Anda di halaman 1dari 40

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 20 : SUKAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1

TEMA SUKAN DAN REKREASI

TAJUK 1MURID 1SUKAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Mengimbas dan mengenal pasti faktor kejayaan ahli sukan
OBJEKTIF terkenal
ii. Mengintegrasi dan mentafsir maklumat untuk menyatakan
usaha menjadi ahli sukan terkenal.

i. Teknik Bacaan : KWLH

STRATEGI / ii. KBAT : Mengaplikasi dan Menganalisis


PENDEKATAN
P&P ABAD 21 iii. Nilai: Gigih dan bertanggungjawab

iv. Strategi P&P: Pembelajaran Koperatif

i. Audio/Komputer / Internet – Laman Web


MEDIA
ii. Grafik/gambar

SITUASI Peribadi

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (petikan)

JENIS TEKS Keperihalan

PROSES Mengintegrasi dan menjana inferens


KOGNITIF

216
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

AKTIVITI CATATAN

a. Memperdengarkan kepada murid lagu 1M1S LAMPIRAN 1


b. Bernyanyi bersama-sama dengan mengikut lirik * Petikan Youtube 1M1S
yang dipaparkan.
c. Nyatakan mesej yang hendak disampaikan * Lirik lagu
dalam lagu tersebut.
https://youtu.be/UXm1v

LANGKAH 1
LAMPIRAN 2
a. Baca dan fahami petikan
b. Secara berkumpulan lengkapkan faktor-faktor http://maymezmaria.blogspot
kejayaan ahli sukan menggunakan peta minda / .my/2011/06/faktor-
I-think yang sesuai mempengaruhi-prestasi-
c. Bentangkan hasil tugasan kumpulan atlet.html
menggunakan kaedah yang sesuai seperti
galleri walk, world cafe dan sebagainya

LANGKAH 2
LAMPIRAN 3
Secara berkumpulan, gunakan peta minda / I-think
yang sesuai tentang usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Bentangkan hasil tugasan kumpulan menggunakan


kaedah yang sesuai seperti galleri walk, world cafe dan
sebagainya

LANGKAH 3

Berikan justifikasi terhadap hasil kerja anda. Pembentangan kumpulan

217
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 1

Lirik Lagu 1M1S (Versi KPM)


Mendukung cita-cita
Aspirasi negara
Membangun modal insan
Transformasi cemerlang

Sukan untuk semua


Untuk kecemerlangan
Jadikan satu budaya
Demi negaraku Malaysia

1Murid 1Sukan
Sukan untuk semua
1Murid 1Sukan
Sukan untuk kecemerlangan

1Murid 1Sukan
Badan sihat otak cerdas
1Murid 1Sukan
Majulah sukan untuk negara

Kecergasan jasmani
Sahsiah dan jati diri
Memupuk perpaduan
Gagasan 1Malaysia

*1Murid 1Sukan
Sukan untuk semua
1 murid 1 sukan
Sukan untuk kecemerlangan

**1Murid 1Sukan
Badan sihat otak cerdas
1Murid 1Sukan
Majulah sukan untuk negara

ulang (*) dan (**)


LAMPIRAN 2
Cara Membuat Program Latihan

218
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Seorang jurulatih sudah pasti melatih seorang atlet pasti selalu membuat program
latihan. Program latihan ini sangatlah penting untuk jurulatih dan atlet Tapi
pernahkah anda bertanya, mengapakah juruatih melakukan latihan seperti ini?
Setiap pertandingan lebih banyak ditentukan oleh cara dan corak latihan yang
diterima.Dasar membuat program latihan pelatih harus mempunyai tujuan yang ingin
dicapai dalam jangka pendek atau jangka panjang

Cara Penyusunan Program Latihan


Penyusunan program latihan adalah proses merencana dan menyusun alatan,
beban, sasaran, dan metod latihan pada setiap proses tahap yang akan dilakukan
oleh setiap atlet. Dalam penyusunan program latihan perlu memperhati dan
mempertimbangkan berbagai faktor, meliputi :
 Mengetahui biodata atlet,
 Langkah-langkah penyusunan program,
 Karakteristik cabang sukan.

Biodata Atlet
Sebagai pertimbangan utama untuk menentukan beban latihan meliputi :
1. Klasifikasi atlet (tingkat pemulaan, tingkat menengah, tinggi)
2. tempoh latihan (lama latihan)
3. Tinggi dan berat badan
4. kadar Denyut jantung
5. Frekuensi latihan yang akan dilaksanakan
6. Waktu pelaksanaan pertandingan
7. Keadaan kesihatan (pernah sakit atau belum, jenis penyakit dan tempoh
sakit).

