Anda di halaman 1dari 24

SMKA NURUL ITTIFAQ

22300 BESUT , TERENGGANU


Sepakat Tuju Gemilang

ASAS SAINS KOMPUTER

PENGIRAAN JUMLAH BAYARAN YANG DIKENAKAN


KEPADA PENYEWA HOMESTAY MENGIKUT JUMLAH HARI
DAN DISKAUN YANG DIBERIKAN

DISEDIAKAN OLEH :

Nama:Sulehah binti Ibrahim


No.Kp:040816-11-0402
Angka giliran:TG023K018
Kelas:3IBNU SINA

NAMA GURU PENILAI :

NURLIDA BINTI CHE HUSSIN

TARIKH :

…………………………………………………
1.Pendahuluan
Apa itu inap desa ?
Inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan
kepada pelancong.Kawasan perkampungan berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap
desa bagi menarik pelancong dari luar negara untuk diperkenalkan kepada mereka tentang adat
budaya dan kesenian masyarakat tempatan.
Perhikmatan yang disediakan oleh Bonzai Homestay kepada penyewa termasuklah
penghantaran pergi dan balik ke destinasi yang dituju.Selain itu turut tersedia pakej peralatan
untuk bilik tidur seperti tab mandi,almari pakaian,penghawa dingin dan katil queen.Selain itu
terdapat juga pekej peralatan dapur seperti peti sejuk,kuali dan lain-lain.

Terdapat beberapa jenis inap desa yang terdapat di Terengganu,Malaysia.

1.Isetia Homestay
2.Mimpi Perhentian
3.Suhaila Palace
4.Arina’s Homestay

Jumlah bayaran homestay berbeza mengikut jumlah hari yang disewa,Diskaun turut
diberikan jika penyewaan homestay melepasi jumlah hari minimum iaitu 7 hari.Bayarannya
dikira mengikut diskaun yang telah ditetapkan.

Berapakah kos yang diperlukan untuk sewa Bonzai Homestay tersebut?

Kosnya bergantung kepada berapa ramai ahli penyewa homestay tersebut kerana
penggunaan air dan elektrik juga diambil kira oleh pengurus tersebut.Jika ahli penyewa ramai
maka bayarannya juga meningkat mengikut penggunaannya.

Apakah kelebihan dan kekurangan Bonzai Homestay?

Kelebihan Bonzai Homestay


Bonzai Homestay menyediakan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik ke destinasi yang
dituju,pekej peralatan bilik tidur dan dapur.Kos bayaran homestay ini juga dapat dikurangkan
jika penyewaannya melebihi 7 hari.Bukan itu sahaja ,namun terdapat juga pakej peralatan
dapur yang dapat memudahkan dan menjimatkan penyewa daripada membeli makanan di kedai
atau restoran.

Keburukan Bonzai Homestay


Peralatan yang disediakan oleh homestay agak usang,contohnya seperti cermin.seterusnya
peralatan yang disediakan juga tidak dibersihkan dan dikemaskan dengan begitu rapi.Sebagai
contoh,almari pakaian yang berhabuk dan perkakasan di atas mini bar juga agak tidak tersusun.
KAEDAH KAJIAN
1)Kaedah Soal Selidik
Saya telah menggunakan kaedah soal selidik melalui pengagihan borang soal selidik kepada
para responden.Saya telah menyediakan 10 helai borang soal selidik.Sebanyak sembilan helai
borang telah diagihkan kapada para responden dan sehelai lagi borang tersebut dijadikan
sebagai kawalan.

2) Kaedah Pemerhatian
Saya juga telah menggunakan kaedah pemerhatian . Saya telah melawat Bonzai Homestay di
Kuala Besut untuk mengenal pasti harga yang dikenakan kepada penyewa berdasarkan
perkhidmatan yang diberikan.

