Anda di halaman 1dari 6

Sunnah Bekam Yang

Semakin Dilupakan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu


minum madu, sayatan pisau bekam dan
pembakaran dengan api panas (kay).
Sesungguhnya, aku melarang umatku
daripada berubat dengan kay.”Hadis Sahih

Bukhari

Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan meliputi


segala aspek kehidupan manusia, termasuklah dari sudut
kesihatan. Tahukah anda, terdapat satu rawatan alternatif
yang dinamakan sebagai ‘bekam’?

Mungkin ada segelintir daripada kalangan pembaca sudah


pun mendapatkan rawatan ini, atau mungkin dirinya
seorang perawat mahupun pemilik pusat bekam. Bahkan,
mungkin ada dalam kalangan kita ini yang masih tidak
tahu rawatan apakah ini? Selamatkah? Tidak
berbahayakah untuk kesihatan?

Justeru, di sini dikongsikan beberapa info atau maklumat


berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam;
#1 – Apa Itu Bekam?

Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan


perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah
kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan
kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.

#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan


Berbekam?

Waktu terbaik berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21


bulan Qamariyah. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19


dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua
penyakit.” Hadis Riwayat Abu Daud

Mengenai hari-hari dalam seminggu, dari Nafi’ dari Umar


r.a yang berkata;

“Wahai Nafi’ berbekamlah dengan berkat dari


Allah s.w.t pada hari Khamis, berusahalah
menghindari berbekam pada hari Rabu,
Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari
Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di
mana Ayub disembuhkan dari penyakit dan
Allah s.w.t menimpakan penyakit padanya
pada hari Rabu, kerana sesungguhnya
penyakit kusta dan belang biasanya muncul
pada hari Rabu atau malam Rabu.” Riwayat Ibnu

Majah

#3 – Adakah Terdapat Pantang


Larang Dalam Berbekam?

Ya. Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak


boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit
kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi,
pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit
Hepatitis A dan B yang parah dan setelah muntah.

Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah,


wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru
menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat
kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid,
penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan
lain-lain mengikut keadaan seseorang.

#4 – Bagaimana Kaedah Bekam


Menurut Islam?
Pada zaman Rasulullah s.a.w, bekam menggunakan kaca
atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno,
mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang
Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah
sebagai alat bekam.

Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga


mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan
pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan
jarum lancet.

#5 – Apa Hikmah dan Kelebihan


Bekam?

Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;

– Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah s.a.w.


– Membantu melancarkan peredaran darah.
– Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah
kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
– Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang,
menyegarkan dan menyihatkan badan.
– Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan
dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing
manis/diabetes)
– Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus
menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal
mereka.
– Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam
darah (untuk menyembuhkan penyakit gout)
– Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
(untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan
dan masalah jerawat).
– Membuang racun atau sihir dalam badan dan banyak
lagi manfaatnya.

#6 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh


Berbekam?

Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di


negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan
ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara
Eropah.

#7 – Selamatkah Bekam?

InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah


Rasulullah s.a.w bahkan kaedah yang dijalankan pada
zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.

Namun begitu, perlu diingatkan sebelum hendak berbekam


adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat
rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak
melanggar syarak dan jurubekam yang benar-benar
terlatih serta diakui kemahirannya.

Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada


kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah s.a.w yang
jarang diwar-warkan. Jika orang bukan Islam meyakini
kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam
perlu takut dan meraguinya?

Bersamalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini,


mudah-mudahan beroleh keberkatan kerana menyahut
seruan Baginda s.a.w. Wallahua’lam.

Anda mungkin juga menyukai