Anda di halaman 1dari 2

1.

1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Dyslipidemia merupakan sejenis penyakit yang melibatkan paras lipid yang tidak normal
dalam darah. Terdapat dua jenis dyslipidemia iaitu hyperlipidemia dan hipolipidemia.
Dyslipidemia boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular dan menyebabkan kematian.
Di negara maju seperti United States, terdapat hampir 31 million orang America dewasa
yang mengalami hyperlipidemia. 73.5 million daripadanya mempunyai “low-density
lipoprotein” yang tinggi. (Mozaffarian D et al, 2014) pada tahun 2009, penyakit
kardiovaskular merupakan punca kematian yang tertinggi dalam kalangan lelaki dan
perempuan. Di Sarawak pula, pesakit “overweight” mengalami kormoditi penyakit
dyslipidemia sebanyak 27.8%. (Teh C L, Chew K F, Ling G R, 2014)
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Menurut WHO, pada tahun 2008, kadar prevalen global hyperlipidemia di kalangan orang
dewasa adalah 39%, iaitu 37% pada lelaki dan 40% pada wanita. Penyakit dyslipidemia
di kalangan pesakit klinik Bunuk semakin meningkat pada tahun 2017. Pesakit
dyslipidemia akan mengalami komplikasi seperti penyakit kardiovaskular dan
menyebabkan mereka menjadi kurang produktif. Keluarga pesakit juga akan mengalami
masalah status ekonomi. Dari segi komuniti, sumber tenaga manusia akan berkurang
akibat pengurangan pekerja kerja berat terutamanya di dalam bidang perindustrian.
Negara kita juga akan mengalami kekurangan tenaga manusia dan mulai mengimport
pekerja dari luar negara seperti pekerja Bangladesh dan India. Hal ini mampu
meningkatkan kadar penggangguran rakyat dan peluang pekerjaan juga akan berkurang.
Kadar mortaliti rakyat Malaysia juga akan meningkat akibat komplikasi penyakit
kardiovaskular. Antara rational investigasi dijalankann adalah atas sebab persendirian.
Nenek pengkaji menghidap penyakit dyslipidemia dan sedang menjalani rawatan.
Pengkaji ingin mengurangkan komplikasi penyakit dyslipidemia pada beliau. Pengkaji
juga ingin mencegah penduduk lain daripada menghidap penyakit ini. Sebagai seorang
ahli profesional yang bertanggungjawab, pengkaji perlu mengurangkan kadar kes
dyslipidemia di kawasan kerja. Pengkaji ingin mengkaji faktor peningkatan kes tersebut.
Pengkaji juga pernah terbaca artikel, jurnal serta surat khabar mengenai kajian
penyelidikan kes dyslipidemia yang berjaya. Pengkaji ingin memulakan investigasi baru
mengenai kes dyslipidemia. Tujuan kajian adalah untuk mengumpul data yang
secukupnya bagi mengenalpati masalah atau situasi sebenar penyakit supaya masalah
dapat diatasi secara berkesan. Signifikan penyelidikan adalah meningkatkan kesedaran
penduduk tentang penyakit dyslipidemia serta komplikasinya supaya kes penyakit
tersebut dapat dikurangkan. Pengkaji berharap agar hasil kajian dapat membantu dan
dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kajian pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai