Anda di halaman 1dari 1

Instrumen Kemahiran Asas Matematik – IKAM

4 November 2009cikguTinggalkan komenGo to comments


Salam sejahtera. Syukur kepada Ilahi kerana dengan izin-NYA kita masih diberi peluang untuk
melakukan amal di mukabumi ini. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, akan
memberikan kesenangan kepada orang lain dan mendapat keredhaan daripada-NYA, Insyaallah.

Hari ini saya ingin sentuh pula mengenai Pemulihan Matematik. Sebelum saya pergi lebih jauh,
rasanya elok saya perkenalkan pembaca dengan salah satu program dalam Pemulihan Matematik
iaitu Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) tahap 1.

Pengenalan
Manual IKAM ialah merupakan satu instrument matematik hasil dari penilaian semula Indicator for
Mastery in Arithmatic ( IMA 1 dan 2 ) yang pernah digunakan dahulu. Instrumen tersebut terdapat
kekeliruan kerana kandungannya merangkumi beberapa kemahiran dalam mata pelajaran
Matematik yang menggunakan kaedah mode yang menyukarkan guru untuk melaksanakan dan
mengesan masalah sebenar murid.

Manual ini mengandungi 3 item ujian :-

• Ujian Saringan dan borang rekod ujian.


• Ujian Diagnostik dan borang rekod ujian.
• Ujian Pelepasan dan borang rekod ujian.
Apa itu IKAM
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Tahap Satu

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM THP1) adalah satu alat untuk mengesan dan
mengenal pasti sama ada seseorang murid itu memerlukan bantuan atau perkhidmatan tambahan
dari guru di Kelas Program Pemulihan Khas atau Program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

IKAM Tahap Satu ini akan diguna-pakai oleh Guru Pemulihan Khas negeri Johor, bagi menyaring
murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran matematik di Tahun 2 dan Tahun 3. Ujian
diagnostik pula diguna-pakai sebagai mengesan tahap kelemahan murid pemulihan khas.
Manakala Ujian Pelepasan diguna-pakai sebagai instrument untuk melayakkan murid ke kelas
KBSR.

Matlamat IKAM
Memastikan 100% murid –murid sekolah rendah dan menengah di dalam negeri Johor menguasai
kemahiran asas mengira dalam matematik .

Objektif IKAM
 Murid dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut kebolehan sendiri.
 Menentukan kumpulan yang sewajarnya diberikan bimbingan menerusi program
Pemulihan Khas bermula pada tahun 2009.
 Memberikan maklumat tentang tindakan akan diambil oleh guru mata pelajaran Matematik
dan guru Pendidikan Pemulihan Khas untuk membantu murid yang berkenaan.
 Murid Tahun 2 dan 3 dalam Tahun 2009 dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang
menggunakan modul IKAM oleh Program Pemulihan Khas (PPK) Negeri Johor.
Kumpulan Sasaran IKAM
• Murid sekolah Rendah Tahap satu(Tahun 2 dan 3)
• Murid Kelas Pemulihan Khas
• Murid Sekolah Rendah yang kenal pasti gagal dalam matematik
• Murid Pra Sekolah yang bermasalah.

Anda mungkin juga menyukai