Anda di halaman 1dari 13

HBHE 1103

Topik 1
1. Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempuran dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata
ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja(WHO).
2. Dalam usaha individu mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh dan optimum, terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi pencapaiannya. Faktor-faktor tersebut adalah
a) faktor pengaruh individu
b) faktor pengaruh interpersonal,sosial dan kerjaya
c) faktor pengaruh persekitaran
d) faktor penjagaan
e) faktor pengaruh komuniti
3. Faktor-faktor yang mendominasikan Pendidikan Kesihatan adalah:
a) Asas Kognitif
b) Perubahan tingkah laku
c) Model membuat keputusan
d) Kebebasan
e) Perubahan social
4. Senaraikan beberapa agensi kesihatan yang memberi Pendidikan Kesihatan kepada masyarakat.
(a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(b) Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
5. Pendidikan Kesihatan di sekolah merangkumi 3 aspek. Nyatakannya.
a) agensi- agensi pendidikan kesihatan
b) faktor- faktor yang mendominasikan pendidikan kesihatan
c) proses pendidikan kesihatan
6. Pendidikan Kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat
mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan
seharian. Apakah cara ia dapat disampaikan kepada masyarakat?
(a) Kaunseling Individu
(b) Pengajaran Berkumpulan
(c) Penggunaan Media Massa
(d) Program Tindakan Komuniti
(e) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal
7. Nyatakan matlamat dan tujuan Pendidikan Kesihatan di sekolah.
(a) Untuk mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap dan amalan.
(b) Untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan membekalkan pengalaman-
pengalaman kesihatan yang bermakna, yang boleh mengubah tingkah laku kesihatan.
(c) Untuk menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini dengan tingkah laku dan usaha
sendiri melalui pemupukan minat,pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan yang
lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti.
(d) Untuk memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan.

Topik 2
1. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah
rendah.( PPK, KPM 2003)
2. Dalam Pendidikan Kesihatan prasekolah, pelbagai konsep perlu diterapkan untuk perkembangan yang
menyeluruh. Nyatakan konsep-konsep ini secara khususnya:
a) Kesepaduan
b) Gabungjalin
c) Integrasi
3. Tunjang pembelajaran Pendidikan Kesihatan terdiri dari:
(a) Kesihatan Diri dan Keluarga
(b) Gaya Hidup Sihat
(c) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
4. Penilaian ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid-murid
secara menyeluruh. Namun, terdapat tujuan penilaian yang khusus, nyatakannya.
(a) Mengesan Perkembangan Murid secara Menyeluruh
(b) Melihat Perubahan pada Perkembangan Setiap Murid
(c) Membuat Perancangan Aktiviti
(d) Meneliti Keberkesanan Aktiviti, Rutin dan Strategi yang Digunakan
(e) Mempelajari Keperluan Setiap Murid
(f) Menyelesaikan Sesuatu Masalah
(g) Memberi Laporan yang Tepat kepada Ibubapa
(h) Memberi Laporan kepada Pakar
(i) Menghargai Hasil Kerja Murid
(j) Membuat Tindakan Susulan Serat Merta
5. Apakah yang anda faham dengan etika penilaian?
(a) Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang tertentu sahaja iaitu ibu bapa,
guru besar, pakar perubatan atau pun orang yang berkaitan mengikut Akta Pendidikan 1996;
(b) Rekod murid tidak boleh dipamerkan;
(c) Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil gambar dan merakam video yang
melibatkan murid berkenaan; dan
(d) Pastikan segala rekod pemerhatian diberi kepada ibu bapa pada akhir tahun.
Topik 3
1. Apakah peranan sosiologi dalam Pendidikan Kesihatan?
(a) Peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat;
(b) Kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial;
(c) Nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui pendidikan kesihatan;
(d) Perkaitan antara pendidikan kesihatan dengan pencapaian akademik;
(e) Sosialisasi melalui pendidikan kesihatan;
(f) Peningkatan mobiliti sosial melalui pendidikan kesihatan;
(g) Perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi masyarakat; dan
(h) Perkembangan sosial melalui pendidikan kesihatan.
2. Sistem tubuh yang terlibat dalam pergerakan dan perlindungan badan adalah:
找不到
3. Sistem rangka mempunyai 5 fungsi yang khusus, nyatakannya.
Sokongan: Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut
serta menyediakan tempat lekatan otot rangka.
Perlindungan: Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh. Sebagai contoh
otak dilindungi oleh tulang kranial manakala paruparu dan jantung dilindungi oleh tulang-tulang rusuk.
Pergerakan: Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang dan
menghasilkan pergerakan.
Penyimpanan mineral: Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal
disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.
Penyimpanan seldarah dan penghasilansel-sel: Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang
dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis.
Sum-sum tulang juga berfungsi untuk membina dan membentuk tulang. : Penyimpanan tenaga Lipid yang
disimpan di dalam sum-sum tulang yang berwarna kuning adalah sumber penting kepada tenaga kimia
dalam tubuh.
4. Sistem otot mempunyai 4 fungsi iaitu:
Pergerakan: Pengucupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh seperti berjalan, berlari, melompat
dan pelbagai aktiviti pergerakan yang lain.
Mengekalkan postur atau bentuk tubuh: Pengucupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan bentuk dan
posisi tubuh.
Penghasilan haba: Pengucupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba dan seterusnya membantu
tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh yang normal. Sejumlah 85 peratus keseluruhan suhu badan dijanakan
melalui pengucupan otot.
5. Sistem tenaga yang terdapat dalam sistem tubuh terdiri dari 3 iaitu:
(a) Sistem Tenaga Phosphagen – (ATP-PCr)
(b) Sistem Tenaga Asid Laktik
(c) Sistem Tenaga Aerobik

Topik 4
1. Pengetahuan Pendidikan Kesihatan dan kurikulum memainkan peranan dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak atas kepentingan berikut:
(a) Tahap kesihatan kanak-kanak mempengaruhi pertumbuhannya;
(b) Tahap kesihatan yang baik dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;
(c) Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan terjejas sekiranya kanak-kanak itu berpenyakit;
(d) Kanak-kanak yang sihat akan menjadi dewasa dan seterusnya ibu bapa yang sihat di masa hadapan;
(e) Pengambilan makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting untuk menjamin pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak yang sihat dan sempurna; dan
(f) Keadaan persekitaran yang sihat dan bersih dapat membantu kanak-kanak hidup dalam suasana yang sihat
dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang positif.
2. Apakah perbezaan di antara perkembangan fizikal dan mental?
Perkembangan fizikal merupakan suatu proses yang berkaitan dengan peningkatan dalam struktur saiz
yang dilihat dari aspek pertambahan ketinggian, berat dan jisim otot semasa kanak-kanak. Pertumbuhan
adalah pesat semasa bayi dan kadar ini berkurangan pada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Dalam perkembangan mental atau kognitif, pertumbuhan otak mencapai lebih kurang 75% pada umur tiga
tahun dan hampir 90% pada usia enam tahun. Manakala antara 8-12 tahun saiz otak mengalami
pertumbuhan yang sedikit. Begitu juga dengan keupayaan persepsinya.
Keupayaan kognitif individu, keupayaan untuk belajar dan berkembang secara intelektual. Seseorang itu
berupaya untuk berfikir, menyoal dan menganalisis peristiwa untuk menyelesaikan masalah kehidupan
seharian. Pengalaman formal dan tidak formal meningkatkan kecergasan mental. Tahap kecergasan mental
seseorang bermula ketika bayi, membawa ke peringkat dewasa dan saling berhubung antara kedua-duanya.
3. Perkembangan kerohanian ialah keupayaan kanak-kanak untuk membentuk dan memupuk amalan murni
masyarakat. Faktor yang mempengaruhi perkembangan kerohanian seseorang kanak-kanak ialah:
(a) Persekitaran yang baik
(b) Kemesraan
(c) Tingkah laku yang sopan
(d) Tutur kata secara berhikmah di antara manusia
4. Imunisasi dapat melindungi kanak-kanak prasekolah daripada penyakit tertentu, mengelakkan wabak dan
membasmi penyakit-penyakit tertentu. Antara penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi ialah:
a) Tibi (tuberculosis)
b) Hepatitis B
c) Difteria
d) Pertussis (batuk kokol)
e) Tetanus
f) Polio
g) Penyakit HIB (haemophilus influenzatype b)
5. Konjunktivitis boleh disebabkan oleh virus @ bakteria. Bagaimanakah konjunktivitis dirawat?
Tiada ubat yang berkesan untuk konjunktivitis disebabkan oleh virus. Selalunya konjunktivitis jenis ini
dihadapi bersama dengan demam selsema. Ia akan sembuh apabila demam selsema sembuh. Kebiasaanya
ia mengambil masa di antara 7 hingga 10 hari. Doktor biasanya akan memberi ubat titis mata antibiotik
untuk menghalang jangkitan kuman lain. Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria akan dirawat
dengan antibiotik dalam bentuk titis mata, ubat sapu ataupun pil. Penyakit ini selalunya mengambil masa
selama seminggu untuk sembuh. Anda dinasihati untuk mengambil ubat sebagaimana yang di arahkan
walaupun semua gejala sudah hilang.

Topik 5
1. Senaraikan amalan kebersihan untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan.

2. Perawakan diri adalah tanggapan kita terhadap tret mental-emosi, rohani dan sosial yang wujud daripada
pandangan dan pengalaman kita serta maklumbalas yang kita terima daripada orang lain. Apakah komponen-
komponen perawakan diri?
(a) Postur
(b) Imej Kendiri Psikologi
(c) Imej Fizikal
(d) Imej Kendiri
(e) Penghargaan Diri
3. Penyakit bawaan air merupakan penyakit-penyakit yang umumnya muncul di kawasan bencana alam seperti
diarea, kolera, typus, dan parathypus.
4. Apakah yang anda faham dengan "foodborne disease"?
Penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan terjangkit kalau makan atau minum bahan tercemar.
Topik 6

1. Gaya hidup sihat adalah amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang
memudaratkan kesiahatan. Gaya hidup sihat mempunyai 5 komponen yang terdiri dari :

2. Mengapakah kita perlu amalkan makanan seimbang dalam diet harian?


Makanan sangat penting untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat merangsangkan
tumbesaran yang normal. Kanak-kanak yang membesar dengan sihat akan dapat belajar dan berfikir
dengan baik, melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang masalah kesihatan. Makanan yang
seimbang adalah diperlukan untuk kita memelihara kesihatan agar tubuh badan kita boleh berfungsi
dengan baik.
3. Malnutrisi adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Apakah kesannya kepada
kesihatan?
4. Pelbagai masalah yang wujud akibat penyalahgunaan dadah adalah:
a) Gangguan fikiran;
b) Ketagihan;
c) Hilang selera makan;
d) Maut;
e) Kerosakan akhlak;
f) Menunjukkan sifat-sifat yang negatif; dan
g) Tidak bermoral.
5. Asap rokok boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti
1. Penyakit jantung;
2. Pengecilan saluran darah;
3. Barah;
4. Penyakit pernafasan;
5. Penyakit sistem pencernaan;
6. Bronkitis;
7. Emfisima;
8. Penyakit mulut; and
9. Kegencatan pertumbuhan anak di dalam rahim.

Topik 7
1. Senaman dibuat bertujuan menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi. Namun, terdapat
kelebihan senaman yang khusus, senaraikannya.
(a) Menguatkan kesihatan jasmani terutamanya jantung, paru-paru dan otot-otot;
(b) Mengelakkan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung koronari, kencing manis dan tekanan darah
tinggi;
(c) Membantu anda bertenang;
(d) Membantu anda mengurangkan lemak untuk mengawal berat badan;
(e) Membuat anda sihat dan lebih cergas;
(f) Membantu anda tidur dengan lebih nyenyak;
(g) Meningkatkan kolesterol ÂbaikÊ dalam badan;
(h) Menguatkan tulang dan sendi; dan
(i) Membina kekuatan dan daya tahan otot.
2. Panduan senaman yang ringkas dan lebih berkesan adalah mengikut prinsip FITT. Jelaskan prinsip FITT
dengan detail.

3. Rehat boleh dikategorikan kepada 2 iaitu rehat aktif dan pasif. Apakah perbezaan di antaranya?

4. Terdapat pelbagai faktor penyebab bagi stres secara umumnya. Apakah kesan stres kepada seseorang
individu?
找不到
5. Konsep kendiri dapat diperkembangkan melalui:
Topik 8
1. Perubahan cuaca akan menyebabkan dunia menjadi kering dan kontang. Antara kesan-kesan yang bakal
wujud daripada pengontangan ini adalah:
(a) Pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan cuaca.
(b) Pengurangan produktiviti tanah.
(c) Merosakkan pelindung sayur-sayuran.
(d) Meningkatkan banjir lumpur, mengurangkan kualiti air, mencetekkan sungai, tasik dan saliran.
(e) Menyebarkan wabak penyakit, seperti penyakit yang berkaitan dengan pernafasan, alahan, stress dan
penyakit bawaan vektor.
(f) Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.
(g) Menambahkan jumlah penghijrahan manusia.
2. Apakah beza di antara pencemaran udara dalaman dan luaran?
(a) Pencemaran Udara Dalaman
Terdapat pelbagai sumber yang menyumbang ke arah pencemaran udara dalaman. Asap rokok, wap daripada
bahan binaan seperti cat dan pengilat perabot adalah di antara sumber-sumber yang boleh menyebabkan
pencemaran udara dalaman. Pencemaran udara dalaman juga boleh berlaku apabila fosil daripada bahan api
yang digunakan untuk aktiviti memasak tidak dapat disalurkan keluar daripada ruang dapur dengan sempurna.
Asap daripada dapur memasak menghasilkan sebatian karbon monoksida dan
karsinogen ke udara yang mengancam kesihatan manusia (Schirnding, 2000).
(b) Pencemaran Udara Luaran
Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat sektor industri, ekonomi dan kenderaan bermotor,
masyarakat bandar terutamanya semakin terdedah kepada bahaya pencemaran udara seperti sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida, plumbum, partikel, ozon dan hidrokarbon. Pembakaran
terbuka sisa buangan perbandaran seperti plastik dan polyvinyl chloride (PVC) memburukkan lagi situasi
pencemaran udara luaran.
3. Salah satu jenis pencemaran air yang dikenali umum adalah pencemaran mikrobiologikal. Apakah yang anda
faham dengan pencemaran jenis ini?
Pencemaran mikrobiologikal berlaku apabila sumber air dicemari oleh pathogen, parasit, bakteria dan virus.
Unsur-unsur mikrobiologikal ini mencemari air, apabila sumber air dicemari oleh bahan-bahan buangan dan
kumbahan manusia serta haiwan. Ketidakupayaan manusia untuk merawat sisa-sisa buangan dan kumbahan
ini daripada mengalir masuk ke dalam sumber air adalah antara punca utama pencemaran mikrobiologikal.
Sumber air yang dicemari oleh unsur-unsur mikrobiologikal akan menjejaskan kesihatan pengguna air
tersebut. Ia boleh mengakibatkan seseorang itu dijangkiti pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan
kegatalan kulit. Kesihatan manusia juga akan terjejas jika mereka memakan haiwan dan tumbuhan yang
hidup dalam persekitaran sumber air yang telah dicemari oleh unsur-unsur mikrobiologikal ini.

4. Pencemaran radiasi boleh mengakibatkan barah, kecacatan dan masalah psikologi.


5. Apakah yang dicadangkan dalam hierarki pencegahan pencemaran?

Topik 9
1. Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan tahap kesihatan individu dan
masyarakat. Antara kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu ialah:
(a) Mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) Mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) Memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan
kesihatan.
(d) Membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) Menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan masyarakat.
(f) Menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.
2. Terdapat model dan teori yang boleh digunakan dalam merancang dan merangka bentuk komunikasi
dalam kesihatan. Nyatakannya.
(a) Model Kepercayaan Terhadap Kesihatan
Model kepercayaan terhadap kesihatan adalah model yang berasaskan kepercayaan individu terhadap
penyakit, pencegahan dan rawatannya (Rosenstock & Cullen, 1994). Model ini dibina berasaskan idea
yang menyatakan bahawa individu akan bertindak untuk melindungi dan merawat penyakit yang
dihadapinya jika ciri-ciri tertentu diaplikasikan.
(b) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa individu boleh belajar melalui pemerhatiannya terhadap
orang lain dan peka terhadap faedah serta keuntungan yang bakal diperoleh akibat daripada tindakan yang
dipilih. Teori ini adalah berasaskan konsep pembelajaran melalui pemerhatian. Ini bermakna individu
boleh belajar melalui pemerhatiannya terhadap orang lain.
(c) Teori Penyebaran
Teori penyebaran berpusat kepada proses yang mana informasi dan maklumat diperbualkan dalam
kalangan ahli-ahli dalam suatu sistem sosial. Komponen utama di dalam teori ini adalah sumber sesuatu
sistem yang merangkumi kepakaran dalam mencipta idea dan inovasi dan sistem pengguna yang
merangkumi semua penerimaan idea dan inovasi tersebut.
3. Komunikasi kesihatan yang berkesan perlu mempunyai beberapa ciri. Senaraikan ciri-ciri tersebut

