Anda di halaman 1dari 34

Soalan 1

S (Pengerusi Majlis) : (Selawat) Salam, salam sejahtera , Alhamdulillah bersyukur kita terhadap
Allah s.w.t pada pagi ini kita dapat bersama dalam satu sesi wawancara bersama dengan Ust.
Abdullah Zaik Abd Rahman yang merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malayusia (ISMA). Pada
pagi ini, insyaAllah bersama saya adalah beberapa orang individu yang akan bersama-sama dalam
wawancara ini yang akan membicarakan suatu perkara yang hendak dibawa oleh Ikatan Muslimin
Malaysia berkaitan dengan slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Selamat datang Y. Bhg ustaz.

Saya difahamkan bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat ini akan dijadikan suatu
slogan dalam memperjuangkan atau dalam gerak kerja (ISMA) pada masa akan datang. Bagaimana
saudara Presiden nampak perkara ini akan memberi kesan terutama dalam membawa masej Islam
kepada masyarakat.

J : Di awal perbincangan ini, suka saya menegaskan bahawa perjuangan dan fikrah
ISMA ialah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dalam bentuknya
yang mudah, Islam yang mudah dan simple tanpa ditambah ataupun dikurangkan.
ISMA tidak mengideologikan Islam itu. Kita menerima Islam sebagaimana yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W., sebagaimana wahyu itu diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. dan dibawa oleh baginda kepada para sahabat dan seterusnya
sampai kepada generasi kita sekarang, itulah Islam yang dibawa oleh ISMA. Kita tiada
ideologi lain selain daripada Islam.
Jika ditanya apa fikrah isma? Maka jawapannya ialah Islam itu sendiri
sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Saya sebutkan perkara ini kerana,
banyak sekali kita lihat hari ini timbul kecenderungan dalam kalangan sesetengah
pihak untuk mencampur-baurkan fikrah islam dengan ideologi-ideologi lain dan
menyebabkan kekeliruan berlaku dalam masyarakat umum. Ini mungkin akibat
tekanan dan perkembangan-perkembangan ideologi yang berlaku. Jad, di atas asas
fikrah simple dan mudah ini jugalah kita menetapkan pendirian-pendirian terhadap
sesuatu perkara, terhadap badan-badan lain, terhadap isu-isu, terhadap segala apa yang
berlaku di sekitar kita pada masa ini. Apa sahaja cabaran yang dihadapi oleh umat
Islam hari ini kita melihat daripada aspek Islam yang asli, murni dan tulen,
termasuklah apa yang disebutkan oleh saudara (En Mohd Rosli bin Ramli) tadi dalam
persoalan mengenai slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat.
Sebenarnya inti kepada perjuangan Isma ialah untuk membina, membangun dan
mempertahankan keperibadian dan jati diri orang Islam khususnya masyarakat Melayu
ataupun bangsa Melayu di rantau ini, khususnya di Malaysia. Oleh kerana orang
Melayu pada dasar sejarahnya telah bercampur darahnya dengan Islam, rohnya dengan
roh Islam dan telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan tidak ada sesiapa pun
boleh menafikannya, walaupun apa yang berlaku sepanjang sejarah penjajahan dan
sebagainya. Agenda-agenda asing cuba untuk menghakis jati diri keperibadian Islam
ini daripada orang Melayu sehingga mereka tidak mempunyai agenda dan pegangan.
Bagaimanapun kita masih menganggap bahawa segala muqawimat (kekuatan) Islam
itu masih wujud pada diri orang Mlayu sebagai suatu ummah, sebagai suatu bangsa
yang berdiri tegak di atas asas-asas rukun agama Islam.
Jadi, agenda utama ISMA ialah membina, membangun dan mempertahankan
keperibadian dan jati diri umat Islam sehingga menjadi bangsa yang memperjuangkan
Islam, yang membela Islam dan menjadi kepimpinan Islam pada masa akan datang.
Oleh kerana sekarang kita lihat masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia yang
merupakan kaum majoriti di kalangan orang Islam, berhadapan dengan berbagai-bagai
ancaman, berhadapan dengan ancaman daripada berbagai-bagai agenda yang datang
daripada luar dan juga daripada dalam negeri, jadi di sana terdapat percaturan di
peringkat antarabangsa dan asas percaturan di peringkat dalam negeri.
Jadi, soalnya bagaimana orang Melayu dan masyarakat Islam boleh keluar daripada
kemelut ancaman ini? Inilah jawapan kita. Kita lancarkan slogan Melayu Sepakat
Islam Berdaulat. Pada pandangan kita, dengan kembalinya orang Melayu kepada
Islam, dengan kita kukuhkan semula keperibadian Melayu kepada jati diri keislaman,
mereka bersatu padu menjadi umat yang mempunyai risalah, menjadi umat yang
mempunyai agenda, maka mereka akan dapat keluar dengan selamat dari situasi yang
mereka hadapi sekarang.

Soalan 2
S (Pengerusi Majlis) : Tapi ustaz, bila kita menyebut Melayu, kerap kali masyarakat
mengaitkannya dengan istilah ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu. Jadi, apabila ISMA
meletakkan slogan ini sebagai gerak kerja dan agenda utama, Seolah-olah menafikan hak orang lain
dalam masyarakat Malaysia di negara kita ini.

J : Pertama sekali saya hendak sebut di sini tentang istilah ketuanan Melayu itu
sendiri. Istilah ini sebenarnya tidak mempunyai satu rujukan yang disepakati,
berkaitan takrif dan definisinya, sehingga perbahasan dan pandangan mengenainya
bercanggah-canggah antara satu pihak dengan pihak yang lain disebabkan definisi
yang berbeza-beza. Bagi pihak ISMA, kita melihat isu ketuanan Melayu ini dari aspek
yang tertentu.
Pertama sekali, isu ketuanan Melayu pada takrifan kita ialah berdasarkan fakta sejarah
yang mana orang Melayu merupakan penduduk asal di tanahair ini. Orang Melayu
adalah pemilik tanah ini. Orang Melayu adalah pewaris secara turun temurun daripada
zaman sebelum Islam, sehingga selepas kebangkitan Rasulullah S.A.W. dan zaman
Islam. Orang Melayulah merupakan penduduk asal di negara ini dan merekalah tuan
yang berhak memiliki, memerintah, menentukan masa depan dan halatuju negara ini,
secara fakta dan sejarah.

Melihat kepada aspek itu, maka maksud ketuanan di sini ialah siyadah, yang
mempunyai hak untuk memimpin, menentukan arah tuju dan masa depan. Adapun
sesetengah orang mentakrifkan ketuanan Melayu dengan makna bangsa yang mulia
dari segi zuriat dan keturunan, ataupun darah dan warna kulit, itu bagi saya bukan
yang kita fahami. Kefahaman sebegitu mungkin berlaku di Barat atau sejarah Arab
lama.
Pada zaman silam ada orang bangga dengan bangsa. Contohnya zaman Nazi. Orang
Yahudi bangga dengan darah dan keturunannya. Tetapi dalam sejarah Melayu, tidak
timbul istilah ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu, dalam transkrip Melayu
mengatakan bahawa darah Melayu ini daripada keturunan yang mulia, beraja dan
menjadikan ia bangsa yang lebih mulia daripada bangsa yang lain. Itu tidak berlaku
dalam sejarah Melayu.

Jadi, menghukum ketuanan Melayu dengan kefahaman begitu adalah silap, tidak
merujuk kepada fakta dan sejarah. Tetapi yang menjadi sejarah dan fakta sebenarnya
adalah orang Melayu merupakan pemimpin, pemilik tanah ini secara turun temurun
yang telah memimpin rantau ini dengan Islam beratus tahun. Ini adalah fakta. Fakta
sejarah juga menunjukkan kaum-kaum lain yang datang ke sini adalah kaum
pendatang. Dalam konteks sejarah dan negara, kita dianggap sebagai masyarakat
majmuk bermula pada tahun 1940. Itu merupakan tempoh yang sangat baru dalam
sejarah.

Istilah ketuanan Melayu merujuk kepada fakta sejarah ini. Pertama, ketuanan Melayu
dengan mafhum ini tidak bercanggah dengan Islam. Kedua, aspek hak asasi dan hak
istimewa. Hak asasi dan hak istimewa ini adalah satu jaminan perlembagaan
berasaskan kepada yang dipanggil affirmative action. Dalam konteks ketuanan
Melayu, yang dikehendaki sebenarnya adalah lebih daripada itu lagi, iaitu kedudukan
Melayu dan Islam dikembalikan lebih daripada apa yang ada pada hari ini. Bukan
setakat mempertahankan saki baki apa yang ada, malah kita mahu memperjuangkan
lebih daripada itu, iaitu memartabatkan lagi kedudukan Islam dan maruah umat Islam
di negara ini.

Berbalik kepada soalan, adakah slogan ini mengancam hak orang lain? Tidak pernah
berlaku dalam sejarah, kefahaman, ideologi, budaya, pemikiran, adab-adab orang
Melayu dan ajaran Islam sebarang penindasan ataupun memandang rendah dan hina
bangsa lain, sebagaimana ia tidak melihat keturunannya lebih mulia berbanding
bangsa lain. Jadi tidak berlaku penindasan dengan mafhum itu atau dengan pandangan
ideologi seperti itu.

Jadi, apabila kita menyebut ketuanan Melayu ataupun dalam istilah kita Melayu
Sepakat Islam Berdaulat, kita tidak bermaksud untuk menafikan hak orang lain,
bahkan menurut ajaran Islam, orang bukan Islam mempunyai hak kewarganegaraan
yang sama dengan orang Islam. Mereka boleh hidup aman, mencari rezeki, boleh maju
dan mendapat kejayaan. Sejarah membuktikan sampai hari ini pun, orang yang lebih
kaya di Malaysia bukan orang Melayu. Orang yang lebih berjaya di Malaysia bukan
orang Melayu. Jadi tiada dalam pemikiran orang Melayu untuk mengetepikan bangsa
lain, memandang rendah ataupun menidakkan hak-hak orang lain. Jadi, itu semua
adalah dakwaan yang tidak berasas dan tidak mempunyai bukti.

Soalan 3
S (Panel 1) : Mungkin maksud ketuanan Melayu, di situ ada bermaksud bahawa kekuasaan,
pemerintahan mesti dipelihara oleh bangsa yang duduk di tanah tersebut, bagaimana pandangan
ustaz ?

J : Bagi kita orang Islam, menganggap diri kita lebih berhak, lebih layak
memimpin di bumi Malaysia ini, itu adalah pendirian yang sejajar dengan pandangan
Islam. Islam diturunkan untuk menjadikan kita umat yang mengatasi umat lain dari
segi kepimpinan. Kita memimpin bangsa lain kerana hidayah, rahmat dan Islam yang
kita bawa.
Sebenarnya akidah dan pemahaman Islam menjadikan orang Islam merasa diri mulia,
dilantik oleh Allah S.W.T. untuk menjadi pendakwah, pemimpin bangsa lain dan umat
lain.

Jadi dalam konteks ini, menganggap diri kita sebagai orang Melayu yang beragama
Islam sebagai pemimpin, peneraju dan bertanggungjawab membawa hidayah kepada
bangsa-bangsa lain adalah suatu yang bertepatan dengan Islam. Ia merupakan satu
matlamat, satu tujuan, satu pemikiran yang sangat mulia dan tidak bercanggah dengan
mana-mana nilai ajaran ataupun konsep dalam Islam sendiri.

