Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Jambatan merupakan sebuah struktur yang dibina sebagai jalan atau laluan untuk
menggabungkan antara dua bukit atau untuk merentasi halangan seperti sungai, landasan
kereta api atau jalan. Jambatan sudahpun dibina sejak zaman paleolitik yang mana lebih
kurang 8000 tahun sebelum masihi. Mereka hidup secara nomad dan memburu haiwan untuk
dijadikan bekalan makanan. Mereka membina jambatan bagi memudahkan pergerakan
merentasi halangan seperti sungai.

Secara asas nya jambatan mempunyai beberapa komponen penting yang menjadikan
sesebuah jambatan itu sempurna sifatnya. Tiang merupakan salah satu daripada komponen
terpenting yang ada pada sesebuah rekabentuk jambatan kerana tiang direka dengan tujuan
sebagai penyokong kepada jambatan. Komponen kedua terpenting adalah platform atau jalan
yang berfungsi sebagai laluan. Tanpa platform ini, sesebuah jambatan itu tidak lengkap dan
tidak boleh digunakan kerana kenderaan atau hidupan tidak boleh mengakses jambatan
tersebut.

Sesebuah jambatan yang direka dan dibina perlulah mempunyai beberapa kriteria
yang perlu diambil kira. Kekuatan merupakan perkara yang paling penting untuk
dititikberatkan kerana kekuatan merupakan penanda aras bagi menentukan sama ada
sesebuah jambatan itu kukuh ataupun tidak. Kriteria kedua yang perlu diambil kira adalah
nilai estetika. Hal ini adalah bagi memastikan jambatan yang dibina itu akan kelihatan lebih
kemas dan cantik. Antara jambatan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi di Malaysia
adalah Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya. Jambatan ini mempunyai sebuah rekabentuk
seakan-akan sebuah layar dan menggunakan konsep ‘cable-stayed’ yang mempunyai lampu
‘red-green-blue’. Jambatan ini akan kelihatan sangat cantik pada waktu malam. Kriteria yang
terakhir yang perlu diambil kira dalam membina dan merekabentuk jambatan adalah
rekabentuk yang ekonomi.

Dalam tugasan kalini ini, kami diminta membina sebuah replika sebuah jambatan
yang diperbuat daripada lidi sate. Dimensi bagi jambatan yang perlu dibuat berkelebaran 4
inci lebar dan 12 inci panjang manakala ketinggian platfom dari aras tanah adalah 21/2 inci.
Konsep idea

Daripada arahan yang telah diberi, kami telah berbincang dan telah mengumpulkan
beberapa idea dan inspirasi daripada beberapa rekabentuk jambatan yang telah ada. Idea asal
kumpulan kami adalah untuk membina sebuah jambatan yang berkonsepkan klasik
bercampur moden. Antara model yang menarik perhatian kami adalah Jambatan Samuel
Becket di Dublin , Jambatan Brooklyn di New York dan Jambatan Millau di Francis. Ketiga-
tiga buah jambatan ini menggunakan konsep jambatan ‘cable-stayed’.

Rajah 1: Jambatan Samuel Becket:

Tujuan kami menggunakan konsep ‘cable-stayed’ adalah kerana bagi menyelaraskan dengan
konsep kami iaitu konsep moden. Konsep ini banyak dipraktikkan pada jambatan yang dibina pada
era ini bukan sahaja disebabkan oleh reka bentuknya yang cantik malahan konsep ini juga
membantu dalam memastikan rekabentuk jambatan akan lebih kukuh.

Rajah 2: Jambatan Brooklyn

Reka bentuk platform yang mendatar atau rata menjadikan sesebuah jambatan itu kelihatan
klasik dan unggul. Kebanyaakan jambatan yang dibina pada zaman dahulu mempunyai platfom yang
rata dan tidak berbentuk jika dibandingkan dengan jambatan pada masa kini yang mempunyai
pelbagai jenis rekabentuk. Oleh itu, kami bersetuju untuk memilih konsep Klasik bercampur moden
sebagai konsep rekabentuk jambatan bagi tugasan kali ini.

Anda mungkin juga menyukai