Anda di halaman 1dari 2

MOHD ROHAIMI BIN ANDI,

KAMPUNG SAGENG SABAL,


94800 SIMUNJAN,
SARAWAK.

LT. KOL BERSEKUTU TN. HJ. ABDUBRANI BIN YUNUS,


Politeknik Mukah Sarawak,
Km 7.5, Jalan Oya,
96400 Mukah,
Sarawak 06 NOVEMBER 2018

Tuan,

SURAT RAYUAN UNTUK MENDIAMI KAMSIS SESI DISEMBER 2018

Berhubung perkara diatas, saya Mohd Rohaimi Bin Andi 20DEE16F1049 (980813-13-6631)
pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrk dan Elektronik ingin merayu pertimbangan dan
keperihatinan pihak tuan agar diberi peluang menduduki kamsis bagi sesi Disember 2018.

2. Saya tidak sempat menghantar borang kerja amal pada sesi Disember 2017 yang lepas.
Oleh itu, saya ingin memohon pihak tuan memberikan peluang kepada saya untuk menduduki
kamsis pada sesi Disember 2018 ini. Pada sesi Jun 2018 ini,saya tinggal di luar dan banyak
mengeluarkan duit untuk membayar sewa dan pengangkutan yang amat susah ke politektik
pada setiap waktu kuliah.

3. Antara sebab-sebab saya perlu menduduki kamsis politeknik adalah seperti berikut :

a) Saya berasal dari Simunjan dan tidak mempunyai saudara mara di Mukah.

b) Saya tidak mampu menyewa di luar kerana kadar sewa yang agak tinggi.

c) Bapa saya yang bekerja gaji yang tak seberapa dan masih ada lagi adik beradik saya
yang berada di bawah tanggungan mereka.

d) Tinggal di kamsis lebih selamat kerana ada kawalan disiplin dari pihak politeknik.

e) Takut terpengaruh dengan sikap yang tidak elok daripada kawan sebilik.

f) Hilang tumpuan belajar kerana risau tidak dapat membayar sewa bilik.

g) Makan dan minuman di luar sangat mahal berbanding dengan yang berada di cafe
politeknik mukah.

3. Akhirulkalam, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan
sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kamsis
sewajarnya. Respon positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian Terima Kasih,


Yang Benar. Disokong Oleh:

____________________________________________
(MOHD ROHAIMI BIN ANDI)
(20DEE16F1049)
(980813-13-6631)

Anda mungkin juga menyukai