Soalan 4
S (Panel 1) : Adakah di sana hujah-hujah syarak yang menceritakan tentang dakwah ataupun
usaha-usaha untuk menyatukan bangsa, dan pada masa yang sama perjuangan bangsa ini
menunjukkan asabiyah yang dilarang oleh agama Islam, bagaimana pandangan ustaz ?

J: Sebelum itu, saya ingin menjelaskan di sini bahawa ISMA tidak meletakkan
bangsa sebagai dasar perjuangan, sebalik ia adalah satu strategi dan pendekatan.
Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa sebagai dasar perjuangan adalah tidak
tepat dengan konsep yang terkandung dalam “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.
Dasar perjuangan kita adalah Islam, kita nak tegakkan dan daulatkan Islam.
Dalam sejarah Islam, bangsa tidak pernah dihapuskan, bahkan setiap bangsa
memainkan peranan mereka untuk menegakkan Islam. Ini berlaku sejak zaman
Rasulullah S.A.W. Pada zaman Rasulullah S.A.W., apabila baginda membawa risalah
Islam, baginda tidak pernah menghapuskan bangsa. Dalam peristiwa Baiatul Aqabah,
12 naqib itu adalah mewakili setiap kumpulan bangsa mereka; sama ada daripada Aus
ataupun Khazraj. Begitu juga peristiwa yang berlaku sewaktu pembukaan Kota
Mekah. Apabila Rasulullah S.A.W. masuk ke Mekah, baginda meletakkan Abu
Sufyan di pintu masuk Mekah dan tentera-tentera Islam yang bersama Rasulullah
S.A.W. ini disusun mengikut kabilah masing-masing. Setiap tentera masuk ke Mekah
mengikut kabilah masing-masing. Setiap kali satu pasukan tentera masuk, mereka lalu
di hadapan Abu Sufyan, setiap kali itulah sahabat memberitahu kepada Abu Sufyan
bahawa ini tentera daripada kabilah fulan bin fulan.
Banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah menunjukkan bahawa Islam tidak
pernah menghapuskan bangsa, bahkan Allah S.W.T. menyebut dalam al-Quran:

‫ََجَعَلْىَكُمّ شُعُُبًا ََ َلبَائِلَ لِتَعَارَفُُا‬


Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling
mengenal
(Surah al-Hujurat : ayat 13)
Ini ciptaan Allah S.W.T., tidak munasabah Allah akan menghapuskan bangsa. Apabila
Allah mencipta bangsa, kaum atau kabilah, sudah tentu ada peranannya. Hubungan
semulajadi sesama kaum itu sendiri merupakan satu kekuatan sepanjang sejarah
politik Islam. Kalau kita baca sejarah politik Islam sebagaimana yang diterangkan oleh
Ibnu Khaldun dalam kajiannya, beliau mengatakan bahawa asobiyahlah yang menjadi
sumber kekuatan. Mana-mana kuasa politik yang muncul dalam sejarah adalah
bermula dengan wujudnya asobiyah itu. Sebab itu Ibnu Khaldun, apabila dia
menghurai syarat-syarat imamah, syarat-syarat seseorang yang ingin menjadi khalifah,
disebut imam ini mesti daripada kalangan Quraisy (‫) األئمة من قريش‬
Ibnu Khaldun menghurai hadith ini. Apa maksud hadith ini? Adakah Rasulullah
S.A.W. kata begitu supaya kita ambil berkat? Oleh kerana dia keturunan nabi,
keturunan orang mulia dan sebagainya, maka imam pun kena daripada Quraisy kerana
berkatnya! Bukan! Bukan itu! Sebab itu Ibnu Khaldun membuat analisis dalam istilah
usul. Saya hendak menyebut di sini sebab, mungkin orang kata Ibnu Khaldun ini
mungkin betul dan mungkin tidak tentang istilah yang beliau pakai dan cara beliau
mengeluarkan hukum. Kalau kita membaca dan selidik bagaimana Ibnu Khaldun
menghurai hadith ini, dia menggunakan kaedah usul yang muktamad yang dipakai
oleh semua ulamak untuk mencari sebab, apa rahsia Rasulullah S.A.W. menyebut
(‫) األئمة من قريش‬
Setelah melakukan kajian dan pemeriksaan, beliau dapati sebab yang paling
munasabah sekali ialah kerana kuasa (syaukah), kerana dokongan yang wujud, yang
memberikan kekuatan kepada mana-mana pemimpin untuk menjadi pemerintah, yang
boleh memaksa sehingga kuasa pemenrintahannya itu ditaati oleh orang lain. Mana-
mana pemerintah yang datang dan tidak ada kekuatan sokongan, maka arahannya
tidak akan ditaati. Selain itu Ibnu Khaldun mengemukakan kajian sejarah. Kalau kita
lihat dari muka surat pertama hingga ke muka surat 202 kitab “Mukaddimah Ibnu
Khaldun”, beliau menghuraikan kedudukan asobiyah itu di dalam konteks pendekatan
satu-satu kuasa.
Sebagaimana pemerintahan biasa perlu pada asobiyah, begitu juga pemerintahan
Islam, sehingga Ibnu Khaldun menganggap asobiyah itu adalah sesuatu yang daruri
dan tiada pilihan lain. Ia adalah sesuatu yang semula jadi. Ibnu Khaldun menjawab
persoalan-persoalan yang ditimbulkan hadith-hadith yang lain yang mengatakan
asobiyah itu sebagai jahiliyah, bercanggah dengan Islam dan sebagainya. Ibnu
Khaldun menghuraikan hadith-hadith ini dan mencari penyelesaiannya. Beliau
menserasikan antara hadith-hadith itu dengan begitu cantik sekali. Kesimpulannya
ialah sebenarnya bila kita kumpul semua hadith-hadith dan nas-nas berkaitan dengan
perkara tersebut, maka kita dapat faham bahawa hadith-hadith ataupun ayat-ayat yang
melarang ataupun mengharamkan asobiyah itu tertumpu pada isu tujuan-tujuan
asobiyah yang tidak baik, iaitu ke arah menegakkan kezaliman ataupun kebatilan,
merampas hak orang lain ataupun berpegang kepada suatu puak, satu benda, satu
perkara, satu pendapat dengan cara yang membabi buta.
Jadi, bila kita jelas konsep hadith tersebut, kita dapat menserasikan antara hadith-
hadith dan ayat-ayat dan kita dapati kesimpulannya adalah bahawa asobiyah ini
sesuatu yang tidak boleh ditolak dalam kerangka kita untuk menegakkan agama Allah
S.W.T. Jadi, dalam konteks Malaysia, kalau kita hendak tegakkan agama, hendak
tegakkan Islam, daulah Islam, ia mestilah disokong oleh satu bangsa yang kuat supaya
bila kita mengisytiharkan bahawa kita hendak melaksanakan Islam dan sebagainya,
pengisytiharan itu tidak boleh dicabar oleh orang lain, oleh sesiapapun. Jadi itu adalah
sesuatu yang diperlukan dan menepati kehendak-kehendak syariah dan dalil-dalil yang
wujud dalam nas-nas, transkrip-transkrip yang wujud dalam khazanah fikh Islam itu
sendiri.

Soalan 5
S (Panel 1) : Slogan Ikatan Muslimin yang mendahulukan bangsa. Kenapa didahulukan bangsa?
Sedangkan kita muslimin melihat pada namanya “Ikatan Muslimin” mendahulukan Islam. Bukankah
itu akan menyebabkan kekeliruan sepatutnya bagi masyarakat umum. “Melayu Sepakat Islam
Berdaulat”, atau sepatutnya mungkin “Muslim Sepakat,Melayu Berdaulat”.

J: Sebenarnya slogan itu berkait dengan realiti setempat Malaysia, slogan itu khusus
di Malaysia kerana kita bercakap tentang negara kita, bercakap tentang situasi di
Malaysia.
Kalau kita sebut di Malaysia ini, Muslim Sepakat, muslim itu boleh dirujuk kepada
Arab, boleh dirujuk kepada Turki, boleh dirujuk kepada Iran, boleh dirujuk kepada
sesiapa sahaja. Jadi kita bukan khayal, kita bercakap daripada realiti, idea kita
daripada realiti, yang perlu sepakat di Malaysia ini ialah orang Melayu kerana orang
Melayulah tonggak kuasa Islam di sini di sepanjang sejarah, semenjak dahulu kala.
Jadi, tidak timbul kita nak sebut Islam Sepakat. Kita hendak merujuk kepada siapa?
Bilangan India yang muslim pun tidak besar dan bilangan Cina yang muslim pun tidak
besar dan tidak boleh menjadi tonggak dalam soal atau perkiraan menegakkan risalah
Islam dan sebagainya.
Soalan 6
S (Panel 2) : Isma nampaknya meletakkan Melayu sebagai tonggak untuk menegakkan Islam.
Tapi kita lihat sekarang ini Melayu dari sudut nilainya, dari sudut mempraktikkan Islam kadang-
kadang jauh lebih ketinggalan daripada bangsa yang lain, maksud saya di sini ialah orang Melayu
sendiri ada yang korup, ada yang bermasalah sosial dan seumpamanya, sementara bangsa lain yang
bukan Melayu mendahului dari sudut cekap, amanah, kurang masalah sosial. Jadi adakah ISMA
meletakkan harapan kepada bangsa Melayu untuk menegakkan Islam?. Tapi bezanya, yang bukan
Melayu ini dia tidak Islam dari sudut akidah. Jadi mohon pandangan ustaz?

J: Pertama sekali kita kena faham Islam adalah agama akidah, agama ibadah, agama
akhlak dan agama hukum. Jadi, apabila kita faham Islam ini dengan maksud yang
begitu, kita tidak keliru dengan istilah Islam siyasi, Islam politik. Kadang-kadang
apabila orang mengamalkan sesuatu amalan, kita mungkin menemui kesamaan dari
segi politik Islam dan bukan Islam dari aspek tertentu, tetapi itu tidak bermakna bukan
Islam itu menjadi Islam. Firman Allah:

ِ‫لَيّسَ الْبِزَّ انْ تَُُلُُّا َُجٌَُُكُمّ ِلبَلَ الْمَشْزِق‬


bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur
(Surah al-Baqarah : ayat 177)

Kita tidak boleh menganggap kalau Cina bersih, maka bersihnya sama dengan
Melayu. Ataupun Cina lebih baik daripada Melayu kerana Melayu tidak bersih. Islam
adalah agama akidah, agama akhlak, agama ibadah, agama hukum, jadi tidak boleh
melihat Islam dari segi hukum ataupun muamalat umum sahaja. Maknanya jika ada
orang lain lebih bersih ataupun lebih jujur ataupun sebagainya, maka kita pun
menganggapnya lebih Islam berbanding orang Melayu, sedangkan dia tidak mengucap
dua kalimah syahadah. Dia tidak sembah Allah S.W.T., dia tidak sembahyang, dia
tidak puasa. Mungkin ada sesetengah etika itu wujud kebaikan pada mana-mana
bangsa, itu tidak dinafikan. Di Barat pun mungkin ada nilai yang lebih baik lagi, tetapi
itu tidak menjadikan Barat itu Islam lalu kita menganggap Barat itu lebih baik
daripada orang yang mengucap dua kalimah syahadah. Itu satu poin yang penting kita
faham dalam konteks itu.
Yang kedua lebih penting daripada itu, kita tidak boleh putus asa dengan orang
Melayu, bangsa kita. Fakta yang kita sebutkan itu rasanya tidak begitu tepat walaupun
akhbar mengemukakan banyak cerita tentang keburukan dan sebagainya. Sebenarnya
golongan bermasalah ini bukan majoriti, bukan semua, bukan sampai 90 atau 80
peratus orang Melayu jadi begitu. Tetapi dalam konteks peratusan kaum-kaum yang
terlibat sudah tentulah orang Melayu yang lebih tinggi kerana bilangan orang Melayu
lebih besar secara keseluruhannya yang menyebabkan peratus akan naik lebih tinggi.
Tetapi dalam konteks orang Melayu keseluruhan, adakah orang Melayu
keseluruhannya menjadi korup ataupun keseluruhannya mencuri? Sebahagian kecil
sahaja daripada orang Melayu itu mencuri dan sebagainya, tapi asas pegangan orang
Melayu, pegangan mereka pada agama dan sebagainya, asas agama dalam
keperibadian orang Melayu masih kuat. Takkan kita nak mengharap orang Cina yang
esok akan masuk Islam untuk dia tegakkan Islam. Kita harapkan, moga-moga dia
masuk Islam, moga-moga orang masuk Islam dan dialah akan jadi asas dalam projek
Islam kita. Itu tidak munasabah.
Sedangkan orang Melayu dah masuk Islam turun temurun, namanya, bahasanya,
sembahyangnya, puasanya, adatnya, akhlaknya, tutur katanya semua dah Islam. Cuma
sedikit sebanyak berlaku penyelewengan dalam kehidupan masyarakat, itu benda
biasa, tiada atas dunia, tiada satu zaman pun tiada benda itu! Zaman khalifah-khalifah
selepas Rasulullah dulu pun ada orang mencuri, ada khurafat, merompak ada macam-
macam cerita.
Jadi apa yang diceritakan tidaklah istimewa lebih daripada apa yang berlaku pada
zaman dahulu hatta zaman khalifah pun. Berlaku benda yang sama, penyelewengan
yang sama, penyelewengan dari segi akhlak, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Jadi,
ia tidak membayangkan bahawa orang Melayu dah tidak sesuai lagi, tidak layak lagi
untuk memikul tanggungjawab itu. Ini semua adalah kehendak musuh.
Ini poin ketiga yang saya hendak sebut di sini, sebenarnya perancangan musuh ialah
untuk menghilangkan keyakinan diri dalam kalangan orang Melayu supaya orang
Melayu merasa dia sudah tidak sesuai, jadi dengan itu dia tidak mahu lagi ataupun
tidak rasa layak lagi untuk memikul tanggungjawab. Jadi dengan itu siapa yang
untung? Yang akan untung ialah musuh Allah, bukan orang Islam. Jadi orang Islam,
harakah Islamiah, pendakwah Islam tidak sepatutnya memberi saham yang sama ke
arah meruntuhkan keyakinan diri dalam kalangan orang Islam.

Soalan 7
S (Panel 2) : Saudara presiden, di mana ISMA meletakkan kedudukan bangsa lain dalam
perancangan mereka sebab tadi ustaz sebutkan yang mana tonggaknya Melayu dan bangsa lain
tidak diletakkan sebagai rancangan strategi utama, jadi dekat mana bangsa lain, adakah
dipinggirkan atau macam mana?

J: Kita selalu sebut mana-mana bangsa dalam konteks dunia ini tanpa ada kaitan
dengan agama, walaupun setelah bangsa itu mengucap dua kalimah syahadah. Tiada
dalam sejarah begitu. Oleh itu kita tidak sebut bangsa Islam kepada bangsa Cina atau
India. Kecuali Melayu, sebab ia fakta sejarah. Itu bukti!
Jadi sebab itu, kadang-kadang kita sebut bangsa Melayu itu bangsa Islam. Itu tidak
boleh dipertikaikan oleh sesiapa. Tetapi yang lain, penduduk-penduduk bangsa lain
yang masuk Islam, kita tidak kata bangsa dia bangsa Islam. Tetapi dia menjadi
sebahagian daripada umat Islam bila mana-mana bangsa masuk Islam daripada bangsa
Cina ke, India ke, dia menjadi sebahagian daripada umat Islam. Kalau dia baik dan dia
menerima hak dan kelayakan yang sama, ia boleh menjadi pemimpin dan sebagainya.
Tapi dari segi faktanya tidak munasabahlah kalau dia nak jadi pemimpin orang
Melayu.
Tidak mungkin orang Cina yang ada 20 ribu ataupun 200 ribu yang memeluk Islam ini
akan akhirnya menjadi pemimpin kepada orang Melayu yang bilangannya belasan
juta. Jadi itu suatu yang tidak munasabah, tapi mereka sebahagian daripada umat
Islam, haknya sama, boleh nikah, boleh kahwin, semua sekali dan boleh berlaku di
sana percampuran yang penuh dan hak yang sama di antara orang Melayu dan bukan
Melayu.
Jadi tidak timbul soal kita menafikan orang bukan Melayu, orang Islam yang bukan
Melayu dalam hal ini, bahkan dalam perlembagaan Malaysia meletakkan orang
Melayu itu orang mengucap dua kalimah syahadah, bercakap bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan sebagainya. Jadi, sebenarnya boleh berlaku
dalam sejarah transformasi bangsa. Bila orang Melayu berkahwin dengan orang Cina,
jadi bangsa apa? Dahulu setiap bangsa merujuk kepada keturunan, tetapi dalam
perlembagaan kita sekarang, di samping keturunan, orang Melayu juga boleh
dihasilkan dengan cara dia menganut Islam, dia bercakap Melayu, dia mengamalkan
adat istiadat Melayu. Maknanya itu fasa baru, maknanya berlaku percampuran orang
Melayu dengan cara kahwin dengan India, orang Melayu kahwin dengan Cina dan
sebagainya. Ini berlaku macam sesetengah daripada kita ini bukannya asli Melayu
pun, ada datuk neneknya Cina, ada datuk neneknya India.
Tapi hari ini semua orang terima Melayu, ada pemimpin kita pun kalau kita susun-
susun yang kuat Melayu pun, asal daripada mamak atau daripada mana-mana. Jadi isu
Melayu bersatu, bersama dalam satu bangsa, satu masyarakat, satu komuniti itu telah
berlaku dalam sejarah dan begitu juga telah berlaku dalam sejarah Malaysia. Jadi
perlembagaan Malaysia itu adalah satu bukti yang sangat jelas, nyata bahawa
transformasi bangsa ini boleh berlaku dalam konteks negara kita Malaysia.

Soalan 8
S (Panel 3) : Ustaz, berkenaan dengan agenda “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” ini bagi saya
sendiri sebenarnya sejak dulu lagi saya merasakan agenda ini cukup serasi dengan saya cumanya
kenapa baru sekarang dia dibincangkan secara terbuka, mengapa tidak dari dulu lagi sehinggakan
kalau dilihatkan sekarang seolah-olah tidak ada tapisan langsung. Minta ustaz jelaskan?

J: Yang pertama sekali, ini ijtihad kita. Kita mengenal pasti bahawa Melayu ini,
apabila kita melihat daripada sehari ke sehari, semakin hari semakin hilang haluan
ataupun dalam bahasa Arab sebagai musaiyasah, maknanya tunduk kepada
perencanaan orang lain, tidak punya agenda sendiri. Perasaan terancam ini dikongsi
oleh semua orang Melayu, sama ada dinyata jelas ataupun tidak dinyatakan, dalam
mana-mana parti pun, sehinggakan saya pun pernah sebutkan istilahnya berlaku
gelombang bawah arus. Kalau kita sembang kedai kopi dan sebagainya, memang
wujud rasa terancam daripada suasana ini.
Jadi, slogan Melayu Sepakat Islam berdaulat ini adalah datang daripada hakikat
dalaman yang berteras pada jatidiri dan keperibadian Melayu itu sendiri. Maknanya
kita bongkar benda ini dari dalam perasaan dalaman hati seorang Melayu muslim yang
wujud di Malaysia ini. Jadi perasaan itu sebenarnya bukan benda baru, benda itu
benda yang lama, cuma kita munculkan sekarang. Kerana apa? Kerana perasaan
terancam itu semakin tinggi, semakin kuat.
Bila perasaan itu semakin kuat, maka benda itu keluar dan kita menyambut perasaan
ini, perasaan yang datang daripada seluruh orang Melayu ini, dan kita simpulkan
dengan memberi slogan kepadanya, kita yang memberi slogan kepada perasaan itu.
Jadi bila kita berkata Melayu Sepakat Islam Berdaulat sekarang, pada hakikatnya dia
adalah merupakan kesedaran dalaman yang mungkin terpendam, mungkin malap oleh
kerana rasa leka, rasa lalai, rasa selesai dan sebagainya. Tapi apabila keadaan menjadi
tidak selesa, keadaan merasa tercabar maka benda itu timbul balik dan diungkapkan.
Cuma mungkin banyak pihak tidak tidak dapat memperkatakan apa yang kita kata,
walaupun dalaman dia merasai apa yang kita rasa, disebabkan faktor-faktor politik,
situasi kumpulan dan persekitaran masing-masing.
Secara dalaman, semua pihak rasa benda yang sama. Tapi dia tidak boleh nak cakap
sebab dia terikat dengan perjanjian dengan badan-badan lain, tidak kira mana-mana
pihak. Dia tidak boleh nak cakap sebab nanti orang kata dia rasis, orang kata dia tidak
betul, jadi semua orang tidak boleh nak cakap. Bukan dia tidak mengiktiraf, dia tidak
boleh cakap saja sebab dia terikat dengan dasar-dasar. Oleh kerana ISMA adalah satu
NGO yang bebas, yang non-partisan, yang tidak terlibat dengan politik, tidak
memihak kepada mana-mana, jadi kita rasa kita mempunyai peluang lebih besar untuk
memperkatakan ataupun menerajui isu ini. Jadi itu peluang yang Allah S.W.T. bagi
kepada kita (ISMA) dengan reka bentuk kita yang ada ini, dengan dasar kita ini, kita
boleh membawa isu ini sesuai dengan cabaran yang kita hadapi sekarang ini.

Soalan 9
S (Panel 3) : Saya tetap merasakan di luar sana resah gelisah apabila ISMA membawa slogan ini
“Melayu Sepakat Islam Berdaulat” ini memang seolah-olah mempunyai agenda politik. Jadi
bagaimana pandangan ustaz?

J: Isu agenda politik kita, sebenarnya ISMA tidak mempunyai agenda politik dengan
erti kata kita mahukan sesuatu. Apa yang kita sebutkan di sini, agenda yang kita
utarakan di sini adalah agenda umat Melayu, agenda orang Melayu, bukan agenda
ISMA. Jadi itu bukan agenda politik ISMA tapi agenda orang Melayu keseluruhannya.
Kita menyeru orang Melayu supaya bangkit kembali kepada jati diri mereka,
memainkan peranan mereka yang asal, memimpin Islam di rantau ini. Jadi itu bukan
agenda tersembunyi ISMA, itu agenda yang sepatutnya dipikul oleh umat
keseluruhannya, orang Melayu khususnya. Itulah agendanya, jadi ini bukan secret
agenda ISMA.

Soalan 10
S (Pengerusi Majlis) : Maknanya kita mengemukakan suatu yang nyata kepada masyarakat dan ini
bukanlah suatu yang tersembunyi yang seolah-olah macam ada udang di sebalik batu ataupun ada
agenda-agenda lain selepas ini. Maknanya dari awal lagi ISMA bahawa ini adalah agenda bangsa
yang perlu diketengahkan yang mana tidak ada agenda terselindung dan mana-mana NGO, parti
ataupun masyarakat yang sepakat dengan agenda ini maka mereka boleh bersama dengan ISMA
untuk memperjuangkannya.

J: Bahkan kita yakin pada suatu masa nanti, apabila keadaan atau suasana politik
berubah, semua pihak akan kembali kepada hakikatnya kerana ini adalah hakikat
semula jadi yang berasaskan pada fitrah, berasaskan pada landasan sejarah yang saya
sebutkan tadi. Cuma saya nak sebutkan sikit di sini ialah apa yang dinamakan politik
dalam konteks perjuangan ISMA. ISMA tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi
itu bukan bermakna ISMA tidak faham apa yang berlaku di dalam realiti. ISMA bukan
tidak faham percaturan yang berlaku. ISMA faham semua itu, tetapi mengambil
pendirian yang memihak kepada kepentingan umum, bukan kepentingan blok-blok
atau kumpulan ini ataupun kumpulan itu.
Jadi kita tidak terikat dengan blok-blok politik. Kita menyatakan pendirian, pandangan
berasaskan kepentingan umat keseluruhan. Kalau itu dikatakan politik, maka
politiklah. Tapi bagi kita, itu adalah daripada intipati Islam itu sendiri dan tidak
bercanggah dengan konsep ISMA sebagai non-partisan.

Soalan 11
S (Pengerusi Majlis) : Dan Isma yakin bahawa agenda ini akan dapat mengembalikan
kecemerlangan Islam di Malaysia ini tanpa apa bangsa pun yang berada di dalam negara kita?
Kalau kita lihat kepada yang ustaz cakapkan tadi, ustaz melihat kepada bagaimana hendak
mendaulatkan Islam melalui pendekatan yang ustaz gagaskan melalui Ikatan muslimin. Kita refer
balik kepada sejarah yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu macamana ustaz kata
tadi, bangsa Quraisy adalah pemimpin. Bagaimana dalam konteks ini dari segi syariah yang
menggagaskan bangsa Melayu ini mesti memimpin dan sesuai dengan kehendak Islam. Maksud saya
di sini supaya masyarakat jelas bahawa ini mesti ada satu tuntutan syariah juga bahawa bangsa
Melayu mempertahankannya dan mendaulatkan bangsanya untuk menegakkan Islam.

J: Kalau kita balik kepada firman Allah S.W.T. dengan jelas Dia kata:

َ‫ٌَُُ ٱلَّذِِٓ اَرْسَلَ رَسُُلَ ۥًُ بِٱلٍُْدَٰى ََدِيهِ ٱلْحَكِ لِيُظٍِْزَيُۥ عَلَّ ٱلدِّيهِ كُلًِِّۦ ََلَُْ كَزِي‬
‫ٱلْمُشْزِكُُن‬
Dialah Yang telah mengutus rasulNya dengan membawa hidayah petunjuk dan agama
yang benar, untuk memenangkannya atas segala agama
(surah As-Saff : Ayat 9)

Allah S.W.T. yang utuskan rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, untuk
Dia menzahirkannya, menjadikan agama Islam ini mengatasi segala agama yang lain.
Itu mesej yang cukup jelas. Kedatangan Islam ialah untuk menjadi penyudah kepada
agama lain, penyudah kepada ajaran-ajaran syariat sebelum ini. Jadi bila datang Islam,
maka Islamlah yang sepatutnya yang menjadi peneraju, Islamlah yang memimpin. Jadi
Islam ini dia memimpin macam mana? Islam tidak boleh pimpin dia sendiri, dia
hanyalah kalimah-kalimah dalam Quran dan hadith.
Tapi untuk menjadikan Islam itu pemimpin, dia mestilah dianuti oleh satu kumpulan
umat, satu bangsa. Islam memimpin dengan cara dia dianuti dan didokongi oleh satu
umat, satu bangsa yang beriman kepada Islam. Dengan cara itu barulah Islam itu boleh
ditegakkan. Ini semula jadi. Ini mafhum yang sangat simple, yang sangat asas kalau
kita faham tabiat agama Islam itu sendiri. Islam tidak datang dan tidak tertegak
sendiri, bahkan dia tertegak melalui terbentuknya satu umat yang beriman dengan
Islam, yang berjuang dengan Islam dan sanggup berkorban untuk Islam sendiri. Lihat
jaminan Allah S.W.T. dalam Quran:

‎‫ن‬
َ ُُ‫اِوَّا وَحّهُ وَزَّلْىَا ٱلذِّكْزَ ََاِوَّا لًَُۥ لَحَفِظ‬
.Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara
dan menjaganya.
(Surah Al-Hijr : Ayat 9)

Jadi, dalam al-Quran, dalam Islam sendiri, ada anti body, tidak sama dengan ideologi-
ideologi lain. Seorang ulama` sosial mengatakan bahawa semua ideologi yang dibawa
oleh manusia terdapat di dalamnya bakteria yang akan memusnahkan diri sendiri
macam tubuh kita. Tubuh kita ini sampai satu tahap, kita mati. Kita akan dimakan ulat.
Tapi tidak untuk Islam. Islam akan berterusan. Islam ada anti body sampai akhir
zaman, dia tidak akan musnah. Tidak akan ada suatu benda yang boleh
merosakkannya sebab dia dipelihara oleh Allah S.W.T. Sebab itu kita lihat pada akhir
zaman, Kristian bukan lagi menjadi agama yang diamalkan oleh manusia hatta orang
Kristian sendiri. Kristian hanya diamalkan oleh paderi. Budha hanya diamalkan oleh
Tok Raja dan Tok Sami dan begitu juga agama lain, mereka hanya diamalkan oleh
satu kumpulan yang dipanggil Rijaludin (orang agama).
Dalam Islam tiada istilah orang agama. Islam adalah agama yang diamalkan oleh
semua umatnya. Tetapi agama lain tidak boleh diamalkan tanpa orang agama. Sebab
itu, sebenarnya agama-agama lain sudah habis tempoh sah lakunya. Kalau kita pergi
ke wat-wat Budha, Siam, Gereja, atau kalau pergi ke Eropah atau London atau ke
mana-mana, semua gereja-gereja tidak lagi dimakmurkan dan sesetengahnya bertukar
menjadi masjid. Dibeli dan dijadikan masjid. Jadi maknanya di situ, Islam adalah
agama yang memimpin, Islam adalah agama yang tidak boleh diatasi oleh agama-
agama lain. Jadi tidak ada lagi persaingan dari sudut itu.
Adapun mereka, Barat menggunakan kaedah kristianisasi. Isu kristianisasi yang
dibawa, seolah-olah diperjuangkan di Malaysia, juga bertujuan untuk masing-masing
memperjuangkan dan mempertahankan agama mereka. Sebenarnya dalam konteks
kristianisasi ini, apa yang dimaksudkan dengan kristianisasi itu sendiri bukanlah untuk
memasukkan orang ke dalam agama kristian, tetapi objektif mereka yang asas ialah
untuk mengeluarkan orang daripada Islam. Cukup orang itu dah tidak jadi Islam
ataupun tidak berpegang kepada Islam, sudah cukup, kemudian nak jadi apa-apapun,
tidak ada agama ke, apa aku kisah!
Jadi sebenarnya kristianisasi ini bukan agenda agama, sebaliknya ia adalah satu usaha
penjajahan dan mereka mahu terus menguasai negara kita dan masyarakat kita dengan
berbagai-bagai cara dan agenda. Salah satunya ialah gerakan kristianisasi, iaitu untuk
mengeluarkan orang Islam daripada agamanya supaya tidak lagi berpegang teguh
kepada ajaran Islam. Apabila orang Islam tidak lagi berpegang teguh kepada agama
mereka, maka mudahlah mereka dijajah dan dikuasai oleh kuasa-kuasa asing.

Soalan 12
S (Panel 1) : Ustaz, slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dilihat sama dengan slogan
menegakkan konsep ketuanan Melayu Islam yang mana ramai pihak termasuk kalangan Melayu
sendiri melihat ia sudah tidak lagi relevan dalam konteks masyarakat majmuk negara ini khususnya.
Mengapa ISMA terus menongkah arus?

J: Yang pertama sekali, saya mengakui dari satu sudut bahawa slogan ini
menongkah arus ataupun seumpamanya. Ini kerana secara mudah difahami bahawa
dunia ini didominasi dengan agenda asing, didominasi oleh pengaruh globalisasi. Jadi
pemikiran masyarakat kita sudah diwarnai, dibentuk oleh agenda-agenda asing
umpamanya liberalisasi, agenda normalisasi, pluralisma dan sebagainya, yang dibawa
dan dipasarkan sehingga pemikiran masyarakat kita sudah hampir-hampir cair dan
terhakis.
Seterusnya agenda asing ini disokong, didokong oleh NGO-NGO di dalam negara
pula, mempromosikannya sehingga mereka dapat menghapuskan keperibadian dan
jatidiri. Sebab itu kita melihat isu ini agak mendasar ataupun agak tidak selari dengan
perkembangan semasa, sebab orang sibuk dengan isu politik, isu-isu semasa dan
sebagainya. Tetapi kita menganggap bahawa perjuangan membangunkan dan
mempertahankan jatidiri adalah medan pertempuran yang sebenar. Sebab musuh Islam
sebenarnya menyerang keperibadian, musuh Islam mahu menghancurkan jatidiri dan
keperibadian. Senjata mereka seluruhnya digunakan untuk merosakkan keperibadian
dan jatidiri.
Jadi, pertempuran sebenar ialah pada mempertahankan jatidiri, apabila kita bangkit
dengan perjuangan mempertahankan, membangunkan keperibadian dan jatidiri
bermakna kita berdepan secara langsung dengan perancangan musuh yang tidak
disedari oleh banyak orang. Maknanya globalisasi secara keseluruhannya menyerang
keperibadian dan jatidiri, mereka mahu merosakkan jatidiri kita.
Mereka telah menguasai dari segi teknologi, angkasa, semua dikuasai oleh mereka.
Ketenteraan dikuasai oleh mereka, laut, politik, ekonomi, semua dunia Islam telah
dikuasai. Semua aspek telah dikuasai oleh mereka dan hanya tinggal lagi ialah
keperibadian dan jati diri sahaja, ini benteng terakhir. Kalau keperibadian dan jati diri
ini akhirnya runtuh, berjaya diruntuhkan oleh mereka, maka tidak ada apa lagi
perjuangan yang boleh disebut, tidak akan ada lagi kebangkitan dan perjuangan yang
boleh disebut.
Jadi, hari ini kalau kita hendak berjuang, maka sebenarnya kita berjuang di medan
yang betul. Ini tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh orang lain. Maknanya
orang yang berjuang di bidang politik kita terima, bidang ilmu kita terima, bidang-
bidang ekonomi dan sebagainya pun kita terima, kita sokong bahkan kita mengharap
ia menyumbang kepada objektif yang sama.
Tetapi ISMA mengambil kedudukan ini, untuk pertembungan ini, sebab kita faham,
kita yakin, bahawa walaupun kita ada banyak kerusi dalam parlimen umpamanya, tapi
apabila pemikiran kita rosak, jati diri kita rosak, generasi akan datang kita rosak, maka
kerusi tidak memberi makna apa-apa pun. Hari ini pun, bukan tidak banyak kerusi kita
ada, bukan tak banyak tokoh kita ada, tapi apa yang menjadi kurang kepada kita ialah
kefahaman, pegangan, jati diri kita, pegangan keperibadian kita yang asal.

Soalan 13
S (Panel 3) : Sepertimana yang telah dijelaskan ustaz pada awal tadi, bahawa fokus ISMA adalah
untuk mempertingkatkan pertahanan jati diri, maka kalau kita lihat di sini tidakkah fokus itu harus
diberi kepada masalah keruntuhan moral, masalah masyarakat Melayu itu sendiri, masyarakat
Melayu mempunyai terlalu banyak masalah. Mungkin hal ini lebih relevan untuk ISMA selesaikan
buat masa ini.

J: Isu-isu ataupun gejala sosial yang disebut-sebutkan menjadi masalah orang


Melayu pada kita, kita menganggap bahawa itu adalah simptom, itu bukan masalah.
Itu adalah simptom masalah. Daripada mana datangnya masalah ini? Simptom ini
datang daripada apa yang saya sebutkan tadi, iaitu rosak dan musnahnya keperibadian
itu sendiri. Apabila jati diri itu tidak ada, maka dia mudah dihinggapi virus dan mudah
dihinggapi bakteria dan mudah dijangkiti penyakit. Sebab apa kita mudah dijangkiti
penyakit? Sebab tidak ada kekuatan dalaman, kekuatan jati diri dan kekuatan
keperibadian yang sepatutnya kita miliki. Jadi kita memilih untuk merawat penyakit,
bukan merawat simptom penyakit, itu pendekatan kita.
Betul dan kita terima serta mengakui bahawa usaha merawat simptom-simptom pun
penting. Semua NGO yang buat benda itu pun penting dan ISMA pun akan
menyumbang untuk melakukan benda yang sama apabila kita ada kemampuan, kita
ada kebolehan. Kita buat benda yang sama yang menyumbang ke arah mengurangkan
simptom-simptom itu tetapi penyakit sebenar yang dihadapi, yang patut dirawat ialah
masalah keperibadian dan jati diri. Kalau kita berjaya membangunkan semula
keperibadian dan jati diri ini, secara automatik masalah-masalah sosial, gejala-gejala
sosial, penyelewengan dan sebagainya tidak akan wujud dan tidak akan berlaku.

Soalan 14
S (Panel 3) : Kalau begitulah daripada apa yang ustaz nyatakan, kita dapat merasakan bahawa
ISMA cukup yakin untuk melangkah dengan agenda ini. Bagaimana pula penerimaan agenda ini
apabila dinyatakan secara terbuka ataupun mungkin sudahkah ISMA mengenalpasti siapakah
mungkin yang berganding bahu bersama ISMA untuk memperjuangkan agenda ini.

J: Kalau kita perhatikan di situ, dalam slogan kita Melayu Sepakat Islam Berdaulat
ini sebenarnya, dia akan menjadikan ISMA ini mesra Melayu dan ISMA mesra Islam
dan selalu kita sebutkan ISMA akan mendamaikan hubungan antara Melayu dengan
Islam. Jadi sebenarnya agenda ini adalah agenda yang layak mendapat sokongan,
sesuai mendapat sokongan daripada sesiapa sahaja dan kita sendiri dengan pendirian
kita begitu, kita tidak membina konfrontasi dengan mana-mana pihak. Maknanya
orang kata orang Melayu, puak-puak Melayu tidak boleh pergi dengan ISMA. Tidak!
Kita mesra Melayu. Ini puak-puak Islam tidak boleh pergi dengan ISMA. Tidak,
golongan Islamis boleh pergi dengan ISMA, sebab ISMA juga membawa agenda
Islam.
Jadi sebenarnya semua pihak sepatutnya boleh menerima dan bersama dengan agenda
yang dibawa oleh ISMA. Jadi kita tidak nampak perkara ini akan menjadi
bertentangan bahkan sebaliknya kita akan menyaksikan bahawa semua pihak akan
berlumba-lumba untuk memenuhi ataupun untuk mengambil peranan dalam hal ini
sebab tidak ada satu pun badan politik atau NGO yang boleh survive pada masa akan
datang jika sekiranya dia mengabaikan aspek ini. Cakaplah mana pihak sekalipun,
kalau dia tidak mengambil kira Islam, dia terkeluar. Kalau dia tidak mengambil kira
Melayu, dia pun terkeluar (daripada persaingan).
Sebab itu bila kita bawa gabungan antara Melayu dengan Islam maka ia adalah suatu
kekuatan yang akan menjadi sumber kepada sesiapa saja yang ingin berjuang.
Maknanya, sesiapa yang peka dan faham perjuangannya yang sebenar, dia akan
kembali kepada dasar kita. Sebab itu saya hendak balik sikit kepada soalan yang
menongkah arus tadi, sebenarnya tidak! Pada hakikatnya nanti apabila jelas fikrah
kita, apabila jelas pandangan kita, apabila kita dapat jelaskan pada masyarakat, maka
akan berlaku satu perubahan besar, kerana semua orang akan merujuk kepada isu yang
sama.
Sekarang ini tiada siapa berani kalau kita perhatikan dalam perkembangan semasa.
Ada satu pihak yang mahu pergi jauh, sampai satu tahap dia sedarkan diri, dia patah
balik semula. Kita akan perhatikan benda itu sebab isu yang kita bawa ini adalah isu
paksi. Sebab itu ISMA cukup yakin, apabila kita betul-betul dapat bawa ataupun
ketengahkan projek, agenda ini, maka kita akan menjadi badan yang menjadi paksi
kepada isu perjuangan yang dibawa oleh mana-mana tokoh atau badan-badan lain.

Soalan 15
S (Panel 2) : Dalam konteks bangsa Melayu memerintah ataupun kukuh kedudukannya di
Malaysia. Dia memerlukan kekuatan yang lebih, maknanya dari sudut ekonomi, dari sudut selain
daripada politik. Sekarang ini Melayu Sepakat Islam Berdaulat lebih kepada penyatuan dan dari
sudut politik. Tapi sekarang ini yang menguatkan negara Malaysia sendiri, menyumbang ke arah
ekonomi, sumbangan tenaga kerja cendikiawan dan seumpamanya tidak semestinya orang Melayu,
tidak kurang juga daripada bangsa lain. Jadi bagaimana nak letak agenda ISMA dengan bangsa
lain ini.

J: Di sini sebenarnya, kita menemui formula ini setelah kita menganalisa dasar-dasar
ataupun cara perjuangan yang telah dilalui oleh badan-badan lain sebelum daripada
ini. Contohnya satu pihak yang mengatakan bahawa oleh kerana negara ini negara
kita, politik sudah berada di tangan kita, jadi perjuangan kita hanya perlu tumpu
kepada ekonomi sahaja. Lalu ditumpunya ekonomi. Pada akhirnya, kita lihat natijah
terbalik kerana mereka pada asalnya tidak mengambil kira aspek keperibadian.
Sebenarnya keperibadian inilah yang menjadi asas kepada semua projek, semua
kejayaan di semua bidang.
Kalau kita hendak berjaya dalam politik kita kena ada keperibadian yang baik, nak
berjaya dalam ekonomi kena ada keperibadian yang baik, nak berjaya dalam
pendidikan kena ada keperibadian yang baik, tanpa keperibadian yang baik ini, semua
projek tidak akan berjaya. Jadi ini satu formula yang sepatutnya badan-badan yang
sedia ada di medan merujuk balik perjuangan mereka, memperbetulkan perjuangan
mereka. Kita tidak boleh berjaya dalam perjuangan ini tanpa kita kembali kepada
memperbetulkan keperibadian dan jati diri. Maknanya kita boleh bercakap tentang isu-
isu itu semua tetapi kita tidak boleh memastikan kejayaan kalau kita tidak sebenar-
benar kembali kepada apa yang saya sebutkan tadi.
Kita memang nak berkongsi dengan orang lain, tidak dinafikan itu tidak ada masalah,
berkongsi dalam membangunkan negara dengan orang lain. Tetapi kalau kita kekal
dalam keadaan yang kita ada, dengan imej yang kita ada, dengan kelemahan yang kita
ada, kegagalan yang kita ada, sampai bila-bila pun kita tidak boleh. Bahkan kalau kita
melihat kepada kemungkinan tahun 2020 umpamanya, kita masih risau dengan
kedudukan orang Melayu. Adakah tahun 2020 akan meletakkan orang Melayu kepada
statusnya yang betul?
Jadi soal nak mengiktiraf orang lain dan sebagainya itu soal mudah, soal simple, kita
boleh iktiraf sesiapa yang memberi sumbangan, tidak ada masalah. Tapi soal paling
penting pada kita ialah di mana kita? Virus yang ada dalam pemikiran orang Melayu
ialah dia fikir lebih tentang orang lain, selalu fikir orang lain. Kita fikir untuk dia, dia
fikir orang lain dahulu. Macam mana Cina? Macam mana India? Ini virus! Kita kena
fikir diri kita dahulu, kita di mana? Kita dah sampai di mana? Bolehkah kita bangkit?
Dan sebagainya?

Soalan 16
S (Panel 2) : Maksud ustaz tidak perlu memikirkan tentang bangsa lain atau bagaimana?

J: Orang lain dia fikir hal dia. Cina sudah cukup. Dia punya kebolehan untuk
bangun dan dah bangun pun. India dah cukup kebolehan untuk dia bangun, tidak perlu
orang Melayu untuk fikir nak bangunkan diri dia. Bimbangkan orang Cina, orang Cina
dah maju. Orang India dah maju. Apabila kita ajak memikirkan tentang orang Melayu,
kenapa orang Melayu fikir dan berkata, “macam mana orang Cina?” “Macam mana
orang India?” Orang India dah tinggalkan kita sekian lama. Orang Cina dah tinggal
kita sekian lama. Jadi, ini virus. Orang kata ibarat terlebih dos dalam pendidikan orang
Melayu sendiri dalam menanamkan toleransi dan sebagainya.

Soalan 17
S (Panel 2) : Ustaz, saya hendak kembali kepada isu menongkah arus nampak lebih menarik disitu.
Harakah Islam ataupun gerakan-gerakan Islam banyak pandangan mereka sendiri tentang Melayu
Sepakat Islam Berdaulat ini. Jadi macam mana ISMA hendak membina jambatan agar semua
gerakan Islam boleh bawa aliran sama ataupun macam mana pandangan ISMA hendak menjelaskan
kepada mereka contohnya.

J: Dalam hal seperti ini, satu sahaja solusi sebenarnya, satu sahaja penyelesaiannya.
Penyelesaian kita bukan kepada penjelasan, walaupun penjelasan itu penting. Tetapi
penyelesaian yang sebenarnya ialah apabila kita dapat mengarus perdanakan agenda
ini. Apabila kita dapat meletakkan agenda ini menjadi agenda yang kuat, apabila dia
kuat dan dia dominan, orang akan ikut, orang akan terima. Tetapi kalau kita lemah,
kita tidak kuat, orang tidak akan terima.

Soalan 18
S (Panel 2) : Maksud ustaz untuk mengarus perdanakan itu, pastinya memerlukan sokongan
daripada pelbagai gerakan lain?

J: Kita tengok bukan soal badan-badan, malah ia soal individu. Orang yang tinggal
dalam badan itu dia ada fikiran, dia ada keyakinan, dia boleh fikir dan boleh berubah,
itu satu poin. Badan atau organisasi suatu yang kaku. Tetapi kita melihat kepada
individu. Kalau dia faham diri dia Islam, dia sebagai seorang muslim, dia sebagai
seorang Islam dan ini adalah agendanya yang semula jadi, dia pasti terima. Apabila
kita jumpa dengan pihak-pihak secara individu, mereka tidak dapat menolak hakikat
itu. Mereka tidak dapat menolak kebenaran apa yang kita bawa.
Yang kedua, kita tengok bahawa ada enam juta lagi generasi baru, pemuda yang tidak
ada mazhab, tidak ada parti, tidak ada NGO. Jadi pasaran untuk membawa agenda ini,
peluang untuk kita mendidik generasi baru, mendidik pemuda-pemuda ini untuk
bersama kita adalah besar. Jadi, kita tidak berfikir dalam kerangka yang ada tetapi kita
berfikir dalam kerangka yang lebih besar daripada itu. Sebenarnya, beberapa peratus
sahaja yang bersama dengan harakah Islamiah daripada kalangan masyarakat kita,
khususnya pemuda. Mungkin dua puluh peratus, mungkin kurang daripada itu.
Bakinya tidak berada bersama dengan harakah Islamiah. Jadi kita jangan blok
pemikiran kita, kata ini dah tidak boleh, semua orang dah ada pemikiran sendiri, tetapi
kita lebih luas daripada itu.
Soalan 19
S (Pengerusi Majlis) : Agenda ini dilihat mirip kepada sesetengah pihak atau kelompok yang telah
memperjuangkan yang lebih lama daripada kita. Jadi nampak macam mungkin ISMA akan diambil
kesempatan untuk memperkukuhkan lagi agenda kelompok-kelompok tertentu atau parti-parti politik
yang ada sekarang. Jadi bagaimana ISMA melihat perkara ini dan bagaimana ISMA memberi
peranan supaya agenda, bukan sahaja Melayu tetapi Islam itu yang lebih penting dalam kita
membawa kesatuan dalam kalangan kelompok-kelompok yang ada dalam negara kita.

J: Pandangan kita bahawa orang nasionalis yang ikhlas dengan nasionalisnya sudah
tentu akan memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Begitu juga orang Islam.
Tentunya yang Islamis itu lebih patriotik daripada orang nasionalis, kalau nak
dibandingkan. Nasionalis Melayu kalau dia nak berjuang untuk kepentingan Melayu,
kedudukan Melayu, martabat Melayu, akan bercakap benda yang sama. Begitu juga
orang Islamis pun akan bercakap benda yang sama walaupun dengan survival Islam,
martabat Islam dan sebagainya. Akhirnya pada alam realiti akan menjurus pada
kelompok masyarakat yang sama iaitu orang Melayu yang beragama Islam.
Jadi tidak timbul percanggahan kerana kedua-dua pihak ini akan mendokong perkara
yang sama. Apa-apa yang disebut rasuah, penyelewengan, itu bukan perjuangan
kebangsaan. Itu penyelewengan yang dilakukan oleh orang-orang yang duduk dalam
mana-mana parti di mana-mana jabatan sekalipun. Itu orang-orang yang melakukan
kesalahan, melakukan jenayah, salah guna kuasa dan sebagainya. Tetapi nasionalis,
jika ikhlas dengan nasionalismenya dan bercakap kita kena bela orang Melayu, kena
pertahankan orang Melayu, maka itu tidak bercanggah dengan Islam dan tentunya
akan disokong oleh Islamis sebagai orang Islam. Tetapi kalau kita bercakap dalam
konteks politik, itu yang menjadi masalah.
Jadi yang Islam bercakap dalam konteks politik, dia bukan bercakap dari segi dasar
Islamnya, tapi bercakap dari segi konteks politiknya. Jadi kita kena bezakan antara
pendirian-pendirian politik ataupun tingkah laku peribadi, salah laku-salah laku
individu ataupun pendirian-pendirian politik satu-satu pihak. Bila kita bercakap
tentang Melayu Islam, ini mesti dilihat dalam konsepnya yang murni, yang bukan
dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran yang semasa.
Soalan 20
S (Pengerusi Majlis) : Saya lebih suka kepada lebih spesifik supaya dapat dijelaskan sebab kita
lihat hari ini, kita dapati pelbagai kelompok dari kalangan orang Melayu terutama dari segi parti
politik. Kalau kita tengok secara besarnya mungkin kita telah berpecah kepada tiga kelompok yang
besar, mungkin wujud kelompok yang kecil-kecil. Tapi ada sesetengah pihak masih memperkatakan
tentang Melayu sahaja, ada pihak yang memperkatakan tentang Islam semata-mata, seolah-olah dia
tidak boleh bersatu dalam konteks realiti kita hari ini. Jadi agenda ini nampak bagaimana saudara
presiden dapat melihat benda ini boleh menyatukan ketidaksamaan dalam kelompok-kelompok ini.
Bagaimana ISMA boleh berperanan dalam konteks ini?

J: Yang pertama sekali kita boleh berjaya jika semua pihak ini berjaya keluar
daripada kerangka politik masing-masing. Apabila itu berlaku, mereka akan dapat
lihat hakikat sebenar kemurnian apa yang kita bawa. Itu jika dia keluar daripada
kerangka politik. Apa yang menghalang sekarang ialah kepentingan politik. Contoh
kalau kita adakan muzakarah, adakah penemuan antara orang Melayu ini suatu yang
bercanggah dengan Islam? Tidakkan! Dari segi pandangan Islam, adakah
perbincangan muzakarah daripada kalangan orang Melayu ini, duduk berbincang
sekali, bermuzakarah, adakah itu bercanggah dengan Islam? Tidak bercangggah
dengan Islam!.
Tetapi apabila parti politik mengambil pendirian tidak mahu berbincang, itu bukan
pendirian Islam, itu pendirian politik. Itu maksud saya kena bezakan antara dua benda
tadi. Oleh kerana non-partisan, kita fikir secara murni, makna Melayu dengan Islam
boleh disatukan. Melayu dengan Islam mempunyai kepentingan yang sama, masalah
yang sama. Maknanya ISMA melihat, perkara ini boleh berlaku, tetapi kalau generasi
yang ada ini, generasi yang lama tidak mahu berubah, tidak mahu menerima, tidak
apa! Kita cadang kepada mereka untuk berbincang dalam kerangka kepentingan
nasional ataupun kepentingan umum. Jadi kita tidak menuntut daripada mereka untuk
melupakan badan masing-masing dan identiti masing-masing dan bersatu dalam satu
identiti.
Itu satu yang kita pun rasa tidak realistik dan mustahil. Tetapi seharusnya semua pihak
memahami kepentingan ummah, kepentingan agama, kepentingan bangsa. Semua
orang mesti bersatu di atas asas itu, bersama bersepakat di atas asas itu. Apa-apa saja
yang menyentuh kepentingan agama, kepentingan bangsa, kepentingan negara, kita
kena bersama dan bersatu, tidak boleh bertolak ansur, mesti sepakat supaya
kepentingan kita dapat dipertahankan. Tapi kalau kita terus terpengaruh dengan
dikawal oleh kepentingan politik, maka akhirnya kepentingan umum umat akan
tergadai, kepentingan umum bangsa akan tergadai, masa depan bangsa akan tergadai.
Jadi kita perlu buat pilihan antara dua.

Soalan 21
S (Pengerusi Majlis) : Dalam konteks penyatuan Melayu ini, sejauh manakah ISMA melihat
bahawa agenda yang dibawa ini akan dapat menyatukan kelompok-kelompok dalam negara kita
terutamanya kelompok politik misalnya PAS, UMNO dan Pakatan Rakyat(PKR) itu sendiri ataupun
Keadilan itu sendiri demi kepentingan bangsa dan agama Islam itu sendiri?

J: Saya melihat masalah kesatuan ataupun menerima kepelbagaian ini adalah suatu
yang diterima dalam sistem Islam itu sendiri. Jadi, dalam kita bercakap tentang
kesepakatan kita tidak menuntut mereka menjadi satu dalam satu badan kerana itu
sudah menjadi fenomena, fenomena antarabangsa. Mazhab menerima kepelbagaian,
dalam demokrasi menerima kepelbagaian dan Islam pun, kita menerima kepelbagaian.
Maknanya kalau ada sistem Islam pun, negara Islam pun kita menerima kepelbagaian.
Jadi tidak ada masalah wujud berbagai-bagai parti, berbagai-bagai badan dalam
konteks masyarakat Islam tetapi yang penting di sini ialah agenda, suatu yang mesti
disepakati oleh semua pihak. Jadi ada batas, ada garis merah yang perlu dihormati.
Kalau saya buat andaian, kalau bersetuju, bersepakat dalam satu agenda yang sama
mengenai kepentingan agama, bangsa dan negara tentu sekali orang Melayu di dalam
parti A akan bercakap cara dia dalam konteks mendaulatkan Islam, membela maruah
bangsa dan sebagainya. Dan parti B pun akan bercakap dengan cara dia, membela dan
sebagainya. Begitu juga parti C. Apabila ketiga-tiga parti ini berlumba-lumba untuk
menjadi siapa yang hero, yang terbaik dalam membela agama dan bangsa, maka
keuntungan pada akhirnya dalam konteks perjuangan bangsa adalah kepada Islam.
Tapi apabila parti-parti ataupun orang-orang politik membawa agenda lain,
umpamanya agenda luar daripada kerangka Islam, umpama agenda liberalisasi atau
pluralisasi dan sebagainya dibawa dalam perjuangan. Jadi akhirnya pertembungan di
antara siapa lebih liberal, siapa lebih khidmat kepada orang lain, siapa yang lebih baik
dengan Amerika, siapa yang lebih memberi manfaat kepada orang-orang, tauke-tauke
tertentu dan sebagainya. Jadi ini yang merugikan perjuangan bangsa, perjuangan
agama.
Apa yang kita mahu, kita tuntut ialah supaya mereka tidak kira di mana, saling
terbuka, kita terbuka kalau nak berjuang dalam mana-mana parti, tidak ada masalah
tapi hormati garis ini, hormati persepakatan yang kita perlu sepakat. Maknanya dalam
bab agama, dalam bab bangsa dan dalam bab yang mempunyai kepentingan umum
mesti disepakati dan saya cadangkan kepada semua badan ini menjadikan semua itu
sebagai pola perjuangan.
Akhirnya, natijahnya akan membawa kepada kemaslahatan umum, kepentingan umum
Islam. Jadi kita tak risau tentang kepelbagaian atau pun perbezaan parti, perbezaan
badan-badan dan sebagainya. Jadi, kita tidak bercakap tentang satu badan yang masuk
ke dalam badan yang lain. Itu rasanya tidak realistik.

Soalan 22
S (Pengerusi Majlis) : Maknaya di sini, parti-parti ini meletakkan kepentingan agenda ini lebih
utama daripada agenda parti itu sendiri, ataupun agenda kerusi ataupun agenda peribadi masing-
masing?

J: Agenda parti, mesti mengarah kepada itu, maknanya parti ini, agenda dia apa?
Manifesto dia apa? Tujuan sama. Cuma… cara berbeza-beza. Di Barat umpamanya,
parti-parti berbeza. Tapi, akhirnya mereka menjurus kepada satu ..satu kepentingan
…kepentingan umum Amerika Syarikat, kepentingan umum Britain. Sebab itu dia
tidak ada masalah pertukaran. Parti mana menang pun, akhirnya kepentingan Britain
yang akan menang. Dalam konteks negara kita, politik kalah mati. Kalah mati, kalau
saya nak hidup awak mesti mati, kalau awak nak hidup, saya mati.
Jadi, apabila masing-masing punya agenda dan kepentingan, isu kepentingan umum,
perjuangan umum, matlamat umum dan kedudukan martabat agama, bangsa dan
kestabilan negara ini dah menjadi perkara yang kedua, itu yang kita risau, yang kita
takut, yang kita bimbang. Orang di Barat, di negara lain, rancak berdemokrasi, negara
maju, kita rancak berpolitik, demokrasi dan negara nak hancur dan bangsa nak hancur,
agama nak hancur, jadi politik apa yang kita pakai?

Soalan 23
S (Panel 2) : Ustaz.. adakah slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” ini untuk dapat dua
pertiga orang Melayu di dalam parlimen? Adakah itu salah satu daripada matlamatnya?

J: Konsep kita lebih mendasar daripada itu, yang penting ialah kuasa bargain. Kita
bercakap tentang kuasa bargain, kuasa tawar menawar orang Melayu. Jadi, untuk
mengekalkan kuasa tawar-menawar orang Melayu, kemungkinan mesti mempunyai
dua pertiga, itu secara umum. Tetapi untuk memberi fungsi yang berkesan, dia
mestilah bersama dalam satu agenda, sebagaimana yang disebutkan tadi.
Jadi, kalau dua pertiga pun tak sama agenda, pemikiran lain-lain, cara lain-lain,
perjuangan lain-lain dan tidak meletakkan satu persepakatan dari segi matlamat dan
hala tuju. Itu yang menjadi masalah. Jadi masalah yang lebih penting daripada itu ialah
persepakatan tadi, dan yang kedua, matlamat kita nak mengekalkan kuasa bargain,
kuasa tawar menawar mesti berada pada tangan orang Melayu dan itu menjadi asas
pendirian ISMA. Menjadi asas pendirian ISMA ialah mengekalkan kuasa tawar
menawar orang Melayu dalam konteks politik hari ini. Itu pendirian politik, kalau
ditanya pendirian politik, itulah asas dia.

Soalan 24
S (Panel 2) : Ustaz masih lagi dalam konteks definisi Melayu ya? kalau kita lihat di Sabah dan
Sarawak, mereka di sana ni bukan Melayu, di dalam ic pun dia tidak tulis Melayu, jadi.. macam
mana konteks bangsa di Sabah dan Sarawak ni dalam konteks perjuangan ISMA?

J: Kita dah bincang isu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak dan alhamdulillah kita
dapati sebenarnya dari segi status quo yang ada bumiputra Sabah dan Sarawak,
menerima kepimpinan Melayu. Ini suatu yang sedia ada, jadi bila kita kata
memperjuangkan kepimpinan Melayu, dan kedudukan politik, Melayu yang
memimpin dan sebagainya, tidak ada perubahan dari segi struktur.

Soalan 25
S (Panel 2) : Apa maksud ustaz , Sabah dan Sarawak menerima ?

J: Hari ini walaupun Melayu muslim minoriti, kalau bilang keseluruhannya minoriti
di Sabah dan Sarawak, tetapi yg menjadi pemimpin, yang memegang jawatan utama,
dalam Sabah dan Sarawak ialah Islam dan orang Melayu. Jadi orang boleh menerima,
maknanya masyarakat Bumiputera yang bukan Melayu, menerima kepimpinan
Melayu. Jadi ini yang perlu dipertahankan dan kita tak mahu mainan politik dan
sebagainya berlebihan, akhirnya memberi kelebihan kapada agama lain.
Bayangkan nanti berlaku pergerakan di peringkat bangsa-bangsa lain. Iban ke, apa
semua, dan mereka nak lepaskan diri daripada kepimpinan Melayu, penguasaan
Melayu dan sebagainya. Jadi, kalau itu digerakkan, dimainkan dan sebagainya, itu
akan menjejaskan suasana yang ada, kedudukan yang ada, status quo yang ada, dan
mainan politik yang seperti itu yang kita tidak mahu. Maknanya kita berpolitik untuk
mengukuhkan kedudukan yang sedia ada itu. Jangan kita main politik, kita pergi
menghasut kawan itu, usik kawan ini, akhir sekali kita yang rugi.
Oleh kerana kita berbalah parti, ini bukan parti kita, walaupun orang Melayu, ini parti
kita, ini parti orang lain, kita nak parti kita itu kuasa balik, akhirnya kita pergi
cucuk..cucuk..cucuk.. dan orang ini pun memberontak. Akhirnya apabila mereka ini
memberontak, melawan dan tidak menerima konsep ini, akhirnya siapa yang rugi?
Walaupun parti kita mungkin menang, atau pun boleh memerintah, tapi… hakikatnya
Melayu akan rugi, Islam akan rugi.

Soalan 26
S (Panel 3) : Isu reaksi kaum Melayu ini mungkin saya pun termasuk yang mana yang ustaz cakap
tadi over dos toleransi, tapi.. maksud saya dekat sini, sudahkah ISMA memikirkan apakah reaksi
ataupun mungkin ISMA memikirkan sama, ataupun ISMA telah bersedia berhadapan dengan reaksi
orang-orang bukan Melayu dan Islam (ustaz) ya.. tentunya mereka merasa terancam? jadi… itu
maksud saya.

J: Mana pergi orang Melayu yang beragama Islam? Orang bukan Melayu beragama
Islam?. Sebab itu ini penting, satu soalan yang sangat menarik, sebab apa? Sebab dia
mengalihkan agenda slogan ini yang Islamik walaupun bunyinya Melayu Sepakat
Islam Berdaulat, tapi dia adalah satu slogan yang Islamik, bukan slogan yang bersifat
assobiah atau nasionalis. Itu penting sebab apa? Sebab apabila mana-mana bangsa saja
yang faham Islam, Cina yang faham Islam, India yang faham Islam, dia akan
menerima hakikat ini.Dia akan menerima kedudukan Melayu dan kestabilan Melayu
itu memberi peranan dalam kedudukan Islam ataupun kedudukan agama Islam,
kestabilan politik Islam? Atas asas Islam, bukan atas asas bangsa.
Orang Cina, contohnya Dr. Ridhuan Tee berbangsa Cina, beragama Islam, kenapa dia
menyokong ketuanan Melayu? Bahasa dia guna pun kalimah ketuanan Melayu, sebab
apa? Sebab dia melihat dari aspek Islam, bukan dia melihat dari aspek bangsa. Kalau
dia melihat ini adalah ketuanan Melayu dari aspek assobiah bangsa sudah tentu dia
tolak, sebab dia pun kuat assobiah bangsa dia. Dia kata dia sampai bila-bila takkan
jadi Melayu punya, dia nak jadi orang Cina, tapi sebab apa dia sokong ketuanan
Melayu? Sebab dia melihat dari aspek Islam. Jadi Melayu Sepakat Islam Berdaulat
adalah satu slogan yang Islamik, bukan slogan assobiah, atau pun nasionalis Melayu,
tidak! Ia adalah slogan yang Islamik.

Soalan 27
S (Pengerusi Majlis) : Itu soalan tadi saya nak sambung, itu dalam konteks bangsa lain yang
beragama Islam, tapi dalam konteks bangsa lain yang tidak beragama Islam, bagaimanakah
rasanya penerimaan mereka apabila slogan ini di ketengahkan dalam memperjuangkan agenda
ISMA ini? .

J: Isu ni kalau tidak ada agenda-agenda lain yang dipermainkan oleh mana-mana
pihak, sama ada daripada luar negeri ataupun dalam negeri, saya yakin orang bukan
Islam, orang Cina, orang India boleh menerima budaya Melayu, boleh hidup dalam
suasana kepimpinan orang Melayu dan sebagainya, tidak akan menjadi masalah.
Tapi, apa yang menjadi masalah hari ini, saya yakin ia adalah permainan dan agenda
lain. Agenda yang dipermainkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang mencucuk dan
sebagainya, supaya mereka ini bangkit dan memainkan peranan mereka untuk
berkhidmat kepada agenda yang lebih besar di sebaliknya.
Contohnya orang Cina di Kelantan, Terengganu, dah cakap Terengganu, dah cakap
Kelantan, tak ada masalah apa pun kan? Maknanya dia boleh menerima, dan ada
sahaja Cina nak kawin pun pakai baju Melayu. Tidak beragama Islam tapi dia boleh
menerima budaya Melayu. Tapi apabila kita politikkan isu dan membangkitkan
semangat di kalangan orang Cina, India dan sebagainya dan masuk campur agenda
politik di sana, itu yang menjadi masalah.
Jadi, sekarang ni pertembungan bukan soal orang Cina, orang India. Orang India dan
Cina aman damai, untuk dia nak hidup, dia nak cari makan, nak belajar, nak maju, nak
senang tak ada masalah. Ini bukan isu kebanyakan orang yang bukan Islam. Yang
menjadi isu ialah agenda politik yang berada di belakang itu, itu yang menjadi isu.
Jadi kita kena lihat dari segi aspek itu. Apa yang kita sebutkan tadi dari aspek itu. Jadi
kalaulah ada agenda dimainkan dan menggunakan agenda itu, maka kita kena
berdepan agenda itu. Jadi ini bukan masalah orang Cina dan disebut sini, penting!
Penting bagi orang Cina dan India faham isu ini, supaya dia tidak terjebak dalam
masalah itu, dan akan menjejaskan masa depan dia. Saya yakin akan menjejaskan
masa depan mereka kerana orang Melayu buruk macam mana pun akhirnya akan balik
kepada apa yang kita sebutkan, dia akan balik, dia akan bangun, dia akan pertahankan
hak dia.
Tetapi waktu itu orang Cina akan perlu buat pilihan, nak bersama atau tidak, orang
India pun perlu buat pilihan nak bersama ataupun tidak. Jadi, adalah menjadi
kepentingan orang India dan orang Cina, untuk mengekalkan suasana keharmonian,
suasana aman dan sebagainya dan tidak terdedah atau pun tidak terlibat dengan
agenda-agenda politik dan sebagainya yang boleh menyebabkan masalah.

Soalan 28
S (Pengerusi Majlis) : Akhir sekali ustaz kita melihat ya, maknanya penyatuan yang sebenarnya di
kalangan berbagai bangsa di negara kita ini ialah terletak kepada penyatuan yang dasar iaitu
penyatuan orang Melayu itu sendiri, dan kalau kita lihat asas-asas yang ada, maknanya dari segi
tradisinya, dari segi sikap, sifat orang Melayu itu memang asas-asas penyatuan itu sudah ada pada
orang Melayu, kalau saya dapat nukilkan satu puisi yang di buat oleh Dato’ Osman Awang, cerita
tentang bagaimana orang Melayu berkelahi cara Melayu, bertikam dengan pantun, menyanggah
dengan senyum. Jadi apa, merendah bukan menyembah, marah pun tertawa, jadi ada asas kepada
penyatuan orang Melayu itu untuk dia duduk, mari duduk dan sepakat. Jadi, ada kekuatan-
kekuatannya yang telah kita lihat terbina dalam sifat dan sikap orang Melayu itu yang suka
bermuafakat. Jadi ini nampak macam ada, tetapi, tidak dimanfaatkan sendiri oleh bangsa Melayu
itu untuk dia bangun dan membina balik kekuatan jati diri dia. Jadi apa pandangan ustaz dalam
konteks ini?.

