terpaksa dibatalkan.

Sebagai cadangan untuk menambahbaikkan program ini, kita cadangkan


bahawa lokasi yang dipilih untuk menjalankan program boleh buat di ruang dalaman
seperti ruang L50 atau N24, supaya mahasiswa dapat fokus dengan program. Selain itu,
penggunaan sistem pembesar suara untuk menyampai mesej dengan berkesan dan cepat
dapat menjamin program dilaksanakan dengan lancar dan mengikuti masa yang telah
ditentukan.

Anda mungkin juga menyukai