Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TTT

1. Kadar Yuran

Jenis Latihan Kadar Yuran Kadar Yuran


Sebelum 2013 Berkuatkuasa 1 Januari
2013

Program Dalaman RM2,500 ≤ 14 peserta RM3,000 ≤ 10 peserta


RM3,500 ≥ 15 peserta RM4,000 > 10 peserta
RM200 administration RM200 administration fees
fees setiap peserta setiap peserta

Program Umum Anjuran RM2,200 seorang RM2,500 seorang


Penyedia Latihan termasuk termasuk administration
administration fees. fees. Kenaikan adalah
15%.dari kadar semasa.

Program Anjuran PSMB RM2,500 sehari untuk Di dalam kawasan Kuala


yuran pengajar. Lumpur/ Selangor atau
Tambang kapal tempat latihan di negeri
terbang kelas ekonomi yang sama dengan pejabat
dan elaun harian penyedia latihan maka
RM250.00 sehari. kadar yuran adalah
RM3,000 sehari.
Sekiranya melibatkan
negeri yang berlainan kadar
yuran dan lain-lain kos
adalah RM3,500 sehari.

1.1 Semua Penyedia Latihan adalah tertakluk kepada kadar yuran yang ditetapkan
dan sebarang perubahan tidak dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan
PSMB secara rasmi.

1.2 Semua urusan logistik pengajar sepanjang tempoh latihan adalah di bawah
tanggungan penyedia latihan. Penyedia latihan juga perlu menyediakan laptop,
LCD dan lain-lain alat bantuan latihan sepanjang tempoh latihan dijalankan.
2. PERLAKSANAAN TTT SECARA DALAMAN/PROGRAM UMUM ANJURAN
PENYEDIA LATIHAN

2.1 Program latihan umum TTT anjuran Penyedia Latihan tidak dibenarkan
dijalankan di dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

2.2 Borang pendaftaran peserta yang lengkap perlu dikemukakan sekurang-


kurangnya dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh latihan untuk kelulusan.
Sekiranya borang pendaftaran diterima lewat maka PSMB berhak untuk
menolak dan Penyedia Latihan perlu menanggung risiko permohonan yang
tidak diproses.

2.3 Borang Pemarkahan Peserta TTT, Borang Penilaian Program Latihan, Senarai
Kehadiran dan inbois perlu dikemukakan dalam tempoh satu minggu (7 hari)
dari tarikh akhir program latihan dijalankan.

2.4 Sekiranya melibatkan pembayaran administration fee berjumlah RM200.00


seorang maka ianya perlu dikemukakan dalam tempoh satu minggu (7 hari)
dari tarikh akhir program latihan dijalankan.

2.5 Sebarang pindaan masa, tempat dan maklumat latihan yang lain yang telah
dinyatakan di dalam surat kelulusan yang dikeluarkan oleh PSMB, perlu
dimaklumkan saecara rasmi kepada PSMB untuk kelulusan.

3. PERLAKSANAAN TTT ANJURAN PSMB

3.1 Bagi program TTT yang dijalankan di Wisma HRDF, sebarang aktiviti mencetak
dokumen bukan di bawah tanggungjawab PSMB. Sebaliknya Penyedia Latihan
diminta untuk menerangkan perkara ini kepada peserta agar persiapan lebih
awal dibuat.

3.2 Pegawai PSMB pada bila-bila masa boleh memantau program latihan TTT
anjuran PSMB dan sesi opening dan closing akan dibuat oleh pegawai PSMB.
Oleh yang demikian pegawai PSMB adalah bertanggungjawab mengedar dan
mengumpulkan semula borang penilaian PSMB tanpa melibatkan pembabitan
penyedia latihan.

Anda mungkin juga menyukai