Anda di halaman 1dari 2

12/1/2019 KTEPJ

TEKS PENGACARA MAJLIS LDP 1/2019 (oleh : Maizatul Akmal bt Ahmad Kamarrudin)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata Aluan
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha, Pn Maryati binti Rahmani, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya,
Yang dihormati, Pn Mary Easaw a/p PM Easaw, Senior Manager Dietetics & Food Services, Institut Jantung
Negara,
Pn Rosefarieda binti Abdul Samat, yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Pn Sarinah Bt. Yusof, yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan HEM,
Encik Mohamad Yazid Bin Bebit, yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Ko kurikulum
Serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kelapangan
waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama
berkumpul bagi menjayakan program LDP kali pertama bagi tahun 2019.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kebaikan bersama. Tahniah
kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan berjaya
menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan Puan Mary Easaw, ke Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya.
Terima kasih atas kesudian puan untuk menyampaikan ilmu kepada kami di sini di mana barangkali dapat
dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bacaan Biodata
Hadirin yang dihormati

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini dalam Bahasa
Inggeris.
12/1/2019 KTEPJ

Slot 1
Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot LDP yang pertama dijemput Puan Mary Easaw a/p PM Easaw,
Senior Manager Dietetics & Food Services, Institut Jantung Negara untuk menyampaikan ceramah beliau
yang bertajuk “Mindful Eating : Rediscovering a Healthy Relationship With Food”. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyampaian Cendermata

Terima kasih diucapkan kepada Puan Mary Easaw a/p PM Easaw atas penerangnya dalam ……………………….

Dengan rasa sukacitanya saya mempersilakan Puan Maryati Binti Rahmani, Pengetua Kolej Tingkatan Enam
Pudu Jaya untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada Puan Mary Easaw. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Majlis akan berhenti rehat sebentar.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap
yang kedua.

REHAT

Anda mungkin juga menyukai