Anda di halaman 1dari 4

1- Menilai Diri Sendiri

Tidak semua orang mempunyai kualiti potensi diri yang sama yang diperlukan untuk
memulakan perniagaan. Jika anda kekurangan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang
usahawan, jangan risau – luangkan masa untuk menimba ilmu yang tepat melalui
pembacaan, seminar, kelas ataupun cari mentor untuk dijadikan panduan.

2- Membangunkan Idea

Jangan memulakan perniagaan kerana ia merupakan salah satu tren terkini dan
menganggapnya ia dapat memberi pulangan wang yang lumayan jika dikomersialkan. Mula
membangunkan satu konsep idea perniagaan yang anda minati dan mempunyai
pengalaman terhadapnya. Ini memudahkan kerja anda, kerana anda sudah memiliki ilmu
dan idea bagaimana hendak komersialkannya.

3- Penyelidikan

Sebaik sahaja anda telah menetapkan idea, sekarang cuba fikirkan bagaimana perniagaan ini
boleh menjadi kenyataan. Adakah produk atau perkhidmatan yang bakal disediakan sesuatu
yang orang ramai mahu atau perlukan? Bolehkah anda membuat keuntungan jika
menjualnya?

4- Pelan Perniagaan

Ambil kertas dan pen! Mula merangka pelan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang.
Bagaimana perniagaan ini boleh berkembang dalam masa setahun, tiga tahun dan lima
tahun. Apakah idea yang diperlukan jika anda ingin pelabur melabur ke perniagaan anda.
Secara asasnya, pelan perniagaan harus merangkumi misi, visi, ringkasan perniagaan,
ringkasan eksekutif, perkhidmatan atau servis yang ditawarkan, penerangan pasaran
sasaran, unjuran kewangan dan kos operasi. Dapatkan nasihat dari pakar jika anda
mengalami kesulitan untuk merancangnya.

5- Mengenal Pasti Sasaran Pasaran

Ini merupakan kriteria yang penting bagi sesebuah perniagaan, kerana ia akan menentukan
keuntungan dan kerugian perniagaan. Walaupun anda telah berjaya mengesan beberapa
sasaran yang berkesan yang bakal memberi keuntungan perniagaan – jangan berhenti
setakat itu, terus dan terus mengenal pasti sasaran baru. Ini bagi membolehkan perniagaan
dapat berdaya saing dengan kukuh antara pesaing lain. Pelajari bagaimana mengenal pasti
sasaran pasaran yang sesuai dengan perniagaan anda di Klinik Usahawan.

6- Kos Industri

Menentukan kos standard melalui penyelidikan terhadap industri-industri yang sama bidang
perniagaan dengan anda. Teknik ini akan membantu anda menguruskan kos kewangan
dengan lebih efisyen dan berkesan.
7- Mewujudkan Pelan Pemasaran

Sebaik sahaja anda berjaya menentukan berapa banyak wang yang diperlukan untuk
memulakan operasi perniagaan, tiba masanya untuk fikirkan berapa banyak yang diperlukan
untuk membangunkan produk atau servis dan merangkakannya menjadi satu pelan
pemasaran.

8- Mencari Pelabur Yang Tepat

Anda akan memerlukan beberapa jenis pembiayaan bagi memulakan perniagaan, sama ada
melalui simpanan bank, kad kredit, pinjaman, geran atau pelabur. Mencari pelabur yang
berkongsi minat sama seperti anda, akan memudahkan anda melakukan perniagaan dengan
lebih terancang di masa hadapan. Ketahui asas pelaburan di Klinik Usahawan & Pelaburan.

9- Memahami Pelabur

Sama ada anda suka ataupun tidak, pelabur mempunyai hak untuk bersuara ke atas syarikat
anda. Cuba memahami apakah yang diperlukan oleh mereka sebenarnya. Jika diberi
cadangan atau nasihat dari pelabur, dengarkannya dahulu – jangan dibangkang serta merta.
Terima sahaja apa yang hendak dikongsikan oleh pelabur, tetapi itu tidak bermakna anda
perlu mematuhinya 100% – ambil idea yang bernas sahaja!

10- Membina Satu Sistem Sokongan Keluarga

Kemungkinan besar anda akan melabur lebih banyak masa dan sumber ke dalam perniagaan
baru anda. Pastikan keluarga anda memahami situasi ini. Mereka harus sedar bahawa
proses ini akan mencabar dari segi emosi dan kewangan secara total. Sokongan keluarga
akan dapat membantu pengembangan perniagaan baru dengan pantas.

11- Struktur Undang-undang

Mengenal pasti struktur undang-undang melalui bentuk pemilikan yang terbaik untuk
perniagaan anda. Pemilikan terdiri daripada pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat liabiliti
terhad, perbadanan, syarikat bukan keuntungan (NGO), koperasi dan sebagainya.