3) Kaedah Rujukan
Saya telah merujuk beberapa buah buku dan internet . Saya telah merujuk buku teks tingkatan
tiga untuk mengetahui cara menghasilkan jadual fasa pembangunan aturcara dan pelaporan
serta dokumen pengguna .Saya juga telah menggunakan dua buah buku rujukan dalam
menghasilkan aturcara ini . Selain itu , saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat
mengenai inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay.

Kesimpulannya,dengan menggunakan kaedah di atas saya telah mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh pengurus dan penyewa homestay.Mereka hanya menggunakan kalkulator
saintifik bagi membuat pengiraan jumlah yang akan dikenakan.Hal ini akan penyebabkan
berlakunya ralat ketika pengiraan.Oleh itu saya telah mencipta atur cara yang lebih tepat dan
sitematik bagi memudahkan urusan yang terlibat dalam mengira jumlah bayaran.

Kebaikan Atur Cara

Terdapat banyak kebaikan atur cara yang dibina ini.Antaranya ialah dapat memudahkan
pengurus homestay mengira jumlah yang perlu dibayar oleh penyawa disamping membantu
memudahkan urusan pengguna iaitu dapat menjimatkan masa untuk membuat
pengiraan.Bukan itu sahaja, malah atur cara ini juga dapat mengelakkan berlakunya ralat ketika
membuat pengiraan.
2. Carta gantt

ELEMEN /MINGGU
MEI JUN JULAI OGOS
M M M M M M M M M M M M M M M3 M
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Taklimat kepada pelajar dan
penetapan tajuk /carta gantt
Menganalisis masalah /
pemilihan teknik pemikiran
Mencari maklumat dan
menganalisis masalah /
pemlihan teknik pemikiran
Membuat pseudokod dan
Melakar carta alir
Pengekodan / aplikasi
aturcara
Pengujian dan
penyahpepijatan ( menguji
kesan ralat ) / menilai
kecekapan aturcara
Mengenalpasti /
menyenaraikan ciri-ciri /
kelebihan aturcara kepada
pengguna
Pendokumentasian

Pembentangan

Moderasi
Penyerahan Markah kepada
SU
3.Pelaksanaan Kajian (Pelaporan Kajian : Setiap Fasa)
Fasa 1:Analisis Masalah

Teknik Leraian (a) Masalah besar


Membina atur cara mudah bagi mengira jumlah bayaran
sewa homestay berdasarkan jumlah hari tertentu

(b)Bahagian kecil/ Masalah kecil


(i) Kira bilangan hari
(ii)Kira jumlah bayaran sewa

Teknik Fasa 2: Reka Bentuk Atur Cara


Pengecaman Corak
Pengiraan Persamaan Perbezaan
jumlah hari
Dapatkan jumlah hari dan
bayaran,kemudian kira:
Pemboleh ubah Jumlah bayaran = hari x bayaran
yang sama, iaitu hari
dan bayaran
Pengiraan Dapatkan jumlah hari dan bayaran
jumlah diskaun,kemudian kira:
bayaran Jumlah bayaran = jumlah hari x
jumlah diskaun

Teknik Peniskalaan Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada:

Pengiran (a) Jumlah hari dan bayaran.


jumlah hari (b) Formula matematik:
Jumlah bayaran = hari x bayaran

Pengiraan (a)Jumlah hari dan bayaran.


Jumlah (b)Formula matematik:
bayaran Jumlah bayaran = jumlah hari x jumlah diskaun
Teknik Pengitlakan Algoritma dalam bentuk :
1.Pseudokod

1 Mula
2 Masukkan jumlah hari
3 Setkan bayaran = 0.0
4 Jika
4.1 hari<8
4.1.1 bayaran = bayaran + (hari x 120)
4.2 hari<=19
4.2.1 bayaran + (hari x 100)
4.3 Jika tidak
4.3.1 bayaran + (hari x 70)
5 Papar Bayaran adalah RM
6 Tamat

2.Carta Alir

Teknik Leraian Fasa 3: Pengekodan

(a) Masalah besar


Membina atur cara mudah bagi mengira jumlah bayaran
sewa homestay berdasarkan jumlah hari tertentu
(b) Bahagian-bahagian kecil:
(i) Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
(ii) Input
(iii) Proses
(iv)Output

Teknik Pengecaman Corak yang dapat dicamkan bagi setiap bahagian kecil ialah
Corak penggunaan jenis data integer

(i) Pengisytiharan pemboleh Pemboleh ubah untuk menyimpan nilai


ubah dan pemalar

(ii) Input Pengguna memasukkan satu nilai


numerik untuk jumlah hari

(iii) Proses Bayaran = bayaran + (hari x 120)


Bayaran = bayaran + (hari x 100)
Bayaran = bayaran + (hari x 70)

(iv) Output Papar Bayaran adalah RM

Teknik Peniskalaan Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada:

(i) Pengisytiharan pemboleh * Pemboleh ubah untuk menyimpan


ubah dan pemalar nilai :
-hari
*Semua pemboleh ubah yang terlibat
diisytihar sebagai integer

(ii) Input Kod arahan mesej dorongan :


hari = int(input(“Masukkan jumlah hari
:”)
bayaran = 0.0

(iii) Proses Kod arahan mengira bayaran:

if hari<8:
bayaran = bayaran + (hari x 120)
elif hari<=19:
bayaran + (hari x 100)
else:
bayaran + (hari x 70)
(iv) Output Kod arahan pemaparkan nilai bayaran:
print(“Bayaran adala RM “ +
format(bayaran,”.2f”))

Teknik Leraian Fasa 4 : Pengujian dan Penyahpepijatan

(a) Masalah besar


Mengenal pasti dan membaiki ralat pada keseluruhan atur cara

(b) Bahagian-bahagian kecil


(i) Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
(ii) Mengkuji kod input
(iii) Menguji kod proses
(iv) Manguji kod output

Teknik Pengecaman (i) Menguji pengisytiharan Berdasarkan mesej ralat dan atur
Corak pemboleh ubah dan pemalar cara bertindak semasa pengujian
,jenis-jenis ralat dapat dikenal
(ii)Menguji kod input pasti,iaitu :
*Jenis data
(iii) Menguji kod proses *Ralat masa larian
*Ralat logik
(iv)Menguji kod output

Teknik Peniskalaan Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada :

(i) Menguji pengisytiharan pemboleh Semua pemboleh ubah


ubah dan pemalar diisytiharkan dengan betul dari
segi:
*Jenis data
*Kesesuaian nama dan nama
dieja dengan betul
*Diberikan nilai permulaan

(ii) Menguji kod input Pastikan pemboleh ubah hari dan


bayaran digunakan untuk
menyimpan nilai yang
dimasukkan oleh pengguna

(iii) Menguji kod arahan proses *Formula yang digunakan adalah


betul
*Logik/susunan adalah betul

(iv)Menguji kod arahan output *Output yang dipaparkan adalah


tepat dan betul
*Format output adalah seperti
yang dikehendaki

Teknik Pengitlakan Menghasilkan satu senarai semak yang dapat dikenakan semasa
pengujian dan penyahpepijatan sesuatu atur cara.

Teknik Leraian Fasa 5: Pengekodan

(a) Masalah besar Menyediakan dokumentasi

(b) Bahagian-bahagian kecil (i) Dokumentasi dalaman

(ii) Dokumentasi luaran


*Dokumentasi pustaka
*Panduan pengguna

Teknik (a) Dokumentasi dalaman Maklumat penting tentang atur


Pengecaman cara merupakan corak yang telah
Corak dicamkan .Komen tentang tujuan
dan fungsi dilakukan oleh setiap
bahagian/barisan kod arahan.

(b) Dokumentasi luaran Maklumat teknikal tentang atur


(Dokumentasi Pustaka) cara untuk tujuan
rujukan,penyelenggaraan dan
penambahbaikan.

(c) Dokumentasi luaran Maklumat tentang cara


(Panduan pengguna) menggunakan atau melaksanakan
arahan

Teknik Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada :


Peniskalaan
(a) Dokumentasi dalaman Penulisan komen untuk
menerangkan fungsi setiap
bahagian atau sesuatu baris kod
arahan
(b) Dokumentasi luaran Maklumat yang diperlukan oleh
(Dokumen Pustaka) seseorang pengatur cara :
*Tarikh
* Nama pengatur cara
*Tujuan/kegunaan atur cara
*Keperluan sistem
pengendalian,perkakasan,perisian
dan ingatan
*Keperluan perisian
*Algoritma (pseudokod dan carta
alir)
*Kod arahan

(c) Dokumentasi luaran Maklumat yang diperlukan oleh


(Panduan Pengguna) seorang pengguna seperti :
*Nama dan tujuan atur cara
*Keperluan sistem pengendalian
,perkakasan dan perisian
*Cara pengguna

Teknik Menghasilkan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran


Pengitlakan berdasarkan aspek-aspek penting yang dikenal pasti
DOKUMEN PUSTAKA(LIBRARY DOCUMENTATION)

Tarikh 30 Julai 2019

Nama Pengatur Cara Sulehah Binti Ibrahim

Tujuan/kegunaan Atur Cara Mengira jumlah bayaran sewa homestay


mengikut jumlah hari

Keperluan sistem pengendalian WWindows / Mac OS X / Linux

Keperluan Perkakasan Komputer Riba / Komputer / papan


kekunci,tetikus / CPU

Keperluan Perisian Python 3.6.3

Keperluan Ingatan Minimum 2GB

Pseudokod

1 Mula
2 Masukkan jumlah hari
3 Setkan bayaran = 0.0
4 Jika
4.1 hari<8
4.1.1 bayaran = bayaran + (hari x 120)
4.2 hari<=19
4.2.1 bayaran + (hari x 100)
4.3 Jika tidak
4.3.1 bayaran + (hari x 70)
5 Papar Bayaran adalah RM
6 Tamat
Carta Alir

Kod Arahan
Hasil daripada kod arahan(Output)

Graphical User Interface (GUI) sebelum pengiraan

Graphical User Interface (GUI) selepas pengiraan


i)Pakej 1-7 hari
ii)Pakej 8-19 hari

iii)Pakej 20-100 hari


PANDUAN PENGGUNA

Nama Atur Cara Bonzai Homestay

Tujuan Atur Cara Mengira jumlah bayaran sewa homestay mengikut


jumlah hari

Keperluan Sistem Pengendalian Windows / Mac OS X / Linux

Keperluan Perkakasan Komputer Riba / Komputer /papan kekunci,tetikus /


CPU

Keperluan Perisian Python 3.6.3

Memuat turun perisian


1. Taipkan alamat URL berikut : https://www.python.org/downloads/.
2. Paparan berikut akan diperhatikan ,pilih versi Python 3.6.3 dan klik Download.

3. Pengguna Windows sila klik pada versi Windows x86 executable installer.Fail
bernama python-3.6.3.exe akan mula dimuat turun ke dalam folder Downloads.

Memasang perisian
1. Dwiklik pada fail python-3.6.3.exe yang siap dimuat turun.
2. Tetingkap Open File - Security Warning akan muncul dan klik Run.Pilih Install Now.
3. Selepas siap memasang perisian,tutup semua tetingkap.

4. Klik Start Button >> All Program >> Python 3.6 >> IDLE (Python 3.6 64-bit) , klik kanan pada
tetikus dan pilih >> Pin to taskbar.

Start button

5. Ikon Python akan muncul pada Taskbar.Klik pada. ikon Python


6. Python 3.6.3 Shell akan dipaparkan.Klik File >> New File.
4.Cadangan penambahbaikan

Atur cara ini dapat di tambahbaik jika disertakan dengan gambar untuk menarik minat
pengguna. Selain itu ,atur cara hendaklah disertakan dengan logo agar kelihatan lebih
professional.Seterusnya saya berharap agar saya berpeluang untuk menghasilkan atur cara yang
boleh merekod jumlah kekerapan penggunaan atur cara tersebut.

5.Penutup

Secara keseluruhannya atur cara ini dapat memudahkan pengiraan bagi sewa
homestay.Saya berharap agar aturcara ini memberi manfaat kepada para pengguna dan
memuaskan hati pengguna.Saya juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam
membantu saya menyiapkan dan melangkapkan kerja khusus ini.
6.Rujukan

Buku
Buku asas sains komputer tingkatan 3.diterbitkan oleh PAN ASIA
PUBLICATIONS.SDN.BHD.2018.Ditulis oleh Wan Zaleha binti Wan Jusof,Mathan a/1
Balaraman,Looi Kam Fatt,Yap Thin Peng.

Score A Asas Sains Komputer Tingkatan 2 PT3 , Ismail Bin Shaari,Ipoh :


www.ictscoreplus.com

Orang Sumber
Penyewa Bonzai Homestay , 57 tahun , Bonzai Homestay ,22300 Besut Terengganu

Pembantu pengurus Bonzai Homastay , 42 tahun , Bonzai Homestay ,22300 Besut


Terengganu

Penyewa , 21 tahun , Kuala Besut ,22300 Besut Terengganu

Penyewa , 23 tahun , Kampung Raja ,22300 Besut Terengganu

Guru , 50 tahun ,SMK Agama Nurul Ittifaq ,22300 Besut Terengganu

Pelajar Universiti Malaysia Kelantan , 24 tahun ,22300 Besut Terengganu

Pelajar Universiti Malaysia Kelantan , 25 tahun ,22300 Besut Terengganu

Guru , 38 tahun , SMK Agama Nurul Ittifaq ,22300 Besut Terengganu

Penyewa , 28 tahun , Kampung Raja ,22300 Besut Terengganu

Tempat Kajian
Bonzai Homestay,Kampung Baharu,Kuala Besut,22300 Besut,Terengganu

Internet
https://www.draw.io/#G1ZMsd6F3QNCpD1O7VAzEskUuysbX4FE3i

https://www.python.org/downloads/
7.Lampiran

Pada 5 Julai 2019,hari Jumaat

Pelajar mula membentangkan hasil kerja Pelajar menerangkan tentang kelebihan atur
iaitu fungsi atur cara Bonzai. cara yang dibina.

Pelajar memaparkan output yang dihasilkan. Pelajar menerangkan cara untuk memastikan
atur cara tersebut berhasil.
Pada 22 Julai 2019,Hari Khamis

Melawat ke Bonzai Homestay bersama ahli Bilik utama yang mempunyai katil queen dan
kumpulan katil single

Bergambar bersama ahli kumpulan di Pokok Bonzai yang terdapat di homestay tersebut
halaman belakang Bonzai Homestay
Always Be Your Favourite
Kajian Tentang Pembayaran Sewa Homestay

Bahagian A : Latar Belakang Responden

1. Umur :
2. Jantina : Perempuan Lelaki
3. Bangsa : Melayu Cina India

Lain - lain sila nyatakan :

Bahagian B : Mengenal Pasti Tahap Kepuasan Penyewa

Arahan : Sila tandakan (/) pada petak yang disediakan.

1. Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan di Bonzai Homestay selama ini
?

Ya TIdak

2) Adakah ada pembayaran sewa dilakukan di Bonzai Homestay ?


Ya TIdak

3) Jika ya , adakah kiraan pembayarannya melalui kaedah manual ?


Ya TIdak

4) Cadangkan cara untuk mengatasi masalah di nombor 3 .

Anda mungkin juga menyukai