Anda di halaman 1dari 2

CABARAN IMPLEMENTASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Kemahiran dan Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Jika dahulu segala pengurusan dan pentadbiran sekolah dilakukan secara manual, kini pihak pentadbir
boleh menarik nafas lega setelah sistem pangkalan data murid dibangunkan untuk mengendalikan
pengurusan data murid. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh, kerja-kerja
pengkeranian menjadi lebih mudah dan teratur. Namun begitu, kewujudan dan perkembangan teknologi
maklumat perlu bergerak seiring dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
menggunakan kemudahan tersebut. Oleh kerana guru masih terikat dengan kerja-kerja pengkeranian, guru
terpaksa menuntut segala ilmu mengenai teknologi maklumat supaya dapat memudahkan urusan
pentadbiran murid. Tanpa pengetahuan asas seperti menguruskan laman sesawang di internet atau cara
menggunakan perisian seperti Microsoft Excel, guru tidak akan mampu untuk melunaskan
tanggungjawab dengan cekap dan pantas. Bukan sahaja tidak menjimatkan masa, malahan
ketidakcekapan guru dalam mengendalikan teknologi akan mengganggu keseluruhan rangka pentadbiran
sekolah.

Kemahiran-kemahiran yang sama juga diperlukan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Untuk menarik minat murid supaya
mereka lebih fokus dalam PdPc, guru perlu berfikiran kreatif dalam menggunakan teknologi secara
berkesan. Sebagai contoh, guru boleh menjadikan PdPc lebih menarik dengan menggunakan projektor
slaid untuk menayangkan slaid atau video di skrin yang lebih besar. Untuk mencapai tujuan ini, guru
semestinya perlu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan projektor slaid tersebut dan mempunyai
ilmu untuk menyediakan segala bahan pengajaran menggunakan slaid seperti perisian Microsoft Power
Point.

Penyampaian Maklumat Yang Efektif

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa implementasi teknologi dalam pendidikan memberi
seribu kebaikan jika dibandingkan dengan keburukan yang dibawa. Namun begitu, tidak semua sesi PdPc
yang menerapkan penggunaan teknologi dilakukan secara berkesan. Kadangkala, bahan yang disediakan
dan digunakan oleh guru tidak bersesuaian dan tidak berjaya mencapai objektif pembelajaran.
Penggunaan teknologi dalam PdPc juga berisiko kerana bahan-bahan seperti video dan slaid yang
digunakan berkemungkinan tidak selengkap seperti yang disediakan di dalam buku teks sekolah. Oleh itu,
guru harus berhati-hati dalam menyediakan dan memilih bahan bantuan mengajar yang betul sekiranya
mahu objektif pembelajaran tercapai.
Peruntukan Untuk Pemasangan Alatan

Kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi dapat meringankan bebanan guru-guru dalam urusan
pengurusan maklumat murid seperti pelancaran Aplikasi Pangkalan Data Murid oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2013

Anda mungkin juga menyukai