Anda di halaman 1dari 1

ii) AMALAN RIBA DALAM EKONOMI MALAYSIA

Walaupun riba diharamkan dalam islam dan juga di ketegorikan sebagai salah satu
dosa besar, malah masih lagi ada segelintir yang masih mengamalkannya secara halus
tanpa kita semua sedar. Amalan riba ini juga turut digunakan dalam ekonomi Malaysia dan
paling banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat sekarang.

Antaranya ialah riba yang dilakukan dalam pinjaman (rumah, kereta, peribadi) di
bank konvensional yang memberikan faedah bulanan atau tahunan ke atas jumlah
pinjaman. Sebagai contoh, si A meminjam RM10,000 dari Maybank.Bhd dan bank
menetapkan 10% (RM1,000) di atas pinjamannya. 10% yang ditetapkan oleh pihak bank
dikira sebagai Riba al-Duyun jenis al-Qard.

Seterusnya, riba dalam hutang dengan ceti, along atau mana-mana pihak yang
mengenakan faedah atas hutang yang diberikan dalam tempoh yang tertentu. Contohnya si
C meminjam daripada along sebanyak RM 5,000 dan berjanji akan bayar sepenuhnya
dalam tempoh 5 bulan. Tetapi si C gagal membayar dalam tempoh yang dijanjikan
sebaliknya bayar pada bulan ke 8 sebanyak RM 8,000, menyebabkan si C didenda atas
kelewatan membayar hutang. Denda tersebut dikenali sebagai riba al-Duyun jenis al-
Jahiliyah.

Selain itu, riba dalam jual beli atau pelaburan emas apabila pembelian dilakukan
secara hutang atau pembayaran dilakukan secara bertangguh. Contoh riba dalam jual beli
adalah dengan menukarkan 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmati; kedua-duanya
adalah beras, walaupun berlainan kualiti pertukarannya mestilah pada berat yang sama. Ini
dikenali sebagai riba al-Buyu’ jenis al-Fadhl. Contoh bagi membeli emas secara bertangguh
pula adalah seperti dapat emas hari ini, kemudian bayaran dibuat selepas beberapa hari
atau konsep bayar dulu , emas dapat kemudian. Riba ini dikenali sebagai riba al-Buyu’ jenis
al-Nasa’.

Kesimpulannya, amalan riba dalam ekonomi Malaysia dapat di lihat semakin


berleluasa dalam masyarakat kita. Aktiviti yang berunsurkan riba patutlah di elakkan bagi
menjaga kesucian harta dan menjaga kesejahteraan Malaysia dari terjerumus dengan
amalan dosa besar. Oleh itu, kita mestilah berhati-berhati bagi membendung diri kita dari
perkara yang tidak diingini

Anda mungkin juga menyukai