Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK : 2019

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod:MTES3043 Semester/Tahun : 2/1

Nama Kursus: Matematik Kewangan Ambilan : Jun 2018

Kumpulan : PISMP D2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh hantar

Kuiz 1 4 Februari 2019 4 Februari 2019

Kuiz 2 4 Mac 2019 4 Mac 2019

Laporan 1 8 Mac 2019 18 Mac 2019

Laporan 2 1 April 2019 9 April 2019

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

1. Menggunakan teknik asas pengiraan dalam Matematik Kewangan. (C3,A1,PLO1)


2. Mengaplikasikan konsep Matematik Kewangan dalam pengiraan wang dan nilai
masa, anuiti, pelunasan pinjaman dan dana terikat, aliran tunai dan premium insuran
hayat. (C3, PLO1,PLO3, CTPS3)
3. Membuat keputusan dalam masalah kewangan harian.(C5, PLO1, PLO3, CTPS3)
4. Menilai projek pelaburan, pelan anuiti dan insuran hayat dengan mengintergrasikan
pengetahuan dan pemahaman dalam Matematik Kewangan.(C5,A4, PLO1,PLO3,
PLO6, PLO7, CTPS5,LL2, KK1)

Hasil pembelajaran kerja kursus ini 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat :-

1. Menjawab soalan berbentuk struktur (kuiz 1) berdasarkan topik 1 dan topik 2.


2. Menjawab soalan berbentuk struktur (kuiz 2) berdasarkan topik 3.
3. Menghasilkan laporan 1 yang berkaitan isu penyelesaian masalah kewangan.
4. Menghasilkan laporan 2 yang berkaitan penilaian pelaburan.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut.

Matematik kewangan adalah satu cabang matematik gunaan berkenaan dengan pasaran
kewangan. Matematik kewangan mempunyai perhubungan rapat dengan disiplin ekonomi
kewangan. Matematik kewangan sering dikaitkan dengan kadar faedah, pelaburan,
pinjaman kewangan dan pengiraan cukai. Ilmu Matematik Kewangan ini dapat membantu
seseorang membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka.

TUGASAN 1 : Kuiz 1 (10 %)

Kuiz 1 akan dilaksanakan untuk mentaksir CLO1 dan CLO2 bagi topik 1 dan topik 2. Kuiz
ini akan menyumbangkan 10% secara keseluruhan kerja kursus. Perincian kuiz adalah
seperti berikut:
i. Topik: Tajuk 1: Pengenalan merangkumi tajuk berikut:
a. Janjang aritmetik
b. Janjang geometri
c. Kuasa dan eksponen
d. Logaritma
e. Faedah mudah
Tajuk 2 : Wang dan Nilai Masa
a. Faedah Mudah dan Diskaun Mudah
b. Faedah Kompaun dan Diskaun Kompaun
ii. Bilangan Soalan: Lima soalan struktur pendek
iii. Tarikh pelaksanaan: 4 Februari 2019
iv. Tempoh masa : 30 minit

Arahan Perlaksanaan Tugasan

Kuiz 1

i. Kuiz ini mempunyai 5 soalan yang perlu dijawab merangkumi topik 1 dan topik 2.
ii. Markah keseluruhan kuiz ini mempunyai wajaran 10%.
iii. Pelajar akan diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan kuiz.
iv. Pelajar dikehendaki menjawab kuiz dalam kertas yang disediakan.
v. Semua pentadbiran peperiksaan akan diguna pakai semasa mentadbirkan kuiz.

Tugasan 2: Kuiz 2 (10%)

Kuiz 2 akan dilaksanakan untuk mentaksir CLO1, CLO2 dan CLO3 bagi topik 3. Kuiz ini
akan menyumbangkan 10% secara keseluruhan kerja kursus. Perincian kuiz adalah
seperti berikut:
i. Topik: Tajuk 3: Anuiti
a. Anuiti serta merta
b. Anuiti matang
c. Anuiti tertunda
ii. Bilangan Soalan: Lima soalan struktur pendek
iii. Tarikh pelaksanaan: 4 Mac 2019
iv. Tempoh masa : 30 minit
Arahan Perlaksanaan Tugasan
Kuiz 2

i. Kuiz ini mempunyai 5 soalan yang perlu dijawab merangkumi topik 3.


ii. Markah keseluruhan kuiz ini mempunyai wajaran 10%.
iii. Pelajar akan diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan kuiz.
iv. Pelajar dikehendaki menjawab kuiz dalam kertas yang disediakan.
v. Semua pentadbiran peperiksaan akan diguna pakai semasa mentadbirkan
kuiz.

