Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur.

Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai

kematangan.1 Ekonomi dalam istilah Bahasa Greek iaitu Oikonomikus bermaksud

kebijaksanaan dalam pengurusan rumah tangga, manakala Iqtisad dalam bahasa Arab

bermaksud sifat pertengahan antara dua hujung yang keji iaitu antara sifat Bakhil dan Israf.
2
Definisi ekonomi ialah satu kajian bagaimana individu atau masyarakat memilih sama ada

dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad,

yang memungkinkan alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada

sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan masa depan

kepada pelbagai manusia dan kumpulan masyarakat.3

Pada asalnya Pulau Indah yang juga dikenali sebagai Pulau Lumut merupakan sebuah

Kawasan hutan bakau yang diduduki penduduk kampung perikanan dan orang asli. Kawasan

ini mula mengalami perkembangan pesat dan diterokai setelah projek jambatan Selat Lumut

habis dibina pada tahun 1994 untuk menghubungkan Pulau Indah ke Pelabuhan Klang.4 Pada

masa kini, Pulau Indah mempunyai pelabuhan yang paling besar dan sibuk di Malaysia yang

1
Izzati Allia, “2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN”,

https://www.academia.edu/28347414/2_TEORI-TEORI_PERKEMBANGAN
2
Mahyuddin Khalid, “Pengenalan Ekonomi Islam”, 9 October 2011,

https://www.slideshare.net/emkay84/mei-pengenalan-ekonomi-islam , PG8
3
https://www.seputarpengetahuan.co.id/2017/02/pengertian-perkembangan-ekonomi-dan-

penjelasannya-lengkap.html
4
Tourism Selangor, http://www.tourismselangor.my/destinations/pulau-indah/
dikenali sebagai Westport.5 Terdapat juga dua jambatan yang menghubungkan pulau Indah

ke tanah besar iaitu jambatan Pulau Indah Expressway yang merupakan lanjutan dari KESAS

selepas Pandamaran dan jambatan SKVE yang menghubungkan Pulau Indah ke Pulau Carey

dan Teluk Panglima Garang . Sebelum menyiapkan jambatan, satu-satunya cara

pengangkutan untuk penduduk pulau adalah perkhidmatan feri selama satu jam ke Terminal

Pelabuhan Klang. Terdapat stesen KTM , disambungkan ke Selat Port Klang dengan

jambatan selari dengan Lebuhraya Pulau Indah, tetapi stesen ini hanya untuk kegunaan kargo

dan tidak dibuka kepada penumpang. Selain Pelabuhan Barat, Pulau Indah terutamanya

mengandungi Taman Perindustrian Pulau Indah (termasuk Halal Halal Selangor), empat buah

kampung (Kg Perigi Nenas, Kg Sungai Pinang, Kg Sungai Kembong, Teluk Nipah) Laguna

Park), sebuah estet perumahan (Bandar Armada Putra), dan Pusat Hidrografi Nasional

Tentera Laut Malaysia. Pulau Indah mempunyai paya bakau yang besar , tetapi kebanyakan

hutan bakau telah hilang pada tahun 1999 untuk pembangunan Pelabuhan Barat dan ladang

perindustrian.

2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT COMSALE

Comsale Computer Inc. ditubuhkan pada tahun 2000 dan merupakan salah satu syarikat

penyelenggaraan komputer meja, komputer riba dan aksesori elektronik yang terbesar di

Amerika utara. Comsale Computer Inc diiktiraf sebagai Microsoft Authorized Refurbisher

(MAR) yang diluluskan oleh pembangun OEM utama yang mempunyai beribu pejabat di

seluruh dunia dalam memenuhi keperluan kelayakan yang ketat berdasarkan jumlah,

kecekapan teknikal, keselamatan, pematuhan alam sekitar, dan operasi kualiti. Komputer

yang diperbaharui dimuatkan dengan perisian Microsoft asli untuk menyediakan PC lengkap

5
Central Spectrum, http://www.centralspectrum.com.my/about-pulau-indah/
yang telah diperbaharui. Comsale Computer Inc. merupakan pemimpin industri yang

dipercayai dan Rakan Bersertifikat Microsoft Gold.6

Rangkaian sumber yang luas membolehkan Comsale Computer Inc. untuk

menawarkan sumber bekalan komputer dan komponen elektronik asli yang boleh dipercayai.