J: Ya, bila kita melancarkan slogan ini, sebenarnya kita pun buat kajian, kita pun
study, kita dapati bahawa masyarakat Melayu kita khususnya di sini mempunyai
kelebihan yang banyak, mempunyai unsur penyatuan yang terlalu banyak, dari segi
aqidahnya, dari segi agama, mazhab feqahnya kita panggil mazhab syafi’e, ahli
sunnah wal jamaah, syiah tak ada, kecuali akhir-akhir inikan? Kemudian kita datang
daripada satu rumpun, kita satu bangsa, budayanya hampir sama, cara hidupnya
hampir sama, jadi sebenarnya unsur perpecahan di kalangan orang Melayu itu tidak
banyak, unsur yang menyatukan itu lebih banyak, tetapi diabaikan. Yang kita
berselisihnya ialah apa? Dari segi politik! Dari segi pendekatan politik sahaja! Yang
puak-puak nasionalis nak sangat dia itu kenapa? Sampai sanggup bergaduh. Yang
Islamis pula nak Islam dia tu sampai bergaduh, pasal apa? Jadi itu yang perlu dilihat
semula.
Pada zaman globalisasi ini, yang nasionalis dan Islamis ini tak banyak manfaat, dah
tak valid untuk berpisah, berbeza, untuk berdepan dengan globalisasi. Puak-puak
globalisasi ini dia tak kisah, nasionalis ke, Islamis ke, dia bantai semua. Jadi kita perlu
kekuatan, sebenarnya nasionalis, Islamis tidak bercanggah, dalam konteks Melayu ini.
Jadi kita boleh bersatu, dan boleh bersama, kalau dia nak. Yang masalahnya yang nak
buat mungkar, kekal nak buat mungkarnya, yang ada agenda politik, kekal dengan
agenda politiknya, itu yang jadi masalah. Bukan masalah Melayu keseluruhan,
ataupun masalah asas binaan masyarakat Melayu. Yang jadi masalahnya, tindak
tanduk yang berasas kepada masalah-masalah keperibadian pihak-pihak yang terlibat
ini. Jadi, kita yakin sebenarnya kalau kita boleh memperkuatkan unsur-unsur kesatuan
ini, maknanya kita satu bangsa, satu keluarga, satu rumpun.
Itu sebelum Islam, sebelum bercakap tentang Islam, sepatutnya, adakah kita dengan
terima Islam kita kena hancurkan hubungan bangsa, hubungan kerukunan yang sedia
ada? Tidak! Bahkan, Islam datang menguatkan lagi hubungan kerukunan yang sedia
ada atas asas bangsa, hubungan kasih sayang semula jadi. Emak sayang anak, sayang
anak saudara, hubungan tolong menolong di kalangan anak saudara, bapa saudara,
waris-waris dan sebagainya, itu semula jadi. Dia agama Islam ke, tak agama Islam ke,
dia akan jadi semula jadi. Islam datang, mengukuhkan hubungan tersebut. Islam
mengukuhkan hubungan itu. Ini masalah kita dikelirukan oleh agenda Barat, agenda
humanisme Barat. Humanisme Baratlah yang menghapuskan semua benda. Kalau kita
bercakap dari titik tolak Islam, Islam mengiktiraf hubungan kekeluargaan, kasihkan
bangsa, hubungan serumpun dan sebagainya diiktiraf oleh Islam, tidak ada masalah
apa pun, dan tidak pernah berlaku Islam menghapuskan benda ini,
Jadi bila kita bercakap kita Islam, maknanya hubungan saya dengan saudara ini Islam,
kalau ini, bapa saudara saya, saya dah suka dah, lepas tu, tambah pulak dengan nilai
Islam, lagi saya suka, lagi hubungan kita rapat, jadi kita ini hubungan satu rumpun dah
rapat, hubungan satu agama pulak lagi merapatkan hubungan sepatutnya. Bukan
menjadikan, awak orang Melayu, saya orang Islam, macam mana tu agak-agak. Jadi
hubungan kita sama-sama satu bangsa, satu agama, kita pisahkan itu semua, andaian
dalam kepala kita. Dan realiti tak patut berlaku liberal dalam kepala kita… kita
fikirkan konfrontasi yang seperti itu, jadi ini yang perlu ditamatkan sepatutnya.
Orang Melayu dengan orang Islam, tidak ada isu Melayu dan isu Islam, tidak perlu
berkonfrontasi. Jadi unsur penyatuan dalam masyarakat kita lebih banyak seperti
mazhab, keturunan. Maknanya pegangan agama, hubungan waris anak beranak ini
sangat rapat. Tidak ada percanggahan kecuali akhir-akhir ini ada isu syiah, jadi kita
kena fokus, Melayu Sepakat Islam Berdaulat itu sebenarnya fokus kepada isu
menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan politik, sebab dalam politik ini kita
bercanggah, dalam politik ini kita bergaduh dan berpecah. Jadi, kita kena sepakatkan
di situ. Kita lebih yakin dengan unsur kesepakatan yang paling besar daripada unsur
perpecahan, itu satu poin.
Poin yang kedua, masalah intergrasi nasional, bagi kita, golongan bukan Islam
ataupun bukan Melayu, mesti menerima, kedudukan Melayu, keistimewaan orang
Melayu dan sebagainya, sebagai asas intergrasi. Di Malaysia kita tidak ada satu ajaran
tertentu, seperti di Indonesia, ada Panca Sila, semua orang kena anuti Panca Sila
sebagai asas intergrasi. Di Malaysia tidak, intergrasi di Malaysia adalah intergrasi
politik, ataupun disebut juga intergrasi paksaan, di mana semua bangsa boleh hidup
dalam kerangka masing-masing. Cina bangunkan dia bangsa Cina, India bangunkan
bangsa India, ada sekolah jenis kebangsaan Tamil, ada jenis kebangsaan Cina dan ada
badan-badan yang menjaga kepentingan Cina dan ada badan-badan yang menjaga
kepentingan India. Ini sebenarnya yang menjadi punca masalah dalam konteks
mengendalikan isu intergrasi, apabila tidak ada ketegasan yang jelas dari awal, bahawa
semua bangsa sepatutnya menghormati perlembagaan negara, kedudukan agama
Islam, hak-hak Melayu, kedudukan bangsa Melayu. Dasar budaya nasional, apa dia?
Bahasa kebangsaan apa? Itu telah ada dalam dasar, telah ada dalam perlembagaan,
semua orang sepatutnya menghormati dan sistem mesti dijurus ke arah itu.
Cuba tengok pendidikan kita. Pendidikan sekolah kebangsaan mencairkan semua
benda dan menyebabkan cair juga identiti orang Islam dan orang Melayu. Sedangkan
Cina, India tak cair. Sebab dia ada sekolah jenis kebangsaan Cina, ada sekolah jenis
kebangsaan Tamil dan ada persatuan perniagaan Cina, ada persatuan perniagaan India.
Yang tak adanya kita! Kerana kita nak kait, nak rangkum orang lain, kita bertolak
ansur dan orang lain terus kekal dengan dia punya budaya, dengan polarisasi yang ada.
Jadi sekarang ini, masalah polarisasi wujud dan begitu menebal dan disokong pula
dengan agenda Barat. Mereka dengan keadaan itu, nak menguasai negara, nak
menguasai sistem, nak mengubah status quo, sehingga dasar konsep kenegaraan dan
sebagainya boleh menjadi merubah dan meletakkan kesamarataan yang mutlak dan
mengetepikan asas-asas asal yang telah diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan. Ini
boleh berlaku walaupun jaminan mulut mengatakan ia tidak akan berlaku. Kita faham
pergerakan di peringkat antarabangsa, dalam negeri, boleh menjurus ke arah
perubahan status quo yang begitu.

Soalan 29
S (Panel 1) : Saya ada satu soalan pertanyaan, demikian maksudnya ISMA mempunyai agenda
yang besar nak menyatukan bangsa Melayu dan mendaulatkan Islam. Cuma apakah agenda ISMA
ini, dan adakah ISMA merasakan agenda ISMA itu satu perkara yang difahami oleh ramai
masyarakat dan adakah dia perkara baru, bagaimana ustaz cakap tadi, semua tu sudah wujud, tapi
mungkin sesetengah pihak tidak sedar yang menyebabkan bangsa Melayu larut, toleransi yang
terlebih sehingga mereka tidak tahu, mereka perlu membela hak mereka sendiri, oleh itu, adakah
masa yang sama kumpulan lain-lain tidak buat perkara ini, bagaimana pandangan ustaz?
J: Kita tak boleh menafikan peranan setiap orang, kita kena pandang positif hal ini.
Kita NGO, kita kena terbuka dan melihat orang lain pun menyumbang. Asas itu kita
kena jelas. Kalau kita mula bercakap orang lain tak menyumbang, itu masalah nanti.
Kita bercakap, kita mengiktiraf semua yang memberi, menyumbang ke arah apa sahaja
yang menguntungkan umat dan masyarakat ataupun negara, kita kena terima dan
mengiktiraf. Tapi yang penting di sini, apa yang kita bawa ini adalah suatu yang kita
bongkar daripada akar sejarah dan asal usul keperibadian kita, bukan suatu agenda
yang asing, sebagaimana yang disebutkan tadi. Cuma kita perlu sedikit masa untuk
membuang sampah sarap yang telah menyelubungi pemikiran orang Melayu dan cara
nilai orang Melayu itu sendiri, mungkin berlaku banyak sangat sampah sarap dan dia
tak sedar, ataupun dia lambat peka, lambat bangkit dan bangun.
Tetapi akhirnya tenaga mereka akan bangun. Ini kerana agenda ini adalah agenda yang
datang daripada akar sejarah mereka. Daripada asas keperibadian mereka. Apabila kita
bercakap tentang Melayu, Islam, itu sejarah dia, itu asal diri dia, betul tak? Cuma
sekarang ini, dia lupa dengan berbagai-bagai slogan ulikan daripada berbagai-bagai
pihak, tetapi apabila kita mampu menjelaskan nanti, kita dapat menjelaskan isu ini
secara baik, kita yakin mereka akan bangun dan patah balik kepada agenda ini, jadi
agenda ini adalah bukan satu yang asing daripadanya.

Soalan 30
S (Pengerusi Majlis) : Akhir sekali ustaz, sejauh manakah keyakinan ISMA, dalam membawa
agenda ini untuk direalisasikan dalam masyarakat kita?. Kita cukup yakin, dan di sana ada petanda-
petanda yang baik, yang boleh kita jadikan, apa kata…bukti, di mana sambutan, khususnya di
kalangan orang muda kepada apa yang kita bawa ini, orang kata apa? Menggalakkan, begitu baik
sekali, bahkan bila kita bertemu dengan pihak-pihak yang wujud dalam masyarakat ini, pihak-pihak
yang berbagai-bagai, kita menerima sokongan dan dokongan daripada mereka secara individu
personal, tetapi mungkin mereka secara organisasi tidak boleh bersama, kerana dia terikat dengan
dasar, organisasi masing-masing dan kita hormati, tetapi secara individu mereka menyatakan
sokongan.

J: Sebagai Melayu muslim, mereka menerima dan mengamal, mengiktiraf apa yang
kita bawa ini adalah betul. Banyak fakta dan banyak bukti yang telah berlaku, kalau
kita tanya pada orang yang berada dalam parti yang menentang pun, yang kita lihat
menolak apa yang kita bawa, bila tanya dia, dia kata, apa yang ISMA bawa ini betul.
Cuma dia tidak boleh nak sokong, sebab dia punya kedudukan dalm organisasi, jadi
kita tidak risau tentang apa yang kita bawa sama ada akan dapat sambutan atau pun
tidak.
Di samping ia adalah datang daripada akar sejarah, ia juga adalah merupakan`pola`
politik dalam sejarah politik Malaysia ini. Pola perjuangan politik daripada zaman
dahulu sampai hari ini dan akan datang. Orang tak akan boleh pisahkan antara Melayu
dan Islam, kalau nak berjaya dalam politik mesti berada di persekitaran ini, ini paling
penting sekali.

Anda mungkin juga menyukai