Anda di halaman 1dari 3

DADAH MUSUH SEMUA

Salam sejahtera kami hulurkan,

Ungkapan salam ditaut kemas,

Selamat menonton kami ucapkan,

Andai tercela diharapkan belas.

Ribut jauh kedengaran deras,

Langit biru berubah mendung,

Kisah kami sekadar ringkas,

Adapun cuma untuk direnung.

BABAK 1

DI sebuah perkampungan yang tidak berapa jauh, tinggal sepasang suami


isteri yang baru berumahtangga.

Adapun sang suami bernama Saharul Nizam dan pasangannya Siti Sakinah.
Setelah beberapa bulan menantikan, akhirnya sang isteri pun berjaya mengandung.

Saharul Nizam: Dinda, betapa besar hati kanda. Akhirnya kita akan menimang
cahaya mata tidak lama lagi.

Siti Sakinah: Ya kanda. Andai inilah ertinya bahagia, seribu kali lagi pun sanggup
dinda mencuba.

Suami isteri: Hahahah.

BABAK 2

Selang beberapa bulan, lahirlah putera tunggal pasangan tersebut. Saharul


Nizam dan Siti Sakinah sangat bersyukur dengan kurniaan cahaya mata yang telah
diberikan. Mereka menamakan anak mereka Safuan.

Membesar dengan penuh tumpuan dan kasih sayang daripada Saharul


Nizam dan Siti Sakinah, Safuan merupakan anak yang taat, jujur, sopan santun,
lemah lembut, berjiwa murni, berhemah tinggi, tinggi nilai sosial, tampan dan berjiwa
patriotik.

Safuan: Sayang ayah. Sayang ibu.

Bertiga: Kami keluarga bahagia!


BABAK 3

Namun panas yang disangka ke petang, rupanya cuma sampai ke tengah


hari. Safuan telah mula bergaul dengan rakan rakan yang tidak elok. Pengaruh
buruk kawan kawan nya telah diikuti oleh Safuan. Lantas membuatkan Safuan mula
berubah.

Malahan ketika di zaman persekolahan lagi Safuan sudah berani menghisap


rokok dan menghidu gam. Safuan terus hanyut dan hanyut…

Safuan: Hoi geng, aku ada barang baru. Baru dapat dari Sazali Gasket kat
Kampung Enam Kedai sebelah sana.

Kawan 1: Kampung Enam Kedai??

Safuan: Ye la. Kampung Enam Kedai. Sebelah Kampung Lima kedai. Sebelum
Kampung Tujuh Kedai. Hahaha.

Kawan 2: Ahh ada ada saja kau ni Safuan. Wah! mahal ni. Banyak duit kau Safuan?

Safuan: Alah, apa nak dihairankan, aku kan anak tunggal. Lagipun mak bapak aku
percaya aku ni baik. Eh, sudahlah. Kalau kau tak mahu, aku habiskan sorang.
Hahaha

Ramai ramai: hahahha marilah..

Saharul Nizam: Safuan?? Mata aku silapkah? Bukankah itu Safuan?

BABAK 4

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih melihatkan anak kesayangan berubah
sekelip mata. Anak yang ditatang ibarat minyak mensia siakan kasih sayang ibu dan
ayahnya.

Sejak kejadian itu, Saharul Nizam dan Siti Sakinah mula bersangsi dengan
setiap perbuatan Safuan. Wang saku Safuan juga telah dipotong menyebabkan
Safuan resah. Ketagihannya yang tinggi menyebabkan Safuan mula memikirkan
jalan yang gelap dan hitam..

Safuan: isshh… Dah tak tahan ni… Mana nak cari duit… Ahh aku tak kira. Aku
mesti dapatkan duit.. eh, apa itu? Mangsa!

Ragut

Safuan: Hahahaha kaya! Kaya!. Kalau macam ni, hari hari pun boleh minum
bandung soda kat restoran! Hahaha. Eh, tidaaakk!!!!!

Langgar, mati.
BABAK 5

Tok Adi: Haaaa… Dah lama pakcik tunggu! Ingat anak anak. Berdosa kalau kita
menghancurkan hati ibu dan ayah kita. Jauhilah najis dadah. Kerana dadah boleh
ubah manusia yang baik jadi jahat. Jalan!

Hikayat dicerita tamatlah sudah,

Semoga menjadi pengajaran di hati,

Janganlah kita menghampiri dadah.

Perangilah ia sepenuh hati.

DADAH MUSUH SEMUA!

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai