Anda di halaman 1dari 17

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1

TEMA SEJARAH DAN WARISAN

TAJUK MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca secara imbasan untuk mendapatkan maklumat.
OBJEKTIF
ii. Menyatakan proses membuat kuih dengan memberikan justifikasi.
iii. Mencipta resepi menggunakan bahan yang diberi.

i. Teknik Bacaan: KWLH


STRATEGI /
ii. KBAT: Menganalisis
PENDEKATAN
ABAD 21
iii. Nilai: Menghargai makanan tradisi sebagai warisan turun temurun

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Pembelajaran Koperatif

i. Gambar makanan tradisional


MEDIA
ii. Petikan blog

SITUASI Peribadi

FORMAT TEKS Tidak berurutan

JENIS TEKS Penceritaan

PROSES
Mengimbas dan mengenal pasti
KOGNITIF

1
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

AKTIVITI CATATAN
a. Meneliti gambar makanan tradisional. LAMPIRAN 1
Gambar makanan tradisional.
b. Mengkategori jenis makanan
(Gunakan peta i-think untuk
menunjukkan klasifikasi)
 Makanan berat
 Kuih muih
 Kerabu
LANGKAH 1

a. Baca petikan yang diberi secara individu. LAMPIRAN 2


b. Dalam kumpulan kenal pasti: Petikan ‘Kuih Baulu
Tradisional’
 Bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat kuih baulu tradisional dan Teknik bacaan imbasan.
kuantitinya. Perlu meneroka sumber lain
 Cara tradisional kuih baulu dimasak. untuk jawapan.

c.
Bentangkan dapatan.

LANGKAH 2

a. Petikan ini terdapat kekurangan/ kelemahan. Kenal Kekurangan/ kelemahan


pasti apakah kekurangannya. petikan:
Dalam kumpulan bincangkan bagaimana dengan tidak menyatakan cara
b.
bahan-bahan tersebut dapat menghasilkan kuih membuat kuih baulu
baulu yang gebu dan ringan. Murid harus tradisional.
memberikan justifikasi.

c. Bentangkan hasil perbincangan menggunakan LAMPIRAN 3


peta i-think yang menunjukkan proses.

LANGKAH 3

a. Berdasarkan tiga bahan utama tadi (telur, tepung


dan gula), nyatakan nama makanan/ kuih-muih
yang boleh dihasilkan.
b.
Sediakan satu resipi mudah tanpa meninggalkan
ketiga-tiga bahan tersebut. Ubah kuantiti mengikut
kesesuaian.

2
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 1

GAMBAR MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

3
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 2

KUIH BAULU TRADISIONAL

Sebelum ini ummi sudah cuba google resepi ini di


internet, ada bermacam-macam versi dan cara
membuatnya. Harus diingatkan kuih baulu ini
nampak macam senang tetapi mencabar jugak
hendak membuatnya. Orang dulu-dulu bakar
menggunakan api arang, sampai berpeluh-peluh
hendak meniup api, hendak pastikan kepanasan
suhunya bagi memastikan baulu ini masak
sempurna. Apatah lagi apabila dapat makan panas-
panas, memang terasa nikmatnya.

Bahan-bahan asas untuk membuat kuih baulu ini tidaklah sesukar mana. Kalau anda
semua rajin ke dapur, tidak ada masalah hendak dapatkan bahan-bahannya. Antara
bahan yang digunakan untuk membuat kuih baulu ini tidak banyak sebenarnya iaitu 10 biji
telur, 600 gram gula dan 600 gram tepung gandum. Senangkan. Perlu diingatkan di sini
bagi memastikan hasil yang cantik dan sempurna, sukatan telur, gula dan tepung
mestilah sama, kalau tidak, baulu tidak menjadi dengan eloknya. Ummi pernah buat ikut
sukatan yang sumbernya dari internet juga tetapi hasilnya mengecewakan. Mungkin
adunan telur tidak sekata dengan tepung. Sesetengah orang menggunakan sukatan
metrik dan ada juga masih mengekalkan cara orang lama iaitu menggunakan mangkuk
ataupun istilah berat timbangan kati. Kali ini ummi hendak kongsikan resepi kuih baulu
tradisional ini untuk para pembaca semua. Lepas ini bolehlah kita berpakat-pakat buat
kuih ini ya. Lembut dan gebu sekali kuih ini.
Ubah suai daripada:
http://intan-ummiharris.blogspot.my/2011/11/jom-buat-kuih-baulu-tradisional.html

4
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 3
PROSES MEMBUAT BAULU (CONTOH)

AYAK TEPUNG PUKUL TELUR


DAN GULA
HINGGA
KEMBANG

KACAU KEDUA-
DUA ADUNAN
HINGGA SEBATI

BAKAR
SELAMA MINIT

5
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 2

TEMA SEJARAH WARISAN

TAJUK BANGUNAN BERSEJARAH

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Mentafsir gambar secara tersurat dan tersirat.
OBJEKTIF
ii. Menjelaskan kepentingan bangunan bersejarah kepada
pelancong.

i. Teknik Bacaan :
 Bacaan secara imbasan dan luncuran
 6 Topi Berfikir
STRATEGI /
PENDEKATAN ii. KBAT: Menilai

iii. Nilai: Semangat Patriotisme

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Kecerdasan Pelbagai (Kajian Masa


Depan)

i. Gambar
MEDIA
ii. Laman web

SITUASI Awam dan Pendidikan

FORMAT TEKS Tidak berurutan

JENIS TEKS Perihalan

PROSES KOGNITIF Memahami isi tersurat dan tersirat

6
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

AKTIVITI CATATAN
a. Pada papan hijau buat lajur mengikut bilangan baris di Menjana idea
dalam kelas. Setiap baris mewakili satu kumpulan.
Minta seorang demi seorang murid menyenaraikan nama
b.
bangunan bersejarah di negara ini yang mereka tahu
pada lajur kumpulan mereka. Senarai terbanyak ialah
pemenang.

LANGKAH 1
a. Edarkan setiap kumpulan sekeping gambar. Dua LAMPIRAN 1
kumpulan boleh mendapat gambar yang sama.
Tafsirkan berdasarkan gambar yang dilihat dan yang Proses Kognitif:
b.
tersirat (misalnya peristiwa, peranan dan fungsi). Memahami isi tersurat
Bentangkan menggunakan peta i-think. dan tersirat
c.

LANGKAH 2
a. Baca petikan tentang sejarah perkembangan muzium di LAMPIRAN 2
Malaysia.
Buat kronologi peristiwa menggunakan peta i-think.
b.
Kaji sebab mengapa muzium di Kuching, Taiping dan
c.
Selangor sahaja yang menjadi asas kepada penubuhan
Muzium Negara.

LANGKAH 3
a. Masih dalam kumpulan yang sama, baca dan teliti sekali
lagi sejarah perkembangan muzium di Malaysia.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang untuk Alat berfikir:
b.
mengalihkan lokasi Muzium Negara ke kawasan lain ‘6 Topi Berfikir’
kerana lokasi sekarang sudah tidak sesuai
memandangkan kawasan itu telah pesat membangun LAMPIRAN 3
sebagai kawasan komersial. Walau bagaimanapun
terdapat bantahan daripada pelbagai pihak agar lokasi
sekarang kekal.
c. Dalam kumpulan, gunakan teknik ‘6 Topi Berfikir’ untuk
menyelesaikan isu ini.

7
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 1
BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

8
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 2

9
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 3

SEJARAH PERKEMBANGAN
MUZIUM DI MALAYSIA
SEHINGGA PENUBUHAN MUZIUM NEGARA

Muzium Perak, Taiping Penubuhan muzium pertama oleh British di Tanah Melayu.
1883)
Muzium Sarawak Penubuhan Muzium Sarawak oleh Raja Sarawak II Sir
(1888) Charles Brooke di Kuching.
Muzium Selangor Muzium Selangor mula beroperasi.
(1906)
Muzium Selangor dan Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini digabungkan
Muzium Taiping menjadi Muzium Negeri-Negeri Bersekutu di bawah
(1910) pentadbiran Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
Muzium Selangor dan Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini dipisahkan
Muzium Taiping di bawah program desentralisasi kerajaan British.
(1930)
Muzium Selangor Sebahagian bangunan muzium dan koleksi musnah akibat
(10 Mac 1945) serangan udara oleh Tentera Berikat semasa Perang Dunia
Kedua.
Muzium Negara Bangunan sementara Muzium Negara yang ditubuhkan atas
Sementara inisiatif Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di
(11 Feb. 1953) tapak asal Muzium Selangor dibuka kepada orang ramai.

(1961) Bangunan sementara Muzium Negara dirobohkan untuk


memberi laluan kepada pembinaan bangunan Muzium
Negara.
Muzium Negara Pembinaan bangunan Muzium Negara
(1962)

(31 Ogos 1963) Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong III – Tuanku Syed Putra Al-Haj.

Petikan:
http://www.muziumnegara.gov.my/main/?c=Sejarah_1&parent=Mengenai_Kami_2

10
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 3

TEMA SEJARAH DAN WARISAN

TAJUK PAKAIAN TRADISIONAL: SONGKET

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


HASIL
i. Menghasilkan idea dan produk yang kreatif dan inovatif.
PEMBELAJARAN
ii. Membuat analisis tentang harga songket

i. Teknik Bacaan : Paragambar:


ii. KBAT: Menganalisis
STRATEGI /
PENDEKATAN iii. Nilai: Menghargai warisan bangsa

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Pembelajaran inkuiri

i. Video You-Tube
MEDIA ii. Jadual
iii. Petikan blog

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES Mengintegrasi dan menjana inferens


KOGNITIF

11
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

AKTIVITI CATATAN

a. Mendengar lagu ‘Kain Songket’. Jika perlu, mainkan dua LAMPIRAN 1


kali agar murid dapat mencatat isi penting lirik lagu. Lagu ‘Kain Songket’
nyanyian Biduanita
b. Saloma.
Jelaskan tentang kain songket. Gunakan peta i-think.
https://www.youtube.com/
watch?v=dSMoHcgLsNA
Lirik ini tidak perlu diedar.

LANGKAH 1

a. Tunjukkan empat keping gambar inovasi dalam industri LAMPIRAN 2


songket. Gambar
Minta murid terangkan satu persatu dan dalam situasi
b.
mana digunakan.
Dalam kumpulan, fikirkan inovasi lain yang boleh dibuat
c. daripada kain songket (selain daripada yang biasa seperti
bekas pencil, kotak gindu bibir atau cenderamata
perkahwinan). Inovasi ini hendaklah yang ada nilai
komersial di peringkat antarabangsa.
d. Murid mengemukakan cadangan lakaran dengan gambar
dan kegunaannya.

LANGKAH 2

a. Baca petikan tentang ‘Faktor-faktor yang Menentukan LAMPIRAN 3


Harga Songket’.

b. Buat analisis tentang faktor penentu harga songket dan KBAT:


berikan justifkasi mengapa dikatakan demikian.
Membuat analisis
Sekiranya anda pengusaha songket, letakkan harga yang
c. sesuai pada setiap barangan songket yang berikut serta
berikan justifikasi: Teknik bacaan:
- Kain sepasang untuk dibuat pakaian wanita Paragambar
- Kain sampin lelaki
- Tudung yang ada elemen/ tampalan songket Mengintegrasi dan
menjana inferen
- Alas meja yang ada elemen/ tampalan songket

d. Kaitkan maklumat yang ada dengan pengalaman atau


bahan rujukan lain. Bentangkan hasil perbincangan.

12
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 1

KAIN SONGKET
Nyanyian Biduanita Saloma

Pemuda pemudi kalau berkain songket


Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terengganu
O abang yang manis
O nona yang lawa
Pakai kain songket, pakaian budaya.

Kain songket pakaian anak Melayu


Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Kerana jemu mata memandang
Tidak seperti batik basahan
Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan.

Sungguh banyak dipakai masa hari raya


Miskin kaya kecil besar tua muda
Apa lagi yang lelaki tua
Bila berjalan dengan kaki tiga
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua
Blog
http://snjsongket.blogspot.com
Ulang rangkap pertama
FB
http://www.facebook.com/pages/
SNJ-Son...
● Category

○ People & Blogs

● License

○ Standard YouTube License

● Music
13 ○ "Kain Songket" by Saloma (iTunes)
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 2

INOVASI SONGKET

14
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 3

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN HARGA SONGKET

Harga songket di pasaran Malaysia sekarang agak stabil. Cuma


berlaku sedikit kenaikan harga songket disebabkan faktor semasa berbanding 5 hingga
10 tahun dahulu. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi harga songket di
Malaysia:

FAKTOR LUARAN FAKTOR CORAK SONGKET

1. Kenaikan harga barang asas untuk 1. Corak songket ditentukan oleh


membuat songket seperti harga kombinasi bilangan benang yang
benang. digunakan. Corak yang paling
2. Proses untuk menyiapkan songket asas hanya menggunakan
mengambil masa yang agak lama kombinasi 3 jenis benang sahaja.
kerana ditenun oleh penenun mahir Contohnya penggunaan benang
yang terdiri daripada warga emas. berwarna hitam/putih sebagai
warna tanah, dan penambahan
3. Kenaikan kos sara hidup
penggunaan warna dari benang
menyumbang kepada penentuan
perak dan emas.
harga songket.
2. Corak tenunan yang terdapat
4. Faktor cuaca menyebabkan proses
pada songket seperti corak
menyiapkan songket mengambil
bunga juga menjadi faktor
masa yang lama.
menentukan harga.
3. Corak tenunan yang mempunyai
pelbagai warna dan saiz.
4. Corak tenunan yangmempunyai
5. Jenis benang sama ada benang
emas atau benang sutera.

Petikan:
http://mayasongket.blogspot.my/

15
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

Tema Sejarah dan warisan

Situasi Lambakan restoran makanan segera di negara kita menyebabkan


makanan tradisional kurang digemari dan tidak dikenali oleh
golongan muda. Keadaan ini sekiranya tidak dibendung, sudah
pasti menyebabkan makanan tradisional ini semakin terpinggir.
Anda berhasrat untuk mengangkat produk makanan tradisional ini
supaya digemari oleh golongan muda di samping dapat
menembusi pasaran antarabangsa.

Bentuk tugasan berkumpulan (4-5 orang)

Arahan tugasan 1. Kenal pasti sejenis makanan tradisional yang semakin terpinggir.
2. Kumpulkan maklumat berkaitan makanan tersebut dari segi:
2.1 Asal usul produk
2.2 Cara penghasilan produk
2.3 Cara makanan ini boleh dikomersialkan sehingga ke
peringkat antarabangsa
3. Hasil dapatan anda hendaklah didokumentasikan dalam bentuk
brosur dan powerpoint
3.1 Terangkan aspek-aspek menarik yang terdapat
dalam brosur dari sudut
3.1.1 Logo produk yang bersifat global
3.1.2 Butiran mengenai produk – kelebihan dan
kekuatan
3.1.3 Potensi negara-negara pilihan untuk
memasarkan produk
3.2 Pelajar digalakkan untuk menyertakan rakaman
video berkenaan cara penghasilan produk untuk
pembentangan

Cadangan masa 4 (empat) minggu

16
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

Restoran Malaysia di luar negara

Inovasi terhadap makanan tradisonal


17

Anda mungkin juga menyukai