Anda di halaman 1dari 8

IPP3M (INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN 3M)

DAYANG NADZIRAH BINTI MOHD HATTA SHARIFAH AINI BINTI MISIRAN

PENGENALAN
Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang disediakan bagi membantu muridmurid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap I akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini diadakan dihampir semua sekolah rendah.

IPP3M
Murid-murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M), dan dibahagi kepada 3: IPP3M 1 ~ Murid Tahun 1 IPP3M 2 ~ Murid Tahun 2 IPP3M 3 ~ Murid Tahun 3

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawl). Bermaksud, murid-murid yang terlibat akan ke kelas pemulihan khas semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dan akan kembali semula ke kelas masing-masing apabila masa pengajaran danpembelajaran tersebut tamat

Bagi murid-murid yang telah mencapai tahap pelepasan yang ditentukan, mereka tidak perlu lagi masuk ke kelas pemulihan khas dan belajar seperti biasa di kelas seperti biasa

OBJEKTIF
Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M. Menentukan kumpulan murid yang perlu meneruskan Program Pemulihan Khas. Memberikan maklumat tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan

KELEBIHAN Dilaksanakan pada murid tahap 1. Memberi kemudahan kepada guru untuk mengenalpasti tahap kebolehan murid. Dapat mengenalpasti masalah murid dari awal Dapat memberi intervensi awal kepada murid yang bermasalah

Anda mungkin juga menyukai