Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat
yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan


dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya
dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan
Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang,
senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah


Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif
melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di
sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan
kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku
sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan
gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga
sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan
seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui
program ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan
dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi
fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.
Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok
dan peyalahgunaan dadah.
• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya
kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.
• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah,
• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok

Anda mungkin juga menyukai