Langkah-langkah Penyusunan Program Latihan


Agar sasaran/tujuan dalam latihan dapat tercapai. Jurulatih harus melalui langkah-
langkah berikut:

Waktu Pelaksanaan Pertandingan


Seorang jurulatih seharusnyaharus mengetahui waktu dan jumlah pertandingan,
bertujuan untuk menentukan langkah seterusnya. Dengan mengetahui waktu dan
jumlah pertandingan, mereka dapat menghitung tempoh pertandingan berdasarkan
bilangan bulan, minggu, hari, dan jam yang tersedia untuk sesi latihan.

Dengan berbuat sedemikian, seorang jurulatih dapat membuat rincian; satu bulan
ada berapa minggu, dalam seminggu berapa hari yang efektif untuk latihan.
sehingga dapat menentukan frekunsi yang akan dilakukan dalam setiap minggunya.

219
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Selanjutnya setiap sesi latihan berapa lama waktu yang tersedia untuk latihan,
sehingga seorang pelatih dapat menghitung jumlah jam latihan.

Diagnosis Kemampuan Awal


Seorang seharusnya melakukan ujian saringan yang berguna untuk melihat
kemampuan atlet.

Penyusunan Program Latihan


Tujuan dari penyusunan materi program latihan adalah untuk meningkatkan kualiti
keterampilan, kesegaran otot, dan tenaga para atlet. Program latihan yang baik
seharusnya meliputi aspek teori, praktikal, metodoogi, sasaran latihan yang dirinci
pada setiap tahap sesi latihan.

Penentuan Sasaran Latihan


Sasaran latihan yang paling utama adalah meningkatkan keterampilan, kekuatan
fizikal dan tenaga para atlet.

Tempoh Latihan
3 tempoh dalam Latihan

Tempoh Transisi
 : memelihara kesegaran jasmani
 : meningkatkan ketahanan aerobik

Tempoh Persiapan
 : meningkatkan kekuatan umum dan khusus
 : meningkatkan kepantasan
 : meningkatkan tenaga
Tempoh Kompetisi
 : meningkatkan kemampuan anaerobik
 : meningkatkan ketahanan anaerobik
 : bentuk latihan dengan kecepatan dan power

Pelaksanaan dan Pemantauan Program


Selama proses latihan berlangsung diperlukan pemantauan agar proses latihan
sesuai dengan sasaran pada waktu tertentu.

Umpan Balik
Umpan balik diberikan untuk tujuan atlet mengetahui aspek latihan yang sedang
mereka lakukan .

220
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Penyusunan Kembali Program Latihan


Semasa proses latihan berlangsung, seorang jurulatih boleh membuat pengulang
program latihan. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan proses pemantauan
benar-benar berlaku.

Apa yang Lee Chong Wei boleh ajar anda tentang kejayaan

Kalau tanya orang Malaysia tentu semua kenal siapa Lee Chong Wei. Dia pemain
badminton no 1 negara kita. Malah dia juga pemain badminton no 1 dunia.

Bukan calang-calang orang untuk jadi pemain no 1 dunia. Banyak ranjau dan duri
perlu ditempuhi. Kalau nak jadi pemain badmnton negara no 1 perlu lihat jalan yang
ditempuhi oleh Lee Chong Wei.

Tapi anda dan saya juga boleh lihat dan belajar daripada Lee Chong Wei. Saya
seorang usahawan, dan menjadi impian saya untuk mengecapi kejayaan sebagai
seorang usahawan.

Anda juga tentu ada kerjaya masing-masing. Dalam menjalani kehidupan anda di
dalam kerjaya yang dipilih tentu perlukan kemahiran yang tertentu. Kemahiran itulah
yang menjadi penentu samada anda berjaya dengan cemerlang atau tidak dalam
kerjaya anda.

Jadi persoalannya adalah apakah yang Lee Chong Wei boleh ajar anda
tentang kejayaan?

Untuk meringkaskan cerita, tak ada yang lebih membantu Lee Chong Wei untuk
mencapai kejayaan selain dengan menghabiskan kebanyakan daripada masanya
untuk berlatih bermain badminton.

Pemain badminton hebat menghabiskan masanya untuk bermain badminton.

Pelukis yang hebat menghabiskan masanya untuk melukis

Penulis yang hebat menghabiskan masanya untuk menulis

Ahli fizik yang hebat menghabiskan masanya untuk mendalami ilmu fizik

221
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Tentu anda dah dapat tangkap apakah pelajaran yang Lee Chong Wei boleh
ajar kita tentang kejayaan bukan?