4. Huraikan empat proses komunikasi kesihatan yang terdiri dari merancang dan merangka strategi,
membentuk dan pra penilaian konsep, maklumat dan bahan, melaksanakan program serta penilaian
program.
5. Apakah cabaran-cabaran yang biasa wujud dalam komunikasi kesihatan?
Persekitaran komunikasi kesihatan telah mengalami perubahan yang amat ketara. Komunikasi wujud
dalam pelbagai konteks (sekolah, rumah dan tempat kerja), melalui pelbagai saluran (interpersonal,
komuniti, media massa) dan dengan pelbagai maklumat serta pelbagai alasan. Salah satu
cabaran utama dalam membentuk program komunikasi kesihatan yang efektif adalah untuk mengenal pasti
konteks, saluran, kandungan maklumat dan alasan yang boleh memotivasikan orang ramai untuk
memberi perhatian dan menggunakan maklumat-maklumat berkaitan dengan kesihatan.
Kebergantungan terhadap media massa atau satu komponen aktiviti komunikasi sahaja tidak cukup untuk
mencapai matlamat komunikasi kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa komunikasi kesihatan yang
disokong oleh pelbagai saluran komunikasi dapat mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat
umum untuk menggunakan maklumat yang disampaikan kepada mereka (Maibach dan Parrott, 1995).
Satu lagi cabaran utama komunikasi kesihatan adalah berkaitan dengan kerahsiaan maklumat kesihatan
peribadi individu. Polisi dan prosedur perlu dibentuk bagi mengimbangi hak kerahsiaan dan keperluan
untuk mendapatkan maklumat kesihatan yang bersesuaian. Maklumat-maklumat kesihatan seharusnya
bukan sahaja mudah didapati malah ianya perlulah berkualiti dan releven dengan keperluan individu.

Topik 10
1. Apakah peranan yang dimainkan oleh para profesional kesihatan?
Antara peranan utama yang perlu dimainkan oleh para profesional kesihatan
adalah;
(a) Merawat;
(b) Menyelia;
(c) Menasihat;
(d) Membimbing; dan
(e) Membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan kesihatan.
2. Senaraikan peranan yang terkandung dalam kod dan etika profesional kesihatan.

3. Kemahiran kerja amat diperlukan bagi membolehkan pengamal profesion kesihatan melaksanakan peranan
dan fungsinya dengan baik dan berkesan. Antaranya
(a) Kebolehan berfikir dan bertindak dengan cepat dan betul,
(b) Mengamalkan mutu kerja yang cekap,
(c) Berkomunikasi dengan baik,
(d) Boleh berinteraksi dengan orang ramai dengan baik,
(e) Mampu menjangka dengan tepat, menganalisis dan merekod, dan
(f) Boleh mengawal emosi dalam pelbagai situasi.
4. Senaraikan 3 agensi luar negara yang terlibat dengan bidang kesihatan.
(a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
(b) Pertubuhan Kanak-Kanak Sedunia (UNICEF)
(c) Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)

5. Apakah peranan pendidik kesihatan?


(a) Tugas Pendidik Kesihatan di Sekolah
Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di sekolah adalah:
(i) Mengajar pendidikan kesihatan;
(ii) Menggalak dan melaksanakan program kesihatan yang komprehensif kepada seluruh warga sekolah
termasuk guru-guru, kakitangan sekolah dan paranan ibu bapa;
(iii) Menggalakkan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat;
(iv) Menggalakkan perkongsian pintar antara sekolah dan pihak luar berkaitan dengan kesihatan;
(v) Membina kaedah dan bahan pengajaran yang inovatif; dan
(vi) Menggalak, menyelaras dan menilai program-program kesihatan.

(b) Tugas Pendidik Kesihatan di Kolej dan Universiti


Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di kolej dan universiti adalah:
(i) Memberi kuliah pendidikan kesihatan;
(ii) Membina persekitaran yang sihat dan selamat;
(iii) Membina inisiatif pilihan yang sihat kepada pelajar;
(iv) Menganjurkan sesi-sesi bimbingan kepada pelajar;
(v) Menganjurkan program-program kecergasan dan kesihatan;
(vi) Menganjurkan seminar, bengkel dan forum berkenaan kesihatan;
(vii) Menganjurkan kempen-kempen; dan
(viii) Menganjurkan projek-projek yang berkaitan dengan kesihatan

Anda mungkin juga menyukai