Anda di halaman 1dari 4

PERANAN INDIVIDU

Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka
benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka .

PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka
mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .

PERANAN GURU
Setiap masa, para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah.
PERANAN PEMIMPIN MASYARAKAT

Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota
masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi dadah . Hanya pemimpin
yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah .

PERANAN MAJIKAN

Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap
pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah.

PERANAN PEKERJA

Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian
air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah.
PERANAN BELIA

Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin Negara pada
masa depan. Oleh itu, mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini.

PERANAN MEDIA MASSA

Pihak media berperanan untuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah
memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati
oleh pelbagai lapisan pembaca.
t
PERANAN PERTUBUHAN SUKARELA

Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk generasi tanpa dadah perlu menyumbangkan
masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk mencapai misi ini. Mereka perlu bersedia untuk
menempuhi segala apa cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat
untuk dilakukan.

PERANAN PELAJAR
Para pelajar menguatkan diri mereka untuk melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan
diri mereka dengan penyalahgunaan dadah. Slogan ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu
pegangan hidup kepada para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai