Anda di halaman 1dari 4

IKLAN JAWATAN KOSONG

USIM TIJARAH HOLDINGS SDN. BHD. (850158-P)merupakan “Commercial Arm” USIM yang
menghubungkan Universiti dengan komuniti perniagaan dan korporat. Selain daripada menjadi
“Commercial Arm”, ianya juga memainkan peranan utama untuk membantu USIM menjana
pendapatan agar dapat mengurangkan kebergantungannya kepada Geran Kerajaan sesuai dengan
konsep pengkorporatan Universiti. USIM Tijarah Holdings Sdn ditubuhkan pada 17 Mac 2009. UTHSB
adalah merupakan sebuah Syarikat Induk milik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat mempelawa warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan
untuk mengisi jawatan seperti berikut:

A) Eksekutif Pemasaran Kanan (Kontrak)


B) Pembantu Pemasaran (Kontrak) – 2 orang
C) Pembantu Operasi dan Kewangan (Kontrak)

A. Eksekutif Pemasaran Kanan (RM2800)


Tanggungjawab:
 Merancang dan melaksanakan tugasan/inisiatif bagi menjayakan perancangan dan sasaran
yang ditetapkan Pengurusan UTHSB
 Menjalankan kerja-kerja pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan
 Membuat jaringan dengan pihak berkepentingan
 Wakil pemasaran kepada program yang dijalankan.
 Menyediakan laporan jualan harian, mingguan dan bulanan.
 Memahami dan merancang strategi pemasaran.
 Menyediakan laporan untuk kandungan dan media.
 Menyediakan bahan-bahan pemasaran untuk khidmat pelanggan.
 Menghadiri dan membantu ketika program yang dijalankan.
 Mempunyai pengetahuan asas tentang sosial media.
 Membantu menguruskan copywriting.
 Mendapatkan jualan mengikut sasaran yang telah ditetapkan.
 Menguruskan kempen pemasaran
Kelayakan:

 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pemasaran, perniagaan atau bidang-bidang yang
berkaitan.
 Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (pertuturan dan penulisan)
 Mahir menggunakan Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint, dan internet
 Amanah, bertanggungjawab, rajin, dan cepat belajar
 Sanggup bekerja diluar waktu pejabat
 Bermotivasi, proaktif, boleh bekerja secara berkumpulan, serta komited dalam mencapai
sasaran yang diberikan
 Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam pemasaran
 Keutamaan diberikan kepada yang berpengalaman dalam industri pendidikan, kesihatan dan
latihan
 Mempunyai kenderaan sendiri

B. Pembantu Pemasaran (RM1400) – 2 orang


Tanggungjawab:
 Melaksanakan tugasan/inisiatif bagi menjayakan perancangan dan sasaran yang ditetapkan
Pengurusan UTHSB
 Menjalankan kerja-kerja pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan
 Membuat jaringan dengan pihak berkepentingan
 Wakil pemasaran kepada program yang dijalankan.
 Menyediakan laporan jualan harian, mingguan dan bulanan.
 Memahami dan merancang strategi pemasaran.
 Menyediakan laporan untuk kandungan dan media.
 Menyediakan bahan-bahan pemasaran untuk khidmat pelanggan.
 Menghadiri dan membantu ketika program yang dijalankan.
 Mempunyai pengetahuan asas tentang sosial media.
 Membantu menguruskan copywriting.
 Mendapatkan jualan mengikut target yang telah ditetapkan.
Kelayakan:

 Diploma bidang pemasaran, perniagaan atau bidang-bidang yang berkaitan.


 Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (pertuturan dan penulisan)
 Mahir menggunakan Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint, dan internet
 Amanah, bertanggungjawab, rajin, dan cepat belajar
 Sanggup bekerja diluar waktu pejabat
 Bermotivasi, proaktif, boleh bekerja secara berkumpulan, serta komited dalam mencapai
sasaran yang diberikan
 Graduan digalakkan memohon
 Keutamaan diberikan kepada yang berpengalaman dalam industri pendidikan, kesihatan dan
latihan
 Mempunyai kenderaan sendiri

C. Pembantu Operasi dan Kewangan (RM1400)


Tanggungjawab:
 Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang
berkenaan
 Menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen operasi dan kewangan
 Membuat pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
 Menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan
 Mengurus dan mengawal peruntukan
 Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan
 Menyelenggara rekod pesakit klinik

Kelayakan:

 Diploma bidang pentadbiran, akaun, kesetiausahaan atau bidang-bidang yang berkaitan.


 Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (pertuturan dan penulisan)
 Mahir menggunakan Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint, dan internet
 Amanah, bertanggungjawab, rajin, dan cepat belajar
 Sanggup bekerja diluar waktu pejabat
 Bermotivasi, proaktif, boleh bekerja secara berkumpulan, serta komited dalam mencapai
sasaran yang diberikan
 Graduan digalakkan memohon
 Keutamaan diberikan kepada yang berpengalaman dalam kesihatan

Calon yang berminat untuk jawatan di atas, sila emel CV (sila nyatakan gaji terkini (jika ada) beserta
gambar bersaiz passport kepada :

info@tijarahholdings.com

atau hubungi Pejabat UTHSB beralamat :

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd


PK A-1 06, 07 & 08 Level 1,
Commercial Center,
Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Bandar Baru Nilai
Nilai, Negeri Sembilan.

06 – 798 6461

Anda mungkin juga menyukai