Comsale Computer Inc. mempunyai perjanjian dengan OEM, VAR, dan rangkaian peniaga

antarabangsa dalam peralatan komputer yang memberikan kelebihan unik untuk mengakses

pelbagai peralatan. Comsale Computer Inc. mengekalkan tumpuan operasi yang kukuh

dengan proses yang sangat automatik untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan dengan

teliti dan tepat. Comsale Computer Inc. menyediakan komputer yang berkualiti tinggi yang

telah diperbaharui dengan harga yang jauh lebih rendah daripada komputer baru tanpa

menjejaskan kualiti komputer. Comsale Computer Inc memberikan jaminan selama satu

tahun atau pilihan pelanjutan jaminan selama lima tahun serta pasukan khidmat pelanggan

yang sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya terhadap produk

mereka.

Comsale Computer Inc. mematuhi amalan kitar semula ("R2") yang

bertanggungjawab untuk mengitar semula elektronik di seluruh dunia dan menawarkan cara

penyelesaian IT yang mesra alam. Komputer yang pernah digunakan dan peralatan elektronik

sering berubah menjadi sisa. Comsale Computer Inc. membantu melindungi alam sekitar, di

dalam dan di luar negara, dengan membeli, membaik pulih dan menjual semula komputer

agar ia tidak dilupuskan di tapak pelupusan sampah dan tempat pembuangan sampah.
7
Comsale Malaysia Sdn Bhd yang merupakan cawangan kepada Comsale Computer Inc. akan

menerima komputer-komputer lama yang diimport daripada Amerika Syarikat ke Malaysia

6
https://www.linkedin.com/company/comsale-computer-inc-/about/
7
http://www.comsale.com/Content/assets/Comsale-Brochure.pdf
melalui Westport yang terletak di Pulau Indah, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan

pembelanjaan kos pengangkutannya kerana berdekatan dengan kilangnya di Comsale

Malaysia Sdn Bhd, B24-B26, Jalan FZ4-P3, Port Klang Free Zone/KS12, 42920 Pulau Indah,

Selangor

3.0 Peranan Syarikat COMSALE Malaysia SDN BHD dalam mengurangkan pencemaran E-

Sisa terhadap alam sekitar dan aspek ruang perniagaan serta peluang – peluang pekerjaan

yang terdapat di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor serta sumbangannya kepada

masyarakat yang terdapat di kawasan tersebut

3.1 Peranan Syarikat COMSALE Malaysia SDN BHD dalam mengurangkan pencemaran E-

Sisa terhadap alam sekitar.

Sisa elektronik atau singkatannya e-sisa merupakan sisa yang paling cepat meningkat

berbanding sisa yang lain. Ini kerana manusia pada zaman moden terlalu bergantung kepada

peralatan elektronik untuk memudahkan kerja seharian. Rentetan daripada permintaan

terhadap peralatan elektronik yang semakin meningkat, industri pembuatan elektronik

menjadi industri yang paling cepat berkembang berbanding industri lain dan penghasilan

sesebuah komputer akan sekurang-kurangnya akan menggunakan 10 kali lebih berat bahan

api fosil dan bahan kimia. Sisa elektronik merupakan barangan elektronik yang telah

mengalami kerosakan dan telah tamat hayat penggunaanya 8dan sisa elektronik dikategorikan

sebagai bahan buangan terjadual kerana mempunyai ciri-ciri seperti radioaktif, menghakis,

8
Tiada Penulis, The complete book on E-waste recycling, (Asia Pacific Business Press

Inc.,2015), 2
bertindak balas dan juga toksik9. Pada tahun 1995, sebanyak 15 juta unit E-Sisa telah

dihasilkan di Malaysia dan jumlah ini semakin menaik dengan mendadak dan telah mencapai

