Anda di halaman 1dari 7

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1
TEMA
SEJARAH DAN WARISAN
TAJUK
MAKANAN TRADISIONAL MELAYU
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Membaca secara imbasan untuk mendapatkan maklumat.
OBJEKTIF ii. Menyatakan proses membuat kuih dengan memberikan
justifikasi.
iii. Mencipta resepi menggunakan bahan yang diberi.

i. Teknik Bacaan: KWLH


STRATEGI /
ii. KBAT: Menganalisis
PENDEKATAN
ABAD 21
iii. Nilai: Menghargai makanan tradisi sebagai warisan turun temurun

iv. Strategi P&P Abad ke-21 : Pembelajaran Koperatif

i. Gambar makanan tradisional


MEDIA
ii. Petikan blog

SITUASI Peribadi

FORMAT TEKS Tidak berurutan


JENIS TEKS Penceritaan
PROSES
Mengimbas dan mengenal pasti
KOGNITIF
30
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

AKTIVITI CATATAN
a. Meneliti gambar makanan tradisional. LAMPIRAN 1
b. Mengkategori jenis makanan Gambar makanan tradisional.
(Gunakan peta i-think untuk
menunjukkan klasifikasi)
 Makanan berat
 Kuih muih
 Kerabu
LANGKAH 1

a. Baca petikan yang diberi secara individu. LAMPIRAN 2


b. Dalam kumpulan kenal pasti: Petikan ‘Kuih Baulu
 Bahan-bahan yang diperlukan untuk Tradisional’
Teknik bacaan imbasan.
membuat kuih baulu tradisional dan
kuantitinya. Perlu meneroka sumber lain
 Cara tradisional kuih baulu dimasak. untuk jawapan.
c. Bentangkan dapatan.

LANGKAH 2

a. Petikan ini terdapat kekurangan/ kelemahan. Kenal Kekurangan/ kelemahan


pasti apakah kekurangannya. petikan:
b. Dalam kumpulan bincangkan bagaimana dengan tidak menyatakan cara
bahan-bahan tersebut dapat menghasilkan kuih membuat kuih baulu
baulu yang gebu dan ringan. Murid harus tradisional.
memberikan justifikasi.
c. Bentangkan hasil perbincangan menggunakan LAMPIRAN 3
peta i-think yang menunjukkan proses.

LANGKAH 3

a. Berdasarkan tiga bahan utama tadi (telur, tepung


dan gula), nyatakan nama makanan/ kuih-muih
b. yang boleh dihasilkan.
Sediakan satu resipi mudah tanpa meninggalkan
ketiga-tiga bahan tersebut. Ubah kuantiti mengikut
kesesuaian.
31
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 1

GAMBAR MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

32
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 2

KUIH BAULU TRADISIONAL

Sebelum ini ummi sudah cuba google resepi ini di


internet, ada bermacam-macam versi dan cara
membuatnya. Harus diingatkan kuih baulu ini
nampak macam senang tetapi mencabar jugak
hendak membuatnya. Orang dulu-dulu bakar
menggunakan api arang, sampai berpeluh-peluh
hendak meniup api, hendak pastikan kepanasan
suhunya bagi memastikan baulu ini masak
sempurna. Apatah lagi apabila dapat makan
panas-panas, memang terasa nikmatnya.

Bahan-bahan asas untuk membuat kuih baulu ini tidaklah sesukar mana. Kalau anda
semua rajin ke dapur, tidak ada masalah hendak dapatkan bahan-bahannya. Antara
bahan yang digunakan untuk membuat kuih baulu ini tidak banyak sebenarnya iaitu 10
biji telur, 600 gram gula dan 600 gram tepung gandum. Senangkan. Perlu diingatkan di
sini bagi memastikan hasil yang cantik dan sempurna, sukatan telur, gula dan tepung
mestilah sama, kalau tidak, baulu tidak menjadi dengan eloknya. Ummi pernah buat
ikut sukatan yang sumbernya dari internet juga tetapi hasilnya mengecewakan.
Mungkin adunan telur tidak sekata dengan tepung. Sesetengah orang menggunakan
sukatan metrik dan ada juga masih mengekalkan cara orang lama iaitu menggunakan
mangkuk ataupun istilah berat timbangan kati. Kali ini ummi hendak kongsikan resepi
kuih baulu tradisional ini untuk para pembaca semua. Lepas ini bolehlah kita berpakat-
pakat buat kuih ini ya. Lembut dan gebu sekali kuih ini.
Ubah suai daripada:
http://intan-ummiharris.blogspot.my/2011/11/jom-buat-kuih-baulu-tradisional.html

33
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 2: SEJARAH DAN WARISAN

LAMPIRAN 3
PROSES MEMBUAT BAULU (CONTOH)

AYAK TEPUNG
PUKUL TELUR
DAN GULA
HINGGA
KEMBANG

KACAU KEDUA-
DUA ADUNAN
HINGGA SEBATI

BAKAR
SELAMA MINIT

34

Anda mungkin juga menyukai