Anda di halaman 1dari 29

PANDUAN

QIAMULLAIL
DISEDIAKAN OLEH:
JABATAN IT DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
PANDUAN QIAMULLAIL
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
1 Panduan Solat Sunat Tahajjud dan doa … m/s 3

SOLAT SUNAT TAUBAT


2 Panduan Solat Sunat Taubat dan doa … m/s 8

SOLAT SUNAT TASBIH


3 Panduan Solat Sunat Tasbih dan doa … m/s 13

SOLAT SUNAT HAJAT


4 Panduan Solat Sunat Tahajjud dan doa … m/s 18

SOLAT SUNAT WITIR


5 Panduan Solat Sunat Tahajjud dan doa … m/s 2
SOLAT SUNAT
TAHAJJUD
Solat yang paling utama selepas solat fardu
adalah solat malam (solat tahajjud)
— H.R Muslim —

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 3


Panduan Solat Sunat Tahajjud
Niat Solat Sunat Tahajjud

“Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala”
Rakaat Pertama sesudah Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua sesudah Al-Fatihah : Surah Al- Ikhlas
Semasa sujud akhir, baca doa berikut 3 kali:

‫ججََل ِِّّى‬ ِّ ‫ق َوأَ ْخ ِّر ْجنِّى ُم ْخ َر َج‬


ٍ ‫ص ْد‬
ْ ‫ق َو‬ ٍ ‫ص ْد‬ِّ ‫ب أ َ ْد ِّخ ْلنِّى ُم ْد َخ َل‬
ِّ ‫َوقُل َّر‬
‫يرا‬
ً ‫ص‬ َ َٰ ‫س ْل‬
ِّ َّ‫طنًا ن‬ َ ‫ِّمن َِّّد‬
ُ ‫ُنك‬
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku
ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku
daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku“ PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 4
Panduan Solat Sunat Tahajjud
Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud (Ringkas)

ًًَ‫سن‬
َ ‫سنًًَ َوفِّى ْاْل ِّخ َرةِّ َح‬
َ ‫َربَّنَا ٓ َءاتِّنَا فِّى جِّ ُّد ْنيَا َح‬
‫ار‬ َ َ‫عذ‬
ِّ َّ‫اب جِّن‬ َ ‫َوقِّنَا‬
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat dan hindarkanlah
kami daripada seksaan api neraka”
(Al-Baqarah : 201)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 5


Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud (Lengkap)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 6


Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud (Lengkap)
“Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkaulah penegak langit dan bumi dan
alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja
penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya
langit dan bumi. BagiMulah segala puji.

Engkaulah yang benar dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaanMu itu
adalah benar. Dan firmanMu adalah benar. Dan syurga adalah benar dan
neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu benar, dan Nabi Muhammad saw
adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar.

Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau


jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada
Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah
kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan
mahupun yang kami nyatakan. Engkau tuhan yang terdahulu dan tuhan
yang terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘alamin. Tiada
daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 7
SOLAT SUNAT
TAUBAT
َ‫َّللا َج ِّميًَا أَيُّهَ ْاِّ ُمْْ ِّمنُونَ َِّ ََلَّ ُُ ْْ ت ُ ْف ِّل ُحون‬
ِّ َّ ‫َوتُوبُوا ِّإَِّى‬
“Dan bertaubatlah Kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(An- Nuur: 31)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 8


Panduan Solat Sunat Taubat
Niat Solat Sunat Taubat

‫َاِّى‬
َ َ ‫ت‬ ِّ
‫هلل‬ ‫ْن‬
ِّ ‫ي‬َ ‫ت‬َ ََُ ‫ر‬
َ ً
ِّ َ ‫ب‬‫و‬َّ ‫ت‬ِّ‫ا‬ َ ًَّ‫سن‬
ُ ‫ص ِّلي‬
َ ‫أ‬
“Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala”

Rakaat Pertama sesudah Al-Fatihah : Ayat Kursi (1 kali)


Rakaat Kedua sesudah Al-Fatihah : Surah Al- Ikhlas (1 kali)

Atau

Rakaat Pertama sesudah Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun (1 kali)


Rakaat Kedua sesudah Al-Fatihah : Surah Al- Ikhlas (1 kali)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 9


Selepas bacaan sujud akhir rakaat kedua

ُ ‫س ْب َحان ََك ِّإنِّي ُُ ْن‬


‫ت ِّم َن اِّظا ِِّّ ِّمي َْن‬ ُ ‫أنت‬
َ ‫ال إِّهَ إال‬
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
(QS Al-Anbiya’ : 87)

Selepas salam, bacalah wirid berikut

ُ ُ ‫ي ْاِّقَيُّو ُْ َو أَت‬
‫وب ِّإَِّ ْي ِّه‬ ُّ ‫يْ اَِّّ ِّذي الَ ِّإَِّهَ ِّإالَّ ُه َو ْاِّ َح‬
َ ‫َّللا ْاََِّ ِّظ‬
َ َّ ‫أ َ ْست َ ْغ ِّف ُر‬
“Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia,
yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.” (70 kali)

ِ‫ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩ‬


“Maha suci Allah dan dengan memuji Allah” (100 kali)
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 10
Panduan Solat Sunat Taubat
Doa Selepas Solat Sunat Taubat (Ringkas)

“Aku mohon keampunan Allah yang Maha Agung. Tiada tuhan melainkan
Dia yang maha Hidup lagi Maha Kekal dan (kepadaNya lah) Aku bertaubat.
Taubat (dari) seorang hambaMu yang zalim yang tidak mempunyai daya
upaya, (sama ada) mahu berbuat mudharat atau manfaat atau (sama ada)
ketika menghadapi maut atau menjalani kehidupan apatah lagi ketika
dibangkitkan semula.”
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 11
Panduan Solat Sunat Taubat
Bacaan Penghulu Istighfar

‫علَى‬ َ ‫ َوأَنَا‬،‫ع ْبد َُك‬ َ ‫ َخلَ ْقت َ ِّني َوأَنَا‬،‫ت‬ َ ‫ت َر ِّبي الَ ِّإَِّهَ ِّإ َّال أ َ ْن‬ َ ‫اِّلَّ ُه َّْ أ َ ْن‬
،‫ت‬ َ ‫عوذُ بِّ َك ِّم ْن َ َِّر َما‬
ُ َْ َ‫صن‬ ُ َ ‫ أ‬،‫ت‬ ُ َْ ‫ط‬ َ َ ‫ع ْه ِّد َك َو َو ْع ِّد َك َما ا ْست‬ َ
‫ فَإِّنَّهُ الَ يَ ْغ‬،‫ َوأَبُو ُء َِّ َك ِّب َذ ْن ِّبي فَا ْغ ِّف ْر ِِّّي‬،‫ي‬ َّ َ‫عل‬ َ ‫أَبُو ُء َِّ َك ِّبنِّ َْ َمتِّ َك‬
َ ‫وب ِّإ َّال أ َ ْن‬
‫ت‬ َ ُ‫فِّ ُر اِّذُّن‬
“Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah
dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku
adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan
kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku,
aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu,
maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa
melainkan Engkau”
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 12
SOLAT SUNAT
TASBIH
“Ada dua kalimah yang ringan disebut dengan lisan
tetapi sangat berat timbangannya, dan ia sangat
disukai Allah Tuhan yang Rahman. Kedua
kalimah itu ialah ucapan:
ْ‫َّللا ْاِّ ََ ِّظ ِّي‬
ِّ َّ َ‫س ْب َحان‬ ِّ َّ َ‫س ْب َحان‬
ُ ‫َّللا َو ِّب َح ْم ِّد ِّه‬ ُ
ertinya “Maha Suci Allah dan segala puji hanya
bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 13


Panduan Solat Sunat Tasbih
Di dalam solat ini, bacaan Tasbih diulang sebanyak 300 kali. Sekiranya dilakukan pada
waktu siang, laksanakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Seandainya dilakukan
semasa waktu malam, 4 rakaat dengan 2 salam.

Niat Solat Sunat Tasbih (Sekiranya dilakukan di siang hari)

“Sahaja aku solat sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Taala”

Niat Solat Sunat Tasbih (Sekiranya dilakukan di malam hari)

“Sahaja aku solat sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala”
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 14
Panduan Solat Sunat Tasbih
Bacaan Tasbih

“Maha suci Allah Yang Maha Esa, segala puji bagi Allah
dan Allah zat Yang Maha Agung”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 15


Panduan Solat Sunat Tasbih
Tempat bacaan tasbih

1. Berdiri : Selepas membaca surah dibaca tasbih 15 kali


2. Rukuk : selepas membaca tasbih rukuk dibaca tasbih 10 kali
3. Iktidal : selepas membaca tahmid iktidal dibaca tasbih 10 kali
4. Sujud : selepas membaca tasbih sujud dibaca tasbih 10 kali
5. Duduk antara dua sujud : selepas membaca doa dibaca tasbih 10 kali
6. Sujud kedua : selepas membaca tasbih sujud dibaca tasbih 10 kali
7. Duduk istirahat sebelum berdiri / sebelum memberi salam
dibaca tasbih 10 kali

Jumlah bacaan tasbih 75 kali x 4 rakaat : 300 tasbih


PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 15
Panduan Solat Sunat Tasbih
Rakaat Pertama sesudah Al-Fatihah : Surah At-Takathur

…‫أ َ ِّْ َها ُُ ُْ اِّت َّ َُاث ُ ُر‬


Rakaat Kedua sesudah Al-Fatihah : Surah Al- Asr

ْ ََِّ‫َو ْا‬
…‫ص ِّر‬
Rakaat Ketiga sesudah Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun

َ ‫قُ ْل يَا أَيُّ َها ْاِّ َُافِّ ُر‬


…‫ون‬
Rakaat Keempat sesudah Al-Fatihah : Surah Al-Ikhlas

…‫َّللاُ أ َ َحد‬
َّ ‫قُ ْل ُه َو‬
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 16
Doa Selepas Solat Sunat Tasbih

Maksudnya: “ Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon


taufik daripada-Mu seperti mana mereka yang telah
Engkau berikan petunjuk dan jadikan amalan kami seperti
mana amalan ahli-ahli yakin, dan jadikanlah kami daripada
golongan orang-orang yang menerima nasihat, golongan
orang-orang yang bertaubat dan mempunyai keamanan
sepertimana orang-orang sabar, gementar kami
sepertimana orang takut. Kami juga memohon sepertima
na permohonan orang-orang yang suka kepada kebaikan
dan beribadat sepertimana beribadat orang-orang yang
warak. Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sepertimana
orang-orang berilmu, dan masukkanlah kami ke dalam gol
ongan orang-orang yang takut kepada Engkau. Ya! Allah,
kami memohon kepada-Mu jadikanlah kami terdiri
daripada orang-orang yang takut kepada perbuatan
maksiat sehingga kami sentiasa mentaati dan beramal
dengan perintah-Mu sebagaimana amalan orang-orang
yang mendapat keredaan-Mu dalam setiap perkara, dan
kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
kepada Engkau, maha Suci Engkau sebagai Pencipta.”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 17


SOLAT SUNAT
HAJAT
َ‫َّللا َج ِّميًَا أَيُّهَ ْاِّ ُمْْ ِّمنُونَ َِّ ََلَّ ُُ ْْ ت ُ ْف ِّل ُحون‬
ِّ َّ ‫َوتُوبُوا ِّإَِّى‬
“Dan bertaubatlah Kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(An- Nuur: 31)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 18


Panduan Solat Sunat Hajat
Niat Solat Sunat Hajat

‫اِّى‬ ِّ ‫سنًََّ اِّتَوبَ ًِّ َر َََُتَي ِّْن‬


َ ََ‫هلل ت‬ ُ ‫ص ِّلي‬
َ ‫أ‬
“Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala”

Rakaat Pertama sesudah Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun (1 / 10 kali)

َ ‫قُ ْل يَا أَيُّ َها ْاِّ َُا ِّف ُر‬


…‫ون‬
Rakaat Kedua sesudah Al-Fatihah : Surah Al-Ikhlas (1 / 10 kali)

…‫َّللاُ أ َ َحد‬
َّ ‫قُ ْل ُه َو‬
PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 19
Selepas salam, perbanyakkan membaca istighfar (100 kali)

“Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa


dan aku bertaubat kepadaNya ”

Kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebayak 100 kali

َ َّْ ‫اَِّلَّ ُه‬


‫ َو َعلَى آ ِِّّ ِّه ُم َح َّم ٍد‬،ٍ‫ص ِّلى َعلَى ُم َح َّمد‬

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada


Nabi Muhammad dan keluargannya,”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 20


Doa Selepas Solat Sunat Hajat

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah. Maha suci
Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian
alam. Wahai Tuhanku, aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu
dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada
segala kebajikan dan selamat dari segala dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa pada
diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan
Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu
melainkan Engkau makbulkannya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 21


Panduan Solat Sunat Hajat
Kemudian perbanyakkan membaca doa berikut

ُ ‫س ْب َحان ََك ِّإنِّي ُُ ْن‬


‫ت ِّم َن اِّظا ِِّّ ِّمي َْن‬ ُ ‫أنت‬
َ ‫ال إِّهَ إال‬
“Tidak ada Tuhan melainkan Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku ini daripada golongan orang yang zalim”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 21


SOLAT SUNAT
WITIR
“Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah sembahyang Witir,
sebab Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekali
kepada witir.”

(Riwayat Ahmad)

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 22


Panduan Solat Sunat Witir
Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat

“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala”

Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 23


Rakaat Pertama sesudah Al-Fatihah : Surah Al-’Ala

…‫ح ا ْس َْ َر ِّب َك ْاْل َ ْعلَى‬


ِّ ‫س ِّب‬
َ
Rakaat Kedua sesudah Al-Fatihah : Surah Al- Kafirun

َ ‫قُ ْل يَا أَيُّ َها ْاِّ َُافِّ ُر‬


…‫ون‬
Rakaat Ketiga sesudah Al-Fatihah :

Surah Al-Ikhlas …‫َّللاُ أ َ َحد‬


َّ ‫قُ ْل ُه َو‬
Surah Al-Falaq ِّ َ‫ب ْاِّفَل‬
…‫ق‬ ُ َ ‫قُ ْل أ‬
ِّ ‫عوذُ ِّب َر‬

Surah Al-Falaq …‫اس‬ ُ َ ‫قُ ْل أ‬


ِّ ‫عوذُ بِّ َر‬
ِّ َّ‫ب اِّن‬ PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 24
Panduan Solat Sunat Witir
Doa selepas Solat Sunat Witir

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 25


Panduan Solat Sunat Witir
Doa selepas Solat Sunat Witir

“Maha suci Allah kami mohon kepadaMu keimanan yang kekal, kami mohon
kepadaMu hati yang khusyu’, kami mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,
kami mohon kepadaMu jadikan keyakinan kami pada kebenaran, kami
mohon kepadaMu agar kami beramal soleh, kami mohon kepadaMu
kemantapan beragama, kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak,
kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, kami mohon kepadaMu
kesenangan yang sempurna, kami mohon kepadaMu agar kami bersyukur
di atas kesenangan tersebut, kami mohon kepadaMu kecukupan dalam
kehidupan. Maha suci Allah Tuhan kami, Kau terimalah solat kami, puasa
kami, kedudukan amalan kami, kekhusyukan kami kepadaMu, ketundukan
kami kepadaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi (hamba-hambaNya) yang
punya rasa mengasihi. Anugerah Allah lah ke atas kebaikan makhlukNya
Muhammad serta ahli keluarganya juga sahabat-sahabatnya sekalian dan
segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”

PANDUAN QIAMULLAIL | DMPM | 25


Sumber rujukan :

Surah Yasin dan Amalan Pilihan : Panduan Solat Sunat – UNISZA


Panduan Qiamullail – JAKIM

Anda mungkin juga menyukai