TUGASAN 3 : Laporan 1 (40 %)-Pemilihan Pinjaman

Laporan 1: Pemilihan Pinjaman

Encik Hazman berkerja sebagai seorang pegawai di sebuah Syarikat ABC Sdn. Bhd
yang berpendapatan RM 5000 sebulan dan menggunakan 50% daripada wang
gajinya untuk perbelanjaan setiap bulan setelah membuat simpanan. Beliau akan
melakukan simpanan setiap bulan dengan memasukkan 10% daripada gaji beliau ke
dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Bagi meningkatkan kualiti hidup,
beliau membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta SUV terkini iaitu Proton
X70. Beliau berhasrat untuk membuat pinjaman daripada bank tempatan bagi
menampung segala kos pembelian kereta. Encik Hazman memerlukan seorang
penasihat agar dapat membantu beliau dalam membuat keputusan. Sebagai seorang
rakan kepada Encik Hazman. Anda diminta memberi panduan kepada Encik Hazman
untuk membuat keputusan bagi memilih pembelian kereta tersebut dengan
mengambil kira semua faktor-faktor yang wujud.

Berpandukan kepada maklumat yang diperoleh, berikan hujah-hujah dan bukti yang
munasabah bagi membantu Encik Hazman membuat keputusan. Seterusnya
cadangkan kepada beliau penyelesaian terbaik yang perlu dilakukan oleh beliau.

Arahan Perlaksanaan Tugasan

Tugasan yang baik haruslah menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

Laporan 1: Pemilihan Pinjaman

i. Anda perlu mendapatkan maklumat pelan pinjaman dari bank-bank yang berbeza.
ii. Berdasarkan polisi yang berbeza, buat pengiraan matematik kewangan yang
berkaitan.
iii. Analisis faedah dan jumlah yang dibayar oleh peminjam setelah tempoh
pembayaran pinjaman tamat.
iv. Anda juga perlu membuat analisis perbandingan faedah dan kadar bayaran
pinjaman antara bank.
v. Cadangkan polisi bank yang terbaik di mana polisi tersebut memberi kelebihan
kepada peminjam.
vi. Cadangkan keputusan anda setalah mengambil kira pelbagai faktor yang wujud
dalam kehidupan seharian anda.
vii. Tuliskan rumusan secara ilmiah.
viii. Menulis dengan sangat bersistematik.
Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan format American Psychological Association (APA)
v. Lampiran

Tugasan 4: Laporan 2-Penilaian Pelaburan

Encik Ali menerima imbuhan graduiti sebanyak RM 200 000 dan berhasrat untuk
membuat pelaburan dalam bidang penternakan. Sebagai pemilik syarikat
penternakan, anda ingin menawarkan dua jenis pelaburan penternakan kepada Encik
Ali.

Berdasarkan kepada dua tawaran yang disertakan, sediakan satu proposal yang
menunjukkan kelebihan kedua-dua pelaburan penternakan berdasarkan unjuran
kadar pulangan dalaman (IRR) dan nilai kini bersih (NPV) bagi penternakan tersebut.
Nyatakan hujah-hujah anda berdasarkan maklumat yang berikut :-

Faktor-faktor jangka masa pelaburan


i. Penilaian projek pelaburan berdasarkan pengiraan IRR dan NPV serta
membuat keputusan berdasarkan sokongan bukti-bukti yang kukuh.
ii. Penilaian kelebihan dan kelemahan dalam kadar pulangan dalaman (IRR) dan
nilai kini bersih (NPV).
iii. Jumlah keuntungan dan nisbah keuntungan berdasarkan jangka masa
pelaburan.

Arahan Perlaksanaan Tugasan

Laporan 2: Penilaian Projek Pelaburan

i. Anda perlu mencari maklumat pelaburan berkaitan ternakan haiwan.


ii. Laksanakan kajian berkaitan pelaburan tersebut dari aspek kos tetap, kos
berubah, kadar faedah semasa, jangkaan kadar pulangan dalaman (IRR) dan nilai
kini bersih (NPV).
iii. Laksanakan analisis bagi menilai pelaburan tersebut berdasarkan maklumat yang
telah dicari.
iv. Dalam laporan kertas kerja tersebut nyatakan jumlah modal yang diperlukan, kos
yang terlibat, jangkaan risiko, kadar pulangan dalaman (IRR) dan juga nilai kini
bersih (NPV).
v. Tuliskan rumusan secara ilmiah.

Isi Kandungan Laporan 2 boleh ditulis seperti berikut:


i. Pendahuluan/Pengenalan
ii. Isu yang berkaitan/ kelebihan atau kekurangan berserta justifikasi.
iii. Pengiraan yang terlibat (IRR dan NPV)
iv. Menilai projek pelaburan berdasarkan IRR dan NPV.
v. Analisis perbandingan dan justifikasi.
vi. Cadangan
vii. Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai