Anda di halaman 1dari 3

Program Pemulihan 3M (PROTIM)

DEFINISI

Satu usaha untuk memastikan semua murid (bermasalah) yang bakat menamatkan pendidikan
rendah dapat menguasai (sekurang-kurangnya) 3M, tidak tercicir dari persekolahan serta
dapat mengikuti pelajaran di peringkat seterusnya (menengah).

LATAR BELAKANG

2006 - PROTIM dilaksanakan kepada murid Tahun 6 selepas/pasca UPSR (September -


Oktober/November)

2007 - Program ini dirintis kepada murid Tahun 4 (Februari – Oktober/November) di


sekolah terpilih sahaja

2008 - Protim dilaksanakan kepada murid Tahun 4 (Februari – Oktober/November) dan


Tahun 6 selepas/pasca UPSR (September – Oktober/November) di semua sekolah.

2009 - Protim dilaksanakan kepada murid Tahun 4 dan peluasan Tahun 5 (Februari –
Oktober/November) dan Tahun 6 selepas/pasca UPSR (September-
Oktober/November)

KANDUNGAN / BAHAN PROGRAM

 Program Pemulihan 3M menggunakan modul.

 Dua modul disediakan - Modul 2M dan Modul M3

i) Modul 2M - membaca, menulis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk
mudah.

ii) Modul M3 - mengenal dan menguasai nombor bulat hingga 10,000

- menguasai kemahiran asas mengira


 PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN.
PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

 Aras modul PROTIM berbeza dengan aras modul PEMULIHAN. Ini kerana modul
PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan
utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Program PROTIM
mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

 Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM
sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu
membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan
semasa menulis.

 Program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian
penilaian yang dijalankan.

PENENTUAN MURID

 Pemerhatian dalam kelas

 Pencapaian dalam ujian

 Peperiksaan penggal

 Disahkan melalui Praujian

PROGRAM PROTIM

Kelompok I : Tidak Menguasai 3M

Kelompok II : Tidak Menguasai 2M

Kelompok III: Tidak Menguasai M3 : (Tambah, Tolak, Darab, Bahagi)

PELAKSANAAN PROGRAM
 Murid yang dikenal pasti akan menduduki Praujian PROTIM.

 Pembentukan kelas dan pengajaran dijalankan sebaik dapatan ujian diperoleh.

 Sepatutnya murid hanya mengikuti program bagi kemahiran yang perlu dikuasai.

 Pascaujian PROTIM dijalankan pada akhir program.

Anda mungkin juga menyukai