Anda di halaman 1dari 3

1.0.

PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,


peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu
merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran,
menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti
melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di
antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh
maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan
aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan
atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat
pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian
akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina
item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah
pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang
diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian
perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai
untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut
dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar
bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk
membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh
ujian tersebut. Analisis – analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks
Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, dan Pekali Korelasi - analisis ini perlu
dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan
tertentu.

1
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, satu Jadual Penentuan Ujian
(JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU
berkenaan satu set instrumen ujian yang mengandungi soalan objektif dan subjektif perlu
digubal untuk ditadbirkan kepada sebuah kelas. Kemudiannya, indeks kesukaran, indeks
diskriminasi perlu dikira untuk menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.

4.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN DAN INDEKS KESUKARAN UJIAN KALI


KEDUA

Seterusnya, ujian kali kedua menggunakan item yang sama diberikan kepada
kumpulan murid yang sama. Hasil analisis keputusan murid dan pengiraan indeks
kesukaran bagi setiap soalan ditunjukkan dalam Jadual 4.2(A) dan 4.2(B).

Pengiraan pekali korelasi antara indeks kesukaran ujian kali pertama dan ujian
kali kedua boleh dilakukan dengan melengkapkan Jadual 4.3: Analisis Korelasi Linear
bagi Markah Uji-Semula.

4.1. LANGKAH PENGIRAAN PEKALI KORELASI


Sisihan piawai (Sx)

=4.55

Sisihan piawai (Sy)

2
=

=4.01

Pekali korelasi (rxy)

= = 0.71

Anda mungkin juga menyukai