Anda di halaman 1dari 1

Laras iklan

Aku memang suka menghabiskan masa lapang dengan membuka aplikasi youtube di samping
untuk menghilangkan bosan serta mencari info-info terkini terutamanya berkaitan dengan barang-
barang kecantikan wanita. Namun, tiba-tiba hatiku terdetik untuk mencari satu produk set
penjagaan untuk rambut ekoran daripada lumrah wanita yang bertudung, sudah pasti penjagaan
rambut agak kurang terjaga.

Lalu, aku mula laju menaip untuk mencari produk yang boleh mencantikkan rambut. Lalu, aku
tertekan pada suatu video iklan “D’HERBS SUPER LEBAT” yang merupakan produk daripada
usahawan yang terkenal iaitu Dato’ Alif Syukri kerana video tersebut kelihatan menarik dan lucu.
Sebelum tu, jom kita saksikan dulu video tersebut…..

Setelah menonton video iklan tersebut, aku mula tertarik akan produk penjagaan rambut itu kerana
mungkin ekoran daripada gaya dan bahasa yang digunakan oleh Dato Alif Syukri yang telah
mencuit hatiku dan mempengaruhi minatku terhadap produk tersebut. Jika diteliti, Sebenarnya,
gaya yang digunakan oleh beliau sangat berkait rapat dengan laras bahasa iklan yang terkandung
dalam subjek sosiolinguistik. Sebenarnya laras bahasa iklan ini digunakan untuk memujuk
pengguna dan mempromosikan sesuatu seperti barang dan sebagainya seperti yang dipaparkan tadi
iaitu”Ramai yang terpikat nanti” dan “Tunggu apa lagi? Cepat lah beli”. Penggunaan bahasa yang
sebegini mampu membentuk persepsi pengguna dan mempengaruhi tindakan mereka untuk
membeli produk ini. Keadaan ini jelas bila saya sendiri tertarik untuk membeli produk tersebut.
HA..HA…HA..

Anda mungkin juga menyukai