Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

Bunga Emas tampak berseri,


Cenderamata buat sang raja,
Datang bertandang tegak berdiri,
Berkongsi cerita pedoman bersama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih tuan pengacara majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

guru-guru dan rakan-rakan sekelian. Izinkan saya pinjamkan masa kalian.

Dengarlah secebis kisah yang bertajuk ‘Papa’.

Ya kawan-kawan, papa, daddy walid merupakan gelaran yang begitu

sinonim dan dekat di hati kita sebagai anak. Justeru, pada hari ini, saya akan

berkongsi sebuah cerita yang boleh kita ambil pengajaran supaya menjadi pedoman
SKRIP BERCERITA TAHAP 2 1
dalam hidup kita seharian.

Hadirin sekalian,

Syahir Syakirin. Anak tunggal kepada Encik Syamil Syazlan. Dia merupakan

anak yatim kerana ibunya telah meninggal dunia saat dia dilahirkan. Encik Syamil

Syazlan merupakan seorang pegawai di syarikat swasta. Hidup Syakirin selama

sebelas tahun ini, hanya bersama papanya. Syakirin dijaga dan ditatang bagai

minyak yang penuh oleh papanya. Syakirin juga murid yang cemerlang di dalam

kelas. Galakan dan nasihat papanya menjadikan Syakirin murid yang cemerlang.

Dek kerana itulah, papa berada di tempat teratas di dalam hatinya.

1
Kehidupan seharian Syakirin agak berbeza dengan kawan-kawannya yang

lain. Tatkala Imran, rakan baiknya, enak menikmati air tangan yang dimasak oleh

ibunya manakala Syakirin dan papanya pula menjadi pelanggan setia setiap kedai

makan di pelosok Bandar Taiping.

Hari berganti hari, papa Syakirin mula sibuk dek urusan kerjanya. Beliau asyik

pulang lambat daripada kerja. Hidup Syakirin mulai berubah. Lauk malamnya hanya

telur dan kicap. Tidurnya sepi tanpa ditemani. Syakirin dan papanya hanya berjumpa

tatkala sarapan sebelum ke sekolah. Syakirin masih lagi ingat permintaannya ialah

untuk memiliki kasut bola yang baharu. Tetapi hanya anggukan kecil dan sepi tanpa

kata. ‘Papa tidak sayang aku!’ bentak hati Syakirin tanda protes.

Tumpuannya di dalam kelas kian terganggu. Fikirannya melayang


SKRIP BERCERITA TAHAP 2 2
mengingatkan ketiadaan papa seperti dahulu. Dia jugak acapkali ditegur oleh guru-

gurunya. Dia mulai bosan dengan kehidupan sepinya. ‘Aku sudahlah tiada mama,

papa pun sudah tidak pedulikan aku lagi ’. Bisik hati Syakirin.

Kawan-kawan, ‘air yang tenang, jangan disangka tiada buaya’. Syakirin mulai

berkawan dengan Roslan, murid dari kelas belakang yang terkenal dengan sifat

kenakalannya. Acapkali Roslan ponteng dari sekolah. Namun, kali ini dia

mempunyai teman yang baharu iaitu Syakirin. Mereka sering merayau ke bandar.

Pusat snooker merupakan tempat yang selalu dikunjungi oleh Syakirin dan Roslan.

Syakirin lupa akan pesanan papanya.

2
Kawan-kawan, benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat,

akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib Syakirin dan Roslan. Sewaktu mereka

leka bermain di pusat snooker itu. Tiba-tiba, sekumpulan lelaki berpakaian jaket

meluru masuk ke dalam pusat snooker itu. Syakirin, Roslan dan semua yang ada di

situ terkejut dan tergamam. Roslan lari meninggalkan Syakirin terkontang-kanting.

Syakirin bingung. Mengapa semua orang lari meninggalkan tempat itu? Syakirin

menjerit apabila tangannya ditarik dan diheret ke tempat kosong oleh lelaki

berpakaian jaket itu

Syakirin menangis. Dia tidak nampak kelibat Roslan. Dia teringat akan

papanya. Satu perkataan yang singgah di kepalanya ketika itu. Menyesal!. Syakirin

menangis teresak-esak. “Aku sudah malukan papa. Aku anak yang tidak berguna!”.

Kemudian, Syakirin melihat papanya datang setelah dihubungi oleh seorang pihak
SKRIP BERCERITA TAHAP 2 3
pegawai polis.

Sejurus tibanya di rumah, papa menyerahkan sebuah kotak kepada Syakirin.

Syakirin membuka kotak itu dan melihat sepasang kasut bola idamannya. Mata

Syakirin bercahaya lalu air mata mengalir laju ke pipinya. Papa terus mengesat air

mata itu. Papa mula berterus terang bahawa dia sudah dibuang kerja. Dia

mengabaikan anaknya kerana sibuk mencari kerja baharu dan membuat kerja lebih

untuk membeli kasut bola Syakirin.

Esakkan suara Syakirin makin kuat apabila mendengar penjelasan itu.

Syakirin memeluk erat papanya sambil meminta maaf. Dia berjanji tidak akan

mengulangi perbuatan itu. Itu azam Syakirin.

3
Begitulah kawan-kawan, mengingati jasa orang tua kita adalah perkara yang

wajib dilakukan oleh setiap anak. Mereka ladang syurga kita. Setiap kata-kata dan

nasihat yang dititipkan untuk kita amat berguna supaya kita menjadi insan yang

disanjungi kelak.

Sekian, terima kasih

SKRIP BERCERITA TAHAP 2 4

Anda mungkin juga menyukai