Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan pertandingan

syarahan antara kelas. Sebagai setiausaha persatuan, kamu ditugaskan menulis


sepucuk surat kepada guru besar untuk meminta kebenaran menggunakan
dewan dan peralatan untuk pertandingan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan. 29 MAC 2019

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Dan Peralatan

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah


Kebangsaan Pengkalan Chepa akan menganjurkan satu
pertandingan syarahan antara kelas . Oleh yang demikian, pihak persatuan
ingin memohon kebenaran untuk menggunakan dewan sekolah dan peralatan
yang berkaitan.

2. Berikut adalah butiran pertandingan tersebut:-


Tarikh : 5 April 2016
Masa : 8.00 – 10.30 pagi
Tempat : Dewan sekolah
Bilangan Murid : 60 orang
Bilangan guru : 4 orang

3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-


murid dalam menyampaikan syarahan di samping mencari peserta yang
berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat
daerah pada bulan Mei akan datang.

4. Kami berjanji akan menggunakan dewan dan peralatan sebaik mungkin.


Kami juga akan membersihkan dewan dan mengemas peralatan selepas
digunakan.
5. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian
yang sewajarnya daripada pihak tuan. Pertimbangan dan perhatian pihak tuan,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Nurhusnina
(NURHUSNINA BT ZAIDI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa.

Anda mungkin juga menyukai