Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN KATA PEMERI

Pilih jawapan yang paling sesuai. ialah adalah

1 Pemuda yang berbaju biru itu _________ bakal suami kakak saya.

2.Novel yang bertajuk “Bunga-bunga Berguguran “ itu __________ novel terbaru penulis wanita itu.

3.Kain songket yang dibeli dari negeri Terengganu itu ______ untuk ibunya.

4.Semua fitnah yang dilemparkan kepada Sakinah _________ tidak benar.

5.Hadiah hari jadi yang diterima itu _________ daripada kawannya yang baru seminggu dikenalinya.

6.Faisal _________ kerani bank di Bank Simpanan Nasional yang terletak di bandar Ipoh .

7.Gunung Tahan _______ gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

8.Maklumat saksi pembunuhan itu ________ tidak benar setelah disiasat oleh pihak polis.

9. Tujuan utama kutipan derma _____ untuk membina balai raya yang baru.

10. Perempuan yang sedang melintas jalan itu ________ ibu saudara saya.

11. “Bungkusan itu _______ untuk kakak kamu,” kata Amir kepada Samir .

12. Zamzuri itu _____ guru baru yang akan mengajar di Tahun Enam Maju .

13. Adiknya ________ comel dan mempunyai lesung pipit .

14. Buah epal itu ________ untuk adik yang terlantar sakit di hospital .

15. Tuan punya kedai emas itu ____________bapa saudara Muhyuddin .

16. Kereta Proton Wira itu _________ kepunyaan bapa Ahmad.

17. Hadiah yang cantik itu __________ untuk ibu kesayangannya.

18. Rumah banglo yang besar dan mewah itu _________ rumah bapa saudaranya.

19. Tabung bantuan rakyat Palestin ________ untuk membantu penderitaan dan kesedihan yang dialamioleh rakyat
Palestin.

20. Negeri Pahang _______ negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

21. Laporan kebakaran itu ______________palsu.

22. Tempat kelahiran ibunya ____________Kelang.

23. Udara yang bergerak ___________ angin.

24. Angin _______________udara yang bergerak.

25. Gadis itu __________ sepupu Zuraini.

26. Hari Raya Korban___________hari perayaan bagi masyarakat yang beragama Islam.

Anda mungkin juga menyukai