Anda di halaman 1dari 6

Teks Cerita Dalam al-Quran: Ashabul Kahfi

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak
keadilan, hadirin-hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian.

(Pantun):
Ahlan wasahlan ucapan diberi
Tenangkan diri berikan tumpuan
Dengarkan pula cerita ini
Kisah ashabul kahfi pemuda beriman

Pada zaman dahulu, di bumi Urdhun, ada seorang Raja yang zalim bernama
Daqyanus. Baginda menganut agama berhala serta mendustakan ajaran Nabi
Musa alaihis salam. Baginda turut memerintahkan rakyat jelata menyembah
berhala. Jika ada yang ingkar, hukuman berat pasti dikenakan.

Pada masa yang sama, di negeri itu terdapat sekumpulan pemuda yang
masih kuat berpegang dengan ajaran tauhid. Mereka sama sekali menafikan
betapa patung yang di sembah itu tidak bisa memberikan sebarang mudarat dan
manfaat. Sedikit pun tidak gentar di hati mereka dengan ancaman raja yang
kejam itu. Malah, iman mereka semakin kukuh. Untung nasib dan harapan
mereka hanya diserahkan kepada Allah semata-mata.

(Pantun):
Ashaabul kahfi pemuda beriman
Demi aqidah nyawa di pertaruhkan
Ayuhlah kawan ambillah teladan
Itulah contoh mukmin pilihan

Kisah keimanan mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan Raja


Daqyanus. Dengan murka baginda bertitah, “tangkap dan penjarakan mereka”.
Tanpa banyak bicara masa para pembesar istana melancarkan operasi memburu
para pemuda beriman itu.
Lihatlah rakan, betapa seseorang yang ingin membuat kebaikan, mendapat
ancaman bilamana hidup di bawah naungan pemimpin yang tidak mengenali
Tuhan. Kita sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam suasana negara yang bebas
merdeka. Segala kurniaan yang Allah berikan dapat kita nikmati. Untuk melakukan
kebaikan tiada siapa yang melarang. Namun untuk membuat kejahatan, pastinya
ada hukuman yang menanti

Tatkala perintah Raja Daqyanus itu tersebar ke seluruh negeri, para


pemuda beriman itu lantas mengadakan perbincangan sulit. Matlamatnya hanya
satu, tidak lain adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri
daripada ancaman sang Raja yang zalim itu. Pelbagai cadangan dikemukakan,
namun tiada satu pun yang disepakati bersama. Tiba-tiba salah seorang daripada
mereka bersuara, “bagaimana kalau kita keluar meninggalkan negeri ini?”,
mereka berpandangan sesama sendiri.

(Syair):
Tujuh pemuda………mengambil keputusan…….
Melarikan diri……….mencari perlindungan…….
Tawakkal dan doa..…menjadi bekalan….
Demi Tuhan…aqidah dipertahankan….

Kawan-kawan, tindakan yang diambil oleh pemuda-pemuda itu sebenarnya


amat tepat pada masanya. Demi Tuhan yang Esa, mereka sanggup meninggalkan
tanah air, keluarga dan harta yang dimiliki. Bagi mereka, biarlah menempuh
kepayahan dahulu sebelum beroleh kesenangan abadi di akhirat kelak.

Kawan-kawan, ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w yang menggalakkan


agar umatnya mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara:

(Nasyid):
Ingat 5 perkara
Sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Ayuhlah bangsaku, sedarlah dari lenamu. Janganlah lalai dan leka dengan
kesenangan duniawi. Ingat dan takutlah kepada Allah. Lihatlah, dikala kita
bersenang lenang di sini, tidakkah kita ingat pada saudara kita di Palestin yang
hidup derita??? Renungkanlah.

Begitulah dengan 7 orang hamba Allah yang beriman ini. Demi taqwa dan
keimanan, hidup matinya diserahkan kepada Tuhan. Kaki yang melangkah
membelah malam seolah-olah tiada hala tujunya. Kedinginan dalam kepekatan
malam tidak terasa. Hati mereka benar-benar menyakini sinar iman pastinya
menjadi petunjuk kepada mereka.

Apabila tiba di kawasan berbukit bukau, tiba-tiba salah seorang daripada


mereka berkata, “sahabat, mari kita ke bukit sana ,”.

“Bukit apakah itu?”, tanya seorang rakannya.


“Wallahu a’lam, saya pun tidak tahu”, jawab seorang yang lain pula.
“Demi Allah, itu adalah tempat yang selamat buat kita sementara ini”, ujar
salah seorang daripada mereka.
“Ayuh, mari”. Kesemua mereka berjalan menuju ke arah bukit yang
dimaksudkan.

Tanpa mereka sedari, ada langkah yang menjejaki mereka. Seketika itu
salah seorang daripada mereka mula menyedarinya, “sahabat, nampaknya ada
seekor anjing mengekori kita..”, katanya dengan nada terkejut.

“Eh, usir saja anjing itu”, sahut seorang yang lain.


“ Syoh..! syoh..! syoh..!”.
Pelik, sedikit pun anjing itu tidak berganjak bahkan tetap mengekori langkah
mereka.

Ha… kawan-kawan nak tahu tak? Anjing yang mengekori mereka itu
bernama ar-Raqeem. Kisahnya turut tercatat dalam al-Quran bersama-sama kisah
pemuda ini. Lama-kelamaan mereka membiarkan saja anjing itu bersama-sama
mereka. Tidak lama kemudian, mereka tiba ke destinasinya.
Ternyata, lokasi itu benar-benar selamat untuk didiami. Siang, malam, pagi
dan petang, tidak putus-putus mereka beribadah kepada Allah. Ketaatan mereka
itu boleh digambarkan bilamana doa yang senantiasa mereka panjatkan turut
dirakamkan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi ayat 10:

"Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah
kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami".

Keasyikan mereka dalam beribadah membuatkan mereka semakin lupa


dengan masalah yang menimpa. Lama-kelamaan seorang demi seorang tersandar
keletihan lalu terlelap. Dengan niat untuk berehat seketika akhirnya dengan kuasa
Allah, mereka tertidur selama 309 tahun. Keadaan ini turut dirakamkan menerusi
surah al-Kahfi pada ayat 11.

Rententan daripada itu sejarah mencatatkan kumpulan pemuda beriman ini


telah digelar sebagai ‘Ashaabul Kahfi’ bersempena dengan keadaan mereka yang
beribadah dan ditidurkan selama 309 tahun. Malah anjing yang menjadi peneman
mereka itu turut sama tertidur. Jika para pemuda beriman itu berada di perut
gua, anjing itu pula berada di pintu gua seolah-olah menjadi pengawal kepada
mereka.

Bagaimana, tidak? Dunia moden hari ini turut menggunakan khidmat


pasukan anjing sebagai pengawal. Bahkan dalam banyak keadaan anjing itu juga
dilatih untuk membantu mengesan pelbagai bentuk jenayah seperti dadah dan
pembunuhan.
Masa berlalu silih berganti. Dari hari membawa ke bulan. Dari bulan
membawa ke tahun sehingga mencecah beberapa kurun. Akhirnya dengan izin
Allah para pemuda beriman itu terjaga dari tidur mereka. Mereka memandang
antara satu sama lain sambil menghitung tempoh mereka berada di gua itu.

(Nasyid):
Di sangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhun.

Kawan-kawan tentu hairan bagaimana ianya boleh berlaku, bukan? Haa...


sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi Allah. Cuba kita ingat semula peristiwa
bencana Tsunami yang berlaku di Acheh beberapa tahun lalu. Di katakan semua
bangunan dan harta benda musnah. Namun yang ajaibnya, masjid dan mashaf al-
Quran yang ada di sana terselamat daripada kemusnahan, sedangkan kawasan di
sekitarnya pula rosak binasa. Subhanallah...

Berlalu tempoh 309 tahun memperlihatkan bumi Urdhun bebas dari


kejahilan. Mereka kini bebas beribadah kepada Tuhan. Raja yang menaungi
mereka juga turut beriman dengan ke-Esa-an Allah.

Sementara itu, 7 orang penghuni gua itu merasa tersangat lapar. Lalu salah
seorang daripada mereka keluar menuju ke pasar untuk membeli makanan.
Sepanjang perjalanan, dia merasa hairan dengan apa yang dilihatnya. Terdetik di
hatinya, “eh, semalam baru saja aku keluar dari pekan ini, bagaimana pula hari ini
segalanya berubah?”

Tiba di sebuah gerai, dia terus memilih makanan. Semasa hendak membuat
bayaran, tiba-tiba jurujual kedai itu merasa pelik, “eh, wang apakah ini?” serentak
itu pelanggan lain juga menoleh.

“Bukankah itu matawang lama, zaman Raja Daqyanus?”, ujar seseorang.


Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang di dengarnya. Namun tanpa
disangka-sangka, dirinya telah dibawa menghadap ke pangkuan Raja.
(Syair):
Bertemu sudah...Raja di istana
Diceritanya kisah...penyembunyian rahsia
Maka kagumlah...semua yang mendengarnya
Tanda kekuasaan.... Tuhan yang maha Esa

“Aneh, Raja Daqyanus telah mangkat lebih 300 tahun yang lalu. Ini
bermakna, mereka telah tidur selama tempoh itu jugalah,” titah Raja Zulqarnain.

Lantas, demi melihat kebenaran, baginda bersiap sedia berangkat untuk


melihat keadaan para penghuni gua yang beriman itu. Pemuda itu tanpa keraguan
membawa mereka ke lokasi ibadah mereka. Setelah berpuas hati baginda pun
meninggalkan Ashaabul Kahfi. Beberapa ketika, mereka berehat kembali dan pada
ketika inilah Allah mematikan mereka.

Sampai ke pengetahuan Raja Zulqarnain, baginda menitahkan supaya


didirikan sebuah masjid sebagai tanda ingatan kepada sejarah ajaib ini.
Waaaahhh.. sungguh mulia baginda Raja, bukan? Kawan-kawan, itulah dia salah
satu sifat kepimpinan yang terpuji. Pemimpin yang prihatin akan sentiasa
disenangi rakyatnya.

Nampaknya masa amat mencemburui. Sampai di sini saja cerita saya.


Izinkan saya mengundur diri.

(Pantun):
Akhir pesanan saya berikan
Moga bersama jadi ingatan
Mana yang jernih buat tauladan
Mana yang keruh jadikan sempadan.

‫وبا هللا توفيق و الهدايه والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai