Anda di halaman 1dari 4

SI CAMAR YANG BERJASA

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Si Camar Yang Berjasa.

Di suatu kawasan di dalam lautan, kelihatan dua ekor ikan sedang

berenang-renang mencari makanan. Mereka adalah Cik Kembung dan

Cik Tamban. Makanan mereka berbeza dengan makanan kita kawan-

kawan. Di celah-celah batu Cik Kembung dan Cik Tamban memperoleh

makanan yang berupa alga dan organisma kecil.

Sedang Cik Kembung dan Cik Tamban leka menikmati keenakan

alga dan organisma makanan mereka. Cik Tamban terlihat seekor burung

camar berlegar-legar di ruang angkasa. Kelihatan si camar sedang

mencari sesuatu. Cik Kembung dan Cik Tamban yakin, tentu si camar

sedang meninjau-ninjau mangsanya iaitu mereka berdua.

Tanpa berlengah-lengah lagi, Cik Kembung dan Cik Tamban

segera beredar sebelum disambar oleh Si Camar. Demi keselamatan, Cik

Kembung dan Cik Tamban terpaksa berenang-renang ke suatu kawasan

yang agak jauh untuk mendapatkan makanan. Sambil makan, mereka

berbual-bual.
Cik Kembung dan Cik Tamban merasakan kehadiran Si Camar

mengancam kehidupan mereka. Setiap hari ada saja dalam kalangan

masyarakat laut menjadi mangsa Si Camar. Mereka sentiasa hidup dalam

ketakutan. Dimana terdapat banyaknya alga disitu jugalah Si camar

berada.

Setiap hari mereka terpaksa menahan lapar agar keselamatan

terjamin. Untuk mengelakkannya, Cik Tamban mencadangkan, “racun

semua si burung camar, pasti aman. Ancaman terhindar”. Cik Kembung

amat bersetuju dengan cadangan Cik Tamban kerana dengan cara itu

sahajalah bahaya dapat dihindari. Tanpa disedari perbualan mereka

didengari oleh Sang Penyu.

Selaku ahli masyarakat laut yang prihatin, Sang penyu mendengar

permasalahan yang dihadapi oleh Cik Kembung dan Cik Tamban. Sang

penyu seekor binatang yang bijak. Dia sering menjadi rujukan bagi

sebarang permasalahan dalam kalangan masyarakat laut.

Menurut sang penyu, “jika camar kita racun, racun itu akan mengalir

ke dalam ekosistem laut. Akibatnya semua hidupan laut akan tercemar

dan memusnahkan semua hidupan laut”, jelas Sang Penyu. Cik Kembung

dan Cik Tamban terdiam mendengar kata-kata Sang Penyu.


Setiap kata-kata yang dikatakan oleh sang Penyu adalah benar.

Menurut Sang Penyu lagi, Si Camar merupakan penyumbang kepada

makanan terutamanya alga.

Sekali lagi Cik Kembung dan Cik Tamban terpana. “Apa pula

kaitannya dengan alga?” fikir mereka. “Burung camar tinggal di kawasan

berbatu di tepi laut. Mereka akan makan dan membuang najis di kawasan

tersebut. Najis burung camarlah yang menjadi sumber penggalak kepada

alga-alga untuk membiak dan hidup dengan subur”. Jelas Sang Penyu

kepada Cik Kembung dan Cik Tamban. “Ini bermakna tiada burung

camar, tiadalah alga, tiada alga tiadalah sumber makanan bagi spesis

laut!”

“Sungguh mengerikan”. fikir mereka lagi. Bijak sungguh Sang

Penyu ya kawan-kawan. Cik Kembung dan Cik Tamban amat berterima

kasih dengan segala info yang telah diberikan oleh Sang Penyu. Andai

tidak, segalanya akan musnah dalam sekelip mata.

Barulah mereka sedar bahawa mereka hidup dalam ekosistem yang

sama dan mempunyai kaitan di dalam rantaian makanan. Kepupusan

salah satu rantaian makanan akan menyebabkan organisma laut turut

terjejas.
Demikianlah kawan-kawan, setiap organisma yang dijadikan tuhan

mempunyai peranan masing-masing. Kita sama sekali tidak boleh

mementingkan diri sendiri. Fikir sebelum bertindak, itulah orang yang

bijak.

Dunia milik kita pelihara bersama, Seia sekata sehati dan sejiwa. Sekian

terima kasih

Anda mungkin juga menyukai