Anda di halaman 1dari 2

Hikayat Pelanduk Jenaka ( Tuan Syeikh Alam Rimba melawan Raksasa)

SINOPSIS
Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa
masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian, kesemua penghuni binatang di hutan
berkenaan telah pergi ke Sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun,
di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang
beruang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka
lantaran ancaman daripada raksasa tersebut. Malah, Badak yang sudah tewas itu menipu
rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa.
Sebenarnya luka di badan Badak itu tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan
diri daripada Raksasa. Kemudian masyarakat binatang pun meminta tolong daripada
Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru
beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka
pun pergi ke tempat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap
ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada
rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan-rakan binatang yang lain menyembunyikan diri
sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk
pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat
masalah sakit-sakit dibadan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat
daripada Rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun
mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah
menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba
terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat
bermain-main di Sungai Tinam.
WATAK

1.Tuan Syeikh Alam Rimba (Sang Pelanduk) -

2. Badak -

3. Kerbau -

4. Kijang -

5. Siamang -

6. Beruang -

7. Seladang -

8.Harimau -

9.Kera -

10.Singa -

11. Ikan 1 -

12. Ikan 3 -

13.Raksasa -

14. Kambing -

Anda mungkin juga menyukai