Ya! tak ada cara lain selain daripada fokus pada kemahiran yang anda mahu
pertingkatkan. Hanya satu kemahiran saja yang ditumpahkan usaha sebanyak masa
yang mungkin yang embuatkan anda meningkat sedikit demi sedikit ke kemuncak.
Cuba bayangkan kalau Lee Chong Wei habiskan masanya untuk berlatih 3 sukan
dari dulu sampai sekarang. Dia hanya akan jadi ahli sukan berbagai disiplin dan
sudah tentu pemain no 1 bukan miliknya.

Persoalan selanjutnya sekarang apakah perkara satu tu yang anda mahu


kuasai?

Masalah paling utama yang kita semua hadapi adalah tidak tahu apa sebenarnya
yang kita mahu jadi. Ramai orang tak pasti apa dia nak jadi. Sekejap itu dan sekajap
ini.

Sekejap nak makan gaji dan naik naik pangkat sekejap nak berhenti kerja dan
berniaga. Bila berniaga pula sekejap nak buat bisnes dodol sekejap nak buat roti
benggali.

Sekejap nak jadi taukeh kedai makan sekejap nak jadi kontraktor Kelas A…begitulah
seterusnya. Bila sedar sedar masa dah habis. Umur dah meningkat dan anda masih
tak kemana.

Belajarlah dari Lee Chong Wei tentang kejayaan diperingkat tertinggi

Marilah kita rehat sebentar. Ambil buku tulis, sebatang pen dan fikirkan apakah
sebenarnya yang aku nak jadi. Fikir sedalam-dalamnya dan tulis besar-besar
apakah impian anda.

Bila dah tahu, bila dah pasti, mula atur langkah untuk luangkan sebanyak masa
yang mungkin untuk mencapai apa yang anda mahu dengan membina kemahiran
yang diperlukan.

Hanya kata Ya! untuk perkara tersebut dan selain darinya perlu dikatakan
Tidak!.

Carilah jalan untuk tingkatkan kemahiran anda dari satu tingkat ke tingkat yang lain.
Jangan berpuas hati dengan tahap ang anda ada sekarang.

Perlu bersedia untuk ubah cara berfikir.

Perlu sedia untuk ubah cara bertindak.

Perlu sedia untuk ubah cara bekerja.

Belajar dan belajar untuk meneroka cara baru yang lebih baik.

222
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2

TEMA SUKAN DAN REKREASI

TAJUK SUKAN LASAK

HASIL Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat


PEMBELAJARAN
i. Membanding beza sukan dalaman dengan sukan lasak.
ii. menilai sumber bahan untuk menambah maklumat

223
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Teknik Bacaan : KWLH

KBAT : Menganalisis, mengaplikasi, dan mencipta


STRATEGI /
PENDEKATAN Nilai: Bertanggungjawab, bekerjasama
ABAD 21
Strategi P&P: Pengajaran Pembezaan (Differentiated learning),
Kolaboratif

i. Komputer / Internet – Laman Web


MEDIA
ii. Gambar

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES Menyokong, mengenal pasti dan menangani konflik


KOGNITIF

224
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

AKTIVITI CATATAN

a. Menonton video aktiviti Sukan Lasak * Petikan SUKAN LASAK


b. Arahan sebelum menonton Video . http://www.youtube.radakadventu
re.com
 Hayati dan dapatkan pelbagai
maklumat daripada video tersebut
 sebutkan nama sukan lasak yang
anda tonton serta cabaran

LANGKAH 1 LAMPIRAN 1
Tugasan kumpulan: https://cikguas-
hasnah.blogspot.my/
a. Membaca petikan dengan menggunakan
teknik bacaan KWLH
b. Bentangkan hasil dapatan KWLH Pengurusan Grafik KWLH

LANGKAH 2 LAMPIRAN 2
http://impianrika.blogspot.my/201
0/10/punca2-sukan-lasak-kian-
a. Secara berkumpulan, buat perbandingan
diminati-oleh.html
antara sukan lasak (ekstrim) dengan sukan
dalaman (indoor) LAMPIRAN 3
http://www.sinarharian.com.my/re
ncana/sukan-ekstrem-bina-
keyakinan-diri-1.31296
b. Pembentangan kerja kumpulan
LAMPIRAN 4
http://pmr.penerangan.gov.my/ind
ex.php/component/content/article/
224-jenis-jenis-sukan/933-
permainan-sukan-dalaman-
indoor-games.html
Pengurusan Grafik
Peta Buih Berganda

LANGKAH 3 Pengurusan Grafik


Cort 1 ( APC)
Tugasan: 1.Apakah akan berlaku kepada
sukan lasak pada masa
1. Ramalkan masa hadapan sukan lasak serta
hadapan?
alasan
2..Apakah alasan anda
berpendapat demikian?

225
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 1

https://cikguas-hasnah.blogspot.my/

SUKAN LASAK
Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang
lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah
aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala
negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini,
maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal
banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh
itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk
individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini
telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya
belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih
bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan
menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini.
Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu
diperkenalkan di peringkat sekolah.

Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung,
berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk
individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini
demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai
ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar.
Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan
ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat
Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini
secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan
aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi
warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak.
Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai
usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.

Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita
menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini
diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu
diperkenalkan di peringkat awal lagi atau diperingkat sekolah seperti kata
peribahasa “ kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya “. Untuk berjaya
dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam
masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama.

226
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar
yang berminat dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang
terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan
sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili
negara dalam acara yang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia
menampilkan barisan tiga pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua
acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke – 24 di Bandar Raya Yokaichi
di Jepun pada 9 – 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin
Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan
Mohamad, iaitu pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah
sebahagian dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda
bagi memikul lebih banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada masa akan
datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita
mencungkil bakat muda untuk digilap dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.

Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di
peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman
Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya
menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman
adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya
menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004
anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu
turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan
Zahara Ma’saunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun
dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau
pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah.
Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan
beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan
dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti
kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan
berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan
aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat
dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan
gangsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti
sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak
mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih
lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan
mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw
dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai
remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan
sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri

227
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Besar Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada
pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan
bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari
ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah.
Beliau berkata, ”dikatakan sukan ini melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika
ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus
membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan
menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat.” Jadi,
usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari
sekarang.

Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak
membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu
generasi muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak
perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat
mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita
mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di
peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu
diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan “Melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”.

NUR AZIZAH ARRYANIE BINTI MORSHIDI

228
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

229
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 2
http://impianrika.blogspot.my/2010/10/punca2-sukan-lasak-kian-diminati-oleh.html

Punca-Punca Sukan Lasak Kian Diminati oleh


Golongan Belia

Sukan lasak lebih dikenali sebagai sukan ekstrem.sukan ini memerlukan keberanian
dan daya tahan fizikal yang tinggi.sukan ini biasanya dimainkan oleh golongan
belia.mengapa dan bagaimana sukan lasak ini menambat hati golongan belia
merupakan pokok perbincangan kita pada hari ini.

peredaran masa bagaikan gelombang yang membawa satu tranformasi kepada


gaya hidup rakyat malaysia.taraf hidup rakyat negara ini meningkat sekaligus
memodenkan lagi cara hidup rakyat kita.Kini,sukan lasak mula menjengah minda
rakyat malaysia.Tanpa disangka-sangla,hati golongan muda mula tertambat pada
sukan ini.bagi mereka,sukan lasak seperti ini menggambarkan tahap kemampuan
pemikiran sesebuah komuniti dan sudah semestinya golongan belia tidak mahu
ketinggalan.

teknologi yang kian tumbuh subur membuahkan beberapa alat media massa.mesin2
ini merupakan bentuk2 perhubungan utama era ini.Hal ini juga membenarkan
kemasukan budaya barat ke dalam diri para remaja zaman ini.sukan lasak yang kini
menjadi kegilaan remaja amerika sekarag sudah menular kepada remaja kita.saya
berpendapat,asalkan ia tidak membawa kepada keruntuhan akhlak,tidak salah bagi
remaja kita menyertainya.

Tuntasnya,sukan lasak membawa impak yang cukup besar buat dunia sukan tanah
air.kehadirannya perlu disambut dengan tangan terbuka tanpa perlu mengambil kira
budaya kuning dari barat.

SUKAN LASAK (EKSTRIM)

Go-Kart

Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan
ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi
meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan

230
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

go-kart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-
kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.

Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat
kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di
negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai
rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh
pihak penganjur.

Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk
dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip go-
kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu
dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan
methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia
ada di pasaran. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan
pembinaan rekabentuk itu sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian,
ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri
kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.

Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja.

Terjun Bungee

Ia juga dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan
ianya semakin digemari dewasa ini, khususnya para belia.

Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut
digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang
New Zealand untuk tali elastik.

Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut,
beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun
1980an lagi.

Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan.
Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan
tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform
untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan
selamat.

231
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar

Paintball

Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk
menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat
berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an
dan menjadi terkenal begitu cepat sekali

Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak
ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi
dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis
peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya
menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain.
Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan
yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai
kemahiran.

Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini.

Sumber: pmr.penerangan.gov.my/

232
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 3

http://www.sinarharian.com.my/rencana/sukan-ekstrem-bina-keyakinan-diri-1.31296

Sukan ekstrem bina keyakinan diri


ROSHLAWATY RAIEH
11 MAC 2012

Bukan calang-calang orang yang boleh terlibat secara langsung dalam dunia sukan
lasak. Jika tidak miliki keyakinan diri yang tinggi dan berani berhadapan cabaran,
tentu perjuangan seseorang dalam sukan lasak sia-sia sahaja.