12- Nama Perniagaan

Tentukan nama yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda. Kemudian semak melalui
online sama ada nama domain (website) telah dimiliki ataupun tidak.

13- Pendaftaran

Jika nama perniagaan yang dicadangkan boleh dimiliki, cepat-cepat daftar nama syarikat
dan beli nama domain website. Lakukan pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).

14- Mengambil Peluang


Terdapat banyak sumber-sumber percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga
NGO. Sumber seperti ilmu perniagaan, latihan, nasihat, bantuan wang perniagaan, geran
perniagaan dan banyak lagi.

15- Cukai

Kenal pasti cukai yang perlu diwajibkan bayar. Terdapat beberapa cukai yang wajib dibayar
seperti cukai perniagaan, pendapatan, eksais dan lain-lain.

16- Permit dan Lesen

Pastikan anda mempunyai permit dan lesen yang sah untuk melakukan perniagaan. Ini bagi
mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.

17- Insurans

Demi keselamatan, anda boleh membeli insurans-insurans yang bersesuaian dengan


perniagaan anda. Setiap jenis perniagaan mempunyai polisi insurans yang berbeza. Anda
juga boleh membeli insurans untuk diri dan pekerja anda sebagai salah satu manfaat yang
disediakan oleh syarikat.

18- Buku Rekod

Sentiasa mempunyai simpanan rekod secara fizikal iaitu buku. Rekod aliran wang keluar dan
masuk serta aktiviti-aktiviti syarikat.

19- Lokasi Perniagaan

Memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Lokasi yang mudah diakses
oleh anda, pelanggan dan pembekal. Ini akan memudahkan pertumbuhan perniagaan.

2o- Tidak Perlu Pejabat

Tidak perlu pejabat, jika anda masih belum lagi mampu untuk memilikinya. Berniaga dahulu,
dapatkan keuntungan yang tinggi kemudian kembangkannya dengan mendapatkan pejabat
sebagai langkah permulaan. Pejabat dapat meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda
wujud dan kukuh.

21- Paten Perniagaan Bila Kukuh

Jangan melakukan paten jika anda masih belum mempunyai wang yang cukup. Ini kerana
untuk melakukan paten perniagaan anda memerlukan kos yang mungkin menelan
perbelanjaan sehingga mencecah beribu-ribu ringgit. Berniaga dahulu, kukuhkan jenama
bisnes dan dapatkan keuntungan yang tinggi – kemudian baru mula patenkan perniagaan.

22- Pandangan Idea


Anda mungkin berasa idea anda sudah cukup hebat, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana
terdapat banyak lagi idea-idea bukan sahaja hebat malah luar biasa hebat. Jangan
sempitkan pemikiran, kongsikan idea sedia ada anda bersama rakan-rakan dan keluarga.
Dapatkan pandangan dari mereka dan perbaiki kelemahan jika ada. Mana tahu pandangan
yang diterima itu bernas, gabungan idea itu bersama idea anda – hasilnya pasti akan jadi
luar biasa hebat.

23- Jangan Takut – Lancar Sahaja

Segala persiapan sudah siap, kini tiba masa untuk lancarkannya secepat mungkin. Jangan
tunda pelancaran produk kerana takut ia tidak mendapat sambutan orang ramai.

Lancar sahaja, pada waktu yang sama dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang membeli
dan bakal pelanggan. Maklumbalas ini merupakan info paling berharga buat bisnes anda, ia
akan membantu untuk menaik taraf lagi kualiti produk atau servis ke tahap yang lebih bagus
lagi.

24- Produk Inovasi

Produk inovasi adalah salah satu tip yang membuatkan bisnes terus unggul dan maju.
Jangan asyik bergantung kepada produk lama sahaja, terokai produk baru yang akan
menyegarkan udara bisnes anda. Pelanggan setia sentiasa menanti-nantikan sesuatu yang
baru dari bisnes anda, jangan kecewakan mereka.

25- Bersabar & Realistik

Anda bukan seorang ahli magik yang mampu membina empayar besar dalam sekelip mata.
Jadi realistik, kejayaan tidak akan turun seperti ribuan titisan air hujan, kejayaan harus
ditakluk dengan tindakan dan kesabaran masa. Jangan gementar untuk memulakan
perniagaan dengan langkah yang kecil, percayalah langkah yang kecil ini akan menjadi
berjuta langkah yang pasti capai kejayaan. Kekalkan bersabar, realistik & tidak putus asa.

Banyak perkara yang saya nak kongsikan khusus untuk mereka yang masih makan gaji,
belum mula, baru bercadang, baru bermula dan sudah lama di dalam perniagaan. Ingin
ketahui rahsia dan cara mudah memulakan bisnes yang menguntungkan? Daftar sekarang!
www.KlinikUsahawan.com

100% percuma sekiranya menghadiri 3 orang.


#klinikusahawan

daftar-sekarang

Anda mungkin juga menyukai