44 juta unit E-Sisa pada tahun 2015 dan ia dianggarkan sebanyak 55 juta unit E-Sisa akan

dihasilkan pada tahun 2020 iaitu 3.5 kali lebih tinggi berbanding tahun 1955. Kini, sisa

elektronik merupakan satu masalah yang serius dan perlukan perhatian daripada semua pihak

kerana pencemarannya akan memberi impak kepada kesihatan manusia dan merupakan satu

ancaman kepada alam sekitar kerana ia juga melepaskan gas rumah hijau dan bahan-bahan

yang menyebabkan penipisan lapisan ozon seperti klurofluorokarbon. Sebagai contoh, dalam

industri pembuatan untuk menghasilkan komputer, terdapat ratusan komponen yang

digunakan dalam proses pembuatan litar dalam komputer melibatkan proses penyaduran

elektrik yang akan menggunakan beberapa jenis logam berat seperti plumbum, litium dan

merkuri10. Manakala untuk menghasilkan cip komputer pula melibatkan penggunaan bahan-

bahan kimia seperti asid dan juga pelarut yang terdiri daripada bahan organik dan juga bukan

organik yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam

sekitar11. Selain itu, kaedah yang biasa digunakan untuk melupus sampah iaitu kaedah

penimbusan tanah atau lebih dikenali sebagai Landfill, sekiranya pembuangan elektronik itu

dilupuskan menggunakan cara ini , ia akan menyebabkan pencemaran yang sangat kritikal

terhadap alam sekitar seperti pencemaran tanah dan sumber air bawah tanah 1213yang akan

9
Used Computer, “Apa itu E-waste”, 8 April 2017, https://usedcomputer.com.my/apa-itu-e-

waste/
10
Mohd . Azraie. Yusof,“Jom kitar semula e-sisa mudah alih”, Utusan Online, 11 September,

2016, m.utusan.com.my/rencana/utama/jom-kitar-semula-e-sisa-mudah-alih-1.381561
11
PROF. DR.MAHENDRA PAL,THE COMPLETE BOOK ON WASTE TREATMENT

TECHNOLOGIES, (NIIR PROJECT CONSULTANCY SERVICES, 2015), 25


12
Ibid, 11
membawa kepada masalah kesihatan manusia akibat daripada komponen-komponen

elektronik yang mengandungi kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium,

perak, mangan atau bifenil terpoliklorin serta logam-logam yang beradioaktif Selain. Oleh

itu, Comsale Computer Inc memainkan peranannya dalam mengurangkan pencemaran E-

Sisa dengan menerima komputer -komputer lama yang tidak digunakan dan telah ketinggalan

zaman daripada pelbagai organisasi dengan menaiktaraf dan membaikpulihkan komputer-

komputer lama berdasarkan piawaian “R2” yang memastikan jaminan keselamatan dan

kualiti komputer yang diperbaharuikan, dikitar semula, atau digunakan tidak memberikan

ancaman terhadap alam sekitar, penggunanya dan pekerjanya yang bertanggungjawab

menguruskan barangan elektronik. Pada tahun 2005, Comsale Computer Inc mendapat

pensijilan “R2” dengan memohon daripada SERI (Sustainable Electronics Recycling

International) iaitu sesebuah organisasi bukan untung yang didedikasikan untuk menjamin

keselamatan dan kemampanan penggunaan semula elektronik melalui piawaian yang

dipersetujui oleh seluruh dunia. Jelahlah, bahawa Comsale Computer Inc memainkan peranan

penting untuk mengurangkan pencemaran E-Sisa agar generasi kini dan yang akan datang

dapat hidup di alam sekitar yang lebih bersih dan sihat.

3.2 Ruang perniagaan Comsale Computer Inc

Syarikat Comsale Comsale Malaysia Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak tahun 2015 yang

merupakan cawangan kepada Comsale Computer Inc. akan menerima komputer-komputer

lama yang diimport daripada Amerika Syarikat ke Malaysia melalui Westport yang terletak di

Pulau Indah, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan perbelanjaan kos

pengangkutannya kerana berdekatan dengan kilangnya di Comsale Malaysia Sdn Bhd, Pulau

Indah, Pelabuhan Klang. Syarikat Comsale Malaysia. Dengan pengamalan pengurangan kos

13
Ibid, 12
yang diimplikasikan oleh Comsale Computer Inc. Syarikat ini dapat menawarkan

komputernya dengan harga rendah yang berpatutan berbanding komputer baru tanpa

menjejaskan kualiti komputernya yang telah diperbaharui kepada ruang-ruang perniagaan

seperti pengguna, syarikat-syarikat, kerajaan, pengagih penjualan komputer dan sektor

pendidikan. Pada tahun 2003, Comsale Computer Inc telah menjadi Rakan Bersertifikat