Dalam konteks sukan lasak atau ekstrem, ia sebenarnya sinonim dengan golongan
yang aktif bersukan. Mereka yang berada dalam dunia ini seakan-akan yakin sukan
lasak mampu menguji minda sendiri di samping dapat membina keyakinan diri
dalam diri seseorang individu.

Aktiviti sukan lasak seperti rock climbing, skuba, motocross, paintball, go-kart,
mendaki gunung dan meredah hutan kian menjadi pilihan masyarakat hari ini.
Penglibatan mereka dalam aktiviti sebegini seperti satu fenomena baru dalam aktiviti
riadah remaja.

233
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Mungkin ini adalah satu petanda bahawa masyarakat sudah mula berani untuk
membabitkan diri dalam aktiviti lasak sekali gus mahu mengisi masa terluang
dengan perkara berfaedah.

Penggemar sukan lasak, Mohd Azizi Mohd Bajuri, 36, berkata, dia amat menggemari
sukan skuba kerana aktiviti itu memberikan banyak keseronokan dan pengalaman
yang sungguh menakjubkan.

“Melihat keindahan dasar laut, berenang bersama ikan dan ditemani karangan laut
di pesisir pantai sememangnya satu pengalaman yang tidak boleh digambarkan
dengan kata-kata,” katanya kepada penulis.

Bagi Murtaza Isa, 38, pula menggemari sukan lasak rock climbing kerana sukan
berkenaan memerlukan keberanian dan tumpuan 100 peratus terhadap aspek
keselamatan sebelum memanjat tebing bukit berbatu kapur.

Begitu pun katanya, pergerakan dan aspek teknikal sukan lasak ini tidaklah sesukar
mana kerana pendaki hanya perlu memanjat setinggi mana yang mampu.

Ketika memanjat, pendaki hanya perlu bergerak mencari permukaan yang


membolehkan mereka mengimbangi badan sekali gus naik sedikit demi sedikit ke
atas puncak bukit berkenaan.

SESUAI SEMUA GOLONGAN

Sukan lasak sebenarnya boleh diceburi semua orang termasuklah mereka yang
berbadan gempal.

Mohd Danish Ikram, 29 yang begitu meminati sukan go-kart berkata dia tidak berasa
tergugat untuk membabitkan diri dalam sukan itu walaupun bentuk fizikalnya agak
besar.

“Ia bukan halangan untuk saya mencuba sukan ini. Tambahan pula, saya memang
meminati sukan lumba kereta. Jika diberi peluang, saya teringin beraksi di litar go-
kart Litar Antarabangsa Sepang,” katanya yang meminati juara dunia go-kart seperti
Fernando Alonso, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel.

Penggemar sukan lasak pastinya tidak melepaskan peluang mengunjungi Adventure


World Expo 2012 (AWE 2012) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam
(SACC) baru-baru ini.

Pameran yang dikenali sebagai AWE 2012 itu mengumpulkan 36 peserta yang
menjadi pemain utama industri tersebut di Malaysia dan kira-kira 100 peserta
mempamerkan produk terkini berkaitan pengembaraan dan perkhidmatan seperti
berbasikal, sukan laut, sukan air, sukan bermotor, penerokaan gua dan memancing.

234
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Selain produk pengembaraan, ekspo berkenaan juga mengetengahkan pelbagai


produk terbaru untuk yang meminati sukan lasak. Produk seperti aksesori, peralatan
untuk semua kegiatan gaya hidup luar dan destinasi pelancongan yang menawarkan
aktiviti sukan lasak didedahkan kepada pengunjung.

Peserta pameran, Sofian Syahabuddin berkata, ekspo sebegini banyak membantu


penggemar sukan lasak mendapatkan info.

“Misalnya maklumat berkaitan sukan berbasikal lasak. Ramai yang tidak tahu sukan
ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta disiplin yang tinggi. Pengunjung
diberi maklumat menarik berkaitan aktiviti berbasikal lasak seperti mountain bike.
Sekurangnya-kurangnya, mereka yang tidak menggemari sukan ini akan teruja
untuk menyertai setelah tahu selok-belok cabaran dan pahit getir yang akan dilalui,”
katanya.

ROCK CLIMBING PILIHAN RAMAI

Sepanjang berlangsungnya ekspo berkenaan, pelbagai aktiviti disediakan buat


pengunjung yang datang. Aktiviti sukan seperti rock climbing, memanah, skuba,
pameran basikal BMX dan paintball mendapat perhatian orang ramai.

Paling menguja apabila melihat sukan rock climbing mendapat sambutan hangat
kalangan pengunjung. Keseronokan jelas kelihatan apabila melihat seorang demi
seorang berjaya melepasi halangan yang disediakan. Kebanyakan pendaki
berhadapan cabaran ketika memanjat. Tetapi apabila menuruni permukaan batu
tersebut, tidaklah sesukar seperti ketika mendaki.

Penulis melihat pendaki mampu turun ke bawah dengan melakukan aksi seperti
abseiling ataupun hanya lepaskan tangan dan peserta yang menjaga belayer akan
menurunkan pendaki secara perlahan-lahan. Rata-ratanya melahirkan keseronokan
dan berhasrat mahu menyertai rock climbing secara realiti jika diberi peluang.

Justeru, pada mereka yang memasang hasrat itu, jangan lupa peralatan seperti tali
camental, hanest, figure-eight, karabiner dan quickdraw yang merupakan peralatan
asas penting perlu dibawa dalam melakukan aktiviti memanjat permukaan batu.

Kelengkapan lain yang diperlukan seperti bekalan air yang mencukupi, baju dan
seluar yang ringan serta kasut untuk mendaki.

235
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 4

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/224-jenis-jenis-
sukan/933-permainan-sukan-dalaman-indoor-games.html

PERMAINAN SUKAN DALAMAN (INDOOR GAMES)

FUTSAL
Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA
(Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada
Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya
membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain,
termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain
gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah
menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara
mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk
pasukan lima-sebelah.

Futsal

GIMNASTIK
Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan
teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia
di dalam lingkungan belasan tahun.

Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun
berpasukan.Dari segi pemarkahan pula,ianya adalah subjektif di mana jumlah
markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.

Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin
Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa
terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah
pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas
berirama berpasukan.

236
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama
Negara. Antara nama –nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar
yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik maiden, renang yang mana
merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia
Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.

Salah satu aksi menarik dalam sukan gimnastik

RENANG
Seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di
dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta
acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara
individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.

Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah
merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu
renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang
pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

Nurul Huda memenangi acara renang pada Sukan SEA 1989.

237
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

SKUASY
Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama
Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain
perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan
dalam beberapa set.

Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya
Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia
setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya
ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka
British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan
Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth
Low.

Nicol Ann David melangkah penuh bergaya dalam set setiap perlawanan skuasy.

BOWLING
Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Sukan ini
boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang
terdiri daripada empat dan tiga orang(trio).

Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlit-
atlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan
antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling
manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di
Busan.Tokoh di dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah
pun diasuh semenjak kecil lagi.

238
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Bowling

BADMINTON
Selain daripada bolasepak,sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan
yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita. Boleh
dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-
nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.

Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan
empat orang bagi permainan beregu.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan
“umpire”.Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di
namakan penjaga garisan.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15,manakala bagi
acara perempuan pula ialah 11 mata.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu
“deuce”.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set
ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set.

Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak
dahulu lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di
dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan
Asia dan juga Sukan Sea.

Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik Sidek
iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang
pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz
Hashim.

239
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Badminton

PING PONG
Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada awalnya
sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong.

Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar


Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Tidak lama
kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang
lain.

Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an, kemudian
China juga menyertainya. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu
sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti
Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan.

Ping pong permainan yang memerlukan stamina yang kuat

240
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

FOOTBALL
Ia mengandungi 8 rod dan pepatung table soccer dengan sebiji bola bersama-sama
dengan beberapa pemegang. Terdapat dua gol di kedua-dua penamat. Setiap
pemain menggunakan pemegang yang disediakan untuk menggerakkan
“orang/pemain” dan cuba untuk menjaringkan goal yang terletak dipihak lawan.

BOLA KERANJANG
Bola Keranjang merupakan sukan yang popular masakini. Ianya merupakan sukan
dimana dua pasukan yang mengandungi lima pemain dalam satu pasukan cuba
mendapatkan mata dengan memasukkan bola ke dalam jaring lawan masing-
masing.

Disruptive physical contact (foul) adalah tidak dibenarkan dan terdapat beberapa
peraturan yang mesti dipatuhi dalam penghantaran bola kepada rakan sepasukan
(violations). Bola keranjang telah berkembang kepada pengunaan teknik shooting,
penghantaran, dribbling dan sebagainya.

KAROM
Karom merupakan salah satu sukan “tabletop”. Ianya sesuai dimainkan tatkala
berada dirumah dan sesuai kepada peringkat umur kanak-kanak hinggalah kepada
peringkat dewasa. Ianya amat mudah untuk dimainkan. Permainan ini dimainkan
diatas sekeping papan lacquered yang biasanya berukuran 29 inci persegi. Tujuan
permainan ini adalah untuk memasukkan sembilan “carrommen” kedalam lawan
masing-masing.

DART
Dart ialah sejenis permainan yang telah wujud sejak lama dahulu. Ia merupakan
permainan yang popular yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan “nasib”.
Dart berasal dari Longbow, England. Set-up papan dart ini agak mudah, tetapi
peraturannya agak ketat supaya keselarasan boleh di buat dengan lebih
terperinci. Keselamatan adalah penting dalam permainan darts kerana ianya boleh
merbahayakan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

BILLIARDS
Billiards/Pool merupakan sukan indoor yang dimainkan diatas meja menggunakan
sebatang kayu atau cue stick. Ianya digunakan untuk menggerakkan bola
disekeliling meja tersebut dan dimasukkan kedalam lubang-lubang yang disediakan
untuk memperolehi mata yang tertentu.

Billiard berasal daripada perkataan Perancis “billart” yang bermaksud kayu, secara
praktikalnya sama dengan sukan golf. Pool datang dari perkataan poolrooms
dimana orang-orang berjudi secara “off- trek” dalam lumba kuda. Oleh kerana
biasanya “rooms” yang digunakan menggunakan meja billiards, maka pool menjadi
sinonim dengan billiard. Kini istilah pool and billiard pocket digunakan secara
meluas dan ianya merujuk kepada perkara yang sama.

241
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

PETA BUIH BERGANDA

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SUKAN DALAMAN DENGAN SUKAN LASAK

242
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 5

Apakah akan berlaku kepada


sukan lasak pada masa
hadapan?

243
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

244
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3

TEMA SUKAN DAN REKREASI


TAJUK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat

i. Mengimbas dan mengenal pasti fungsi brosur


ii. berdasarkan gambar.
OBJEKTIF ii Mengintegrasi dan menjana inferens untuk menyenaraikan
ciri-ciri brosur yang baik .
iii. Membuat refleksi terhadap penganjuran karnival sukan
untuk menghasilkan brosur sukan peringkat sekolah.

i. Teknik Bacaan : CHATT


STRATEGI / ii. KBAT : Mengaplikasi, dan mencipta
PENDEKATAN
ABD 21 iii. Nilai: Bertanggungjawab

iv. Strategi P&P: Pembelajaran Konstruktivisme


i. Komputer / Internet – Laman Web
MEDIA ii. Petikan
iii. Lembaran Kerja
SITUASI Awam
FORMAT TEKS Teks berurutan
JENIS TEKS Keperihalan
PROSES Mengintegrasi dan menjana inferens
KOGNITIF Merefleksi kandungan dan bentuk

245
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

TIVITI CATATAN

Murid melihat contoh brosur dan menyatakan empat LAMPIRAN 1


fungsi brosur . Contoh brosur

LAMPIRAN 2
* Lembaran kerja

LANGKAH 1

a. Menyenaraikan lima ciri brosur yang baik LAMPIRAN 3


menggunakan borang pengurusan grafik. Lembaran kerja
b. Wakil murid membentangkan hasil tugasan.

LANGKAH 2 LAMPIRAN 4

a. Berdasarkan contoh brosur dan manual http://solehahrazak.blogspot.m


penghasilan brosur, ( Lampiran 3) cipta satu y/2012/12/refleksi-minggu-ke-
brosur sempena hari sukan di sekolah anda . 11.html

LANGKAH 3 LAMPIRAN 5

a. Murid membuat refleksi tentang brosur yang Borang Penilaian Brosur


dihasilkan dan rumusan tentang kepentingan
sukan kepada murid.

b. Murid-murid membuat penilaian tentang hasil


pembentangan kumpulan setiap kumpulan
menggunakan Borang Penilaian (Lampiran 5 )

LAMPIRAN 1

246
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

247
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

248
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 2

FUNGSI
BROSUR

LAMPIRAN 3

CIRI-CIRI BROSUR

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAMPIRAN 4
249
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Cara Membuat Brosur


Assalamualaikum semua,pada minggu ini Puan Nor Hafizah sudah kembali ke kelas
kami.Tetapi hari ini saya lewat hadir ke kelas,jam 8.10 baru saya sampai.Tetapi itu
tidak menyebabkan saya ketingglan apa yang telah ditunjuk oleh Puan di hadapan
slide sebab tunjuk ajar Puan baru dimulakan.Mingu ini Pn.Nor Hafizah menerangkan
kepada kami tentang penyuntingan grafik menggunakan PAINT,OPEN OFFICE
DRAW(OSS) dan Pn juga mengarahkan kami menerokainya sendiri kerana dengan
menerokainya sendiri,kami akan lebih memahami.

