Pokok Bunga PDF
Pokok Bunga PDF
0 PENGENALAN
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat
yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan
Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang,
senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan dadah.
Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga
sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan
seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui
program ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan
dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.
Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi
fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.
Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,