Microsoft Gold iaitu pengiktirafan kepada Comsale Computer Inc sebagai rakan perniagaan

yang sentiasa akan memastikan kualiti aksesori komputer dan komputer yang diperbaharui

berada di tahap tinggi dan dipasang dengan perisian Microsoft. Comsale Computer Inc juga

memastikan komputernya hanya diterima dan dibeli daripada sumber yang dipercayai seperti

syarikat besar di Amerika Syarikat yang berada tempat ke-500 dan atas yang juga dikenali

sebagai Fortune 500 Companies atau kerajaan yang akan membuat peningkatan teknologi dan

menukarkan komputernya. Pengambilan computer daripada sumber yang boleh dipercayai

memastikan computer yang diperbaharuikan dan sebelum dijual kepada konsumer tidak

mempunyai sebarang virus komputer dan data peribadi mereka selamat dan tidak dibocorkan

serta dipasang dengan perisian Microsoft and Windows 10 yang asli dan paling terkini serta

menaiktarafkan kapasiti RAM kepada 8 GB dan CPU komputer itu biasanya akan ditukarkan

kepada INTEL CORE-i5-8400 berdasarkan spesifikasi kebolehan dinaiktaraf motherboard

komputer itu sendiri. Comsale Malaysia Sdn Bhd telah menjual kebanyakan komputer yang

telah diperbaharui ke negara Asia Tenggara seperti Singapore, Thailand, Indonesia,

Philipphines dan sebagainya. Jelaslah, Comsale Computer Inc mempunyai ruang-ruang

perniagaan yang luas di Pulau Indah, Malaysia14

3.3 Peluang-peluang pekerjaan dan sumbangannya kepada masyarakat tempatan di Pulau

Indah, Pelabuhan Klang, Selangor

14
Temubual dengan Encik Chiew Nen Hoo, 1 Februari 2019
Dari sudut pekerjaan dapat dilihat apabila wujudnya kawasan perindustrian mempunyai tanah

kosong di Pulau Indah menyebabkan Comsale Malaysia Sdn Bhd didirikan di B24-B26,

Jalan FZ4-P3, Port Klang Free Zone/KS12, 42920 Pulau Indah, Selangor dan ia memerlukan

tenaga buruh mahir yang ramai untuk menjalankan kilang pembaharuan komputernya

sebanyak 200 orang pekerja dan telah menyebabkan peluang pekerjaan di Pulau Indah

semakin luas dan masalah pengangguran dapat diatasi apabila ramai penduduk di sekitar

kawasan Klang, Selangor bekerja di Comsale Malaysia Sdn Bhd . Dari sudut pembahagian

kerja di Comsale Malaysia Sdn Bhd ini terbahagikan kepada 2 bahagian, bahagian pertama

adalah terdiri daripada pihak atasan seperti pengurus besar, pengurus pengeluaran dan

pengurus sumber manusia. Pengurus besar akan menetapkan sasaran pencapaian jumlah

komputer yang perlu diperbaharuikan biasanya sebanyak 500 komputer dalam masa

seminggu dan pengurus pengeluaran akan bertanggunggjawab untuk operasi harian loji

pembaikian komputer, pengurus pengeluaran juga dikehendak untuk mengkoordinasikan

aktiviti yang terlibat dalam pengeluaran, pengurusan kualiti dan inventori gudang. Pengurus

pengeluaran perlu sentiasa memastikan operasi pengeluaran menetapi piawaian yang

ditetapkan oleh Comsale Computer Inc untuk mencapai sasaran pengeluaran dan

menitikberatkan dalam isu keselamatan, pengawalan kualiti dan kuantiti output, pengawalan

sisa pengeluaran, on-time delivery (OTD) dan sebagainya. Dalam bahagian kedua adalah

terdiri daripada pekerja juruteknik komputer dan pakar komputer yang . Mereka

bertanggungjawab membuat inspeksi terhadap komputer ,membersihkan komputer itu

daripada habuk dan menentukan kebolehbaikian komputer itu, mereka akan menukarkan

bahagian komputer yang biasanya rosak seperti paparan LCD komputer riba dan papan

kekunci. Pada bahagian luaran komputer pula akan dibuangkan cat lamanya dan akan

dijalankan pengecatan semula agar komputer itu mempunyai muka baharu dan dapat menarik

minat semula konsumer untuk membelinya dengan yakin. Seterusnya, pada tahun 2015 ,
Comsale Malaysia Sdn Bhd telah membeli sebanyak 3 buah mesin yang berfungsi untuk

menjalankan diagnosis yang lebih teliti terhadap papan litar menggunakan sinaran laser untuk

mencari kerosakan komponen elektronik untuk dibaiki dan papan litar akan dimasukan ke

dalam ketuhar dalam tempoh masa 1 minit untuk memastikan semua komponen elektronik

dan cip telah dipaterikan semula. Dengan menggunakan mesin dalam proses pembaharuan

atau pembaikian komputer, mesin ini telah memainkan peranan penting dalam melancarkan

proses pengeluaran untuk pembaharuan atau pembaikian komputer dalam kuantiti yang besar

dengan kualiti yang terjamin dan menjimatkan masa daripada cara membuat pemeriksaan

menggunakan mata kasar pekerja yang akan mengambil masa yang lama . Pada tahun

permulaan operasi Comsale Malaysia Sdn Bhd iaitu tahun 2015 juga, Comsale Malaysia Sdn

Bhd juga telah membeli sebanyak 3 lori muatan. Lori muatan ini akan dipandu oleh

pekerjanya dan ia berfungsi untuk mengeksportkan komputer atau outputnya kepada

kebanyakan kliennya daripada Singapore. Jelaslah, Comsale Malaysia Sdn Bhd telah

memberikan peluang-peluang pekerjaan yang luas di Pulau Indah, Pelabuhan Klang,

Selangor.

Seterusnya, sumbangan Comsale Malaysia Sdn Bhd terhadap masyarakat adalah

melalui penjualan komputer yang diperbaharui dengan menawarkan harga yang lebih murah

kepada sektor pendidikan dengan harga RM 200 hingga RM 1200 berdasarkan model

komputer yang dikehendaki. Comsale Malaysia Sdn Bhd juga memberikan peluang kepada

ahli masyarakat yang beringin membuat kebajikan untuk mendermakan komputer yang

diperbaharui dalam kuantiti kepada sekolah dengan menawarkan pakej harga yang murah dan

berpatutan.

Di samping itu, Comsale Malaysia Sdn Bhd memberikan sumbangan dari aspek

petempatan dengan menyediakan petempatan kepada sebahagian pekerjanya yang

mempunyai kesusahan seperti kesusahan pergerakan atau masalah kewangan serta perlu
menyara jumlah keluarga yang ramai dengan menduduki rumah teres kos rendah di kawasan

perumahan Pulau Indah yang dibiayai oleh Comsale Malaysia Sdn Bhd. Selain itu, Comsale

Malaysia Sdn Bhd juga membiayai kos pengangkutan pekerjanya yang tinggal jauh daripada

tempat bekerjanya sebanyak 15 km atau ke atas dengan RM 200 sebulan. Jelaslah, Comsale

Malaysia berusaha menyumbang kepada masyarakat dan mengurangkan beban pekerjanya

yang memberikan perkhidmatan kepada syarikatnya.

4.0 Cabaran yang dihadapi oleh Comsale Malaysia Sdn Bhd dalam usaha membangunkan

kawasan Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor

Antara cabaran yang dihadapi oleh Comsale Malaysia Sdn Bhd dalam membangunkan

kawasan Pulau Indah ialah menjaga kesihatan pekerjanya. Pekerjanya yang perlu

membersihkan habuk pada komputer sering akan mempunyai risiko mendapat penyakit

respiratori akibat menafas terlalu habuk. Oleh itu, Comsale Malaysia Sdn Bhd perlu

memastikan pengurusnya melaksanakan piawaian Syarikat agar menjaga kesihatan

pekerjanya dengan memastikan pekerjanya sentiasa memakai topeng perubatan dan

menggunakan mesin vakum agar habuk dapat dikumpulkan dan dilupuskan dengan cara betul

agar pekerja dapat bekerja di persekitaran yang sihat dan bersih.

Seterusnya, Comsale Malaysia Sdn Bhd juga mengalami cabaran untuk menarik

minat isi rumah untuk membelikan komputer yang telah diperbaharui. Walaupun pelbagai

usaha telah dilakukan pada masa dahulu untuk menggalakkan firma dan isi rumah untuk

memberikan peluang kedua kepada komputer yang telah diperbaharui dengan membelinya,

namun kebanyakan orang masih menganggap kualiti komputer yang telah diperbaharui

adalah buruk dan hayat berfungsinya adalah pendek serta harganya tidak mempunyai

perbezaan yang banyak berbanding komputer baharu. Dengan usaha-usaha yang berterusan

oleh pelbagai organisasi pencinta alam semula jadi, banyak manusia telah menyedari
kepentingan menjaga kehijauan alam semula jadi (Go Green) dan permintaan terhadap

komputer yang diperbaharui dalam kalangan isi rumah dan firma telah semakin meningkat

dan banyak syarikat telah memilih untuk membeli komputer yang diperbaharui berbanding

dengan komputer baharu kerana ia menjimatkan kos, berkualiti, mesra alam dan memberikan

kebolehpercayaan yang sama dengan komputer baharu.15 Perkembangan ini membolehkan

Comsale Computer Inc berkembang pesat dan mendirikan cawangannya di merata tempat

termasuklah Comsale Malaysia Sdn Bhd di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selain itu, Comsale Malaysia Sdn Bhd juga mempunyai cabaran untuk menjaga

keselamatan syarikat dan setiap harta bendanya. Setiap pekerja dan pelawat perlu meletakkan

peranti elektronik ke dalam almari berkunci yang telah disediakan dan tiada sebarang

barangan larangan seperti senjata dan telefon bimbit dibenarkan dibawa ke dalam syarikat .

Pekerja dikehendaki untuk sentiasa memakai kad matriks pekerja yang dilengkapi dengan

teknologi tag RFID sebagai kad akses untuk membuka pintu. Pegawai keselamatan akan

sentiasa memeriksa setiap bahagian badan sebelum memasuki atau keluar dari Comsale

Malaysia Sdn Bhd. Tujuan pengamalan sekuriti yang ketat dalam Comsale Malaysia Sdn Bhd

ini adalah untuk mengelakkan masalah pencurian komponen-komponen komputer yang

berharga yang akan memberikan kerugian besar kepada Comsale Malaysia Sdn Bhd. Jelaslah,

Comsale Malaysia Sdn Bhd telah mengalami pelbagai cabaran dan telah mengambil pelbagai

inisiatif untuk mengharunginya.

15
Howard Fosdick, “Computer refurbishing: Environmentally reducing the digital divide”,

14February 2012, https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/bult.2012.1720380314


5.0 Penutup

Kesimpulannya, Comsale Computer Inc telah memperbaharuikan dan menjual komputernya

di peringkat global dan telah mendapatkan pengiktirafan sebagai rakan perniagaan terpercaya

Microsoft serta merupakan syarikat pertama yang mendirikan kilang pembaharuan komputer

di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Comsale Malaysia Sdn Bhd selalu menumpukan

komputernya yang diperbaharui sentiasa mempunyai kualiti yang baik dan mesra alam.

Sejak penubuhan pada tahun 2000 hingga tahun 2015. Comsale Computer Inc. telah

berjaya memperluaskan cawangannya ke Comsale Malaysia Sdn Bhd, Pulau Indah,

Pelabuhan Klang, Malaysia. Terdapat banyak perkembangan dan sumbangan Comsale

Malaysia Sdn Bhd terhadap alam sekitar, masyarakat, negara dan juga bidang pendidikan

sepanjang tempoh pembukaan Comsale Malaysia Sdn Bhd.

Walaupun dengan piawaian pengeluaran yang ketat, Comsale Malaysia Sdn Bhd

masih berjaya mengeluarkan komputer yang telah diperbaharui dengan harga yang berpatutan

kepada orang ramai sebagai usaha pengurangan pencemaran E-Sisa dan membiayai rumah

dan kos pengangkutan kepada pekerjanya. Ini menunjukkan bahawa Comsale Malaysia Sdn

Bhd menjalankan tanggungjawab sosialnya untuk membantu masyarakat dan mengurangkan

beban pekerjanya.

( 2763 patah perkataan )


NOTA HUJUNG

Anda mungkin juga menyukai