Anda di halaman 1dari 1

Aku Sekaki Payung

Aku ialah sekaki payung. Namaku Merah kerana badanku berwarna


merah. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam.
Aku diperbuat daripada besi dan plastik yang berkualiti.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pasar


raya yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah dipamerkan di atas rak
dan dilabelkan harga RM 19.90. Hatiku girang sekali kerana dapat
berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu.

Beberapa hari kemudian, seorang perempuan singgah di hadapanku.


Perempuan itu membelek-belek aku. Dia tertarik dengan warna badanku yang
menarik. Dia pun membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Mariam. Dia seorang jurujual yang ringan tulang.
Aku sangat berguna kepada tuan sama ada pada hari panas mahupun hari
hujan. Aku boleh melindungi tuan daripada terkena pancaran matahari yang
terik dan air hujan.

Tuan sentiasa menggunakan aku dengan cermat. Dia juga menjaga aku
dengan baik. Apabila badanku kotor, tuan akan mengelap aku dengan kain
yang bersih. Selepas itu, dia menyimpan aku di dalam bilik setor.

Aku berbesar hati kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku. Aku
akan terus berbakti kepada tuan sehingga riwayatku tamat.

Anda mungkin juga menyukai