Satu tugasan pada minggu ini ialah kami perlu mencipta Brosur dan Booklet.
Bronsur dan Booklet tersebut kami perlu cipta berdasarkan tugasan kami yang
lepas iaitu saya dan pasangan saya telah buat yang bertajuk kemahiran abad ke-21
menggunakan MICROSOFT PUBLISHER.

Sebelum mengetahui cara-cara membuat Bronsur,terlebih dahulu saya akan


kongsikan Apa itu Brosur?????.Brosur adalah sejenis risalah.Ia juga satu cebisan
pengiklanan yang sentiasa digunakan terutama dalam memperkenalkan
syarikat,organisasi dan menyampaikan maklumattentang isu-isu
tertentu.Brosur berfungsi sebagai untuk menghebahkan tentang sesuatu produk
atau maklumat kepada orang lain(masyarakat).Risalah ini diedarkan melalui
pos,mengedarkannya sendiri dan meletakkannya di rak risalah mana-mana tempat
sekalipun.

Cara membuat BROSUR menggunakan MICROSOFT PUBLISHER adalah seperti


di bawah:

1.Buka MICROSOFT PUBLISHER

2.Setelah aplikasi sudah dibuka,skrin komputer kan memaparkan gambar seperti di


bawah dan anda hendaklah memilih BROSUR untuk meneruskannya.

3.Seterusnya pilih DESIGN yang anda suka mengikut kesesuaian brosur.Contoh


dibawah adalahDESIGN BUBBLE.

250
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

4.Seterusnya,anda hendaklah DELETE gambar yang tidak diperlukan dalam


bronsur anda,dan masukkan gambar atau aplikasi yang anda mahu letakkan dalam
bronsur anda.Contoh LOGO.

5.Setelah itu.masukkan maklumat yang anda mahu seperti tajuk


program,penaja,tarikh,hari,jenis aktiviti dan lain-lain.

Ini adalah contoh brosur yang saya & Siti Nur Qudsiyah hasilkan

251
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

LAMPIRAN 5

RUBRIK PENILAIAN BROSUR

ASPEK LEMAH (0-5) SEDERHANA (6-8) CEMERLANG(9-10)

Kreativiti Kurang kreatif dan Mempunyai kekreatifan dan Mempunyai kekreatifan dan
dan keaslian mengambil daripada keaslian keaslian serta mampu menarik
sumber lain (plagiat) perhatian umum.

Fungsi Reka bentuk dan Rekabentuk dan Rekabentuk dan

paparan yang salah paparan brosur yang paparan brosur

betul tetapi kurang kelihatan seperti

menarik. brosur yang sebenar.

Tatabahasa Penggunaan Penggunaan Penggunaan

tatabahasa dan ejaan tatabahasa dan ejaan tatabahasa dan ejaan

yang lemah yang baik tetapi masih yang baik, jelas dan

perlu diperbaiki. tidak mengandungi

kesalahan.

Ilustrasi Menggunakan ilustrasi Menggunakan ilustrasi Menggunakan

yang sedikit atau tiada sekadar mencukupi ilustrasi yang

langsung ilustrasi. syarat pelbagai, menarik dan

sesuai.

KREATIVITI

252
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

KUMPULAN DAN KEASLIAN FUNGSI TATABAHASA ILUSTRASI

KUMPULAN A

KUMPULAN B

KUMPULAN C

KUMPULAN D

KUMPULAN E

253
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

254
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 20 : SUKAN

Tema : Sukan dan Rekreasi

Situasi :

Kebanyakan negara yang sedang bergolak, menyaksikan golongan kanak-kanak


berada dalam keadaan gangguan emosi dan trauma. Anda berhasrat untuk
membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa peperangan tersebut
melalui penyertaan dalam misi bantuan kemanusiaan. Dalam misi kemanusiaan
tersebut, anda ingin memperkenalkan sukan rakyat sebagai wadah mengembalikan
keceriaan kepada kanak-kanak di samping mengetengahkan khazanah silam
kepada masyarakat sejagat.

Bentuk tugasan : Berkumpulan (4-5 orang)


Arahan tugasan
Kumpulkan maklumat berikut
a) Kenal pasti jenis sukan rakyat yang ingin diketengahkan
b) Kumpulkan maklumat tersebut dari segi
i. Asal usul
ii. Teknik dan cara permainan dijalankan
iii. Keistimewaan dan kelebihan sukan rakyat yang dipilih
iv. Cara-cara untuk memastikan sukan rakyat ini dapat
mengembalikan keceriaan kanak-kanak di negara bergolak
v. Cadangkan inovasi yang perlu dilakukan terhadap alatan sukan
rakyat ini supaya menjadi aktiviti rekreasi masyarakat
antarabangsa

Cadangan Jangka masa kajian : 2 (DUA) minggu

255

Anda mungkin juga menyukai