Anda di halaman 1dari 5

4.

Organisasi/ Pertubuhan (bukan kerajaan dan kerajaan) Pulau Pinang sebagai subjek kajian: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia PEMADAM

4.1 Pengenalan

PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH.

Misi : a) Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama b) Kita perangi dadah habis-habisan

Visi : Negara Bebas Dadah 2015

4.2 Peranan dan Tanggungjawab

4.2.1 Peranan PEMADAM (i) Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan. (ii) Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus. (iii) Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling. (iv) Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

4.2.2 Tanggungjawab PEMADAM (i) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. (ii) Membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN. (iii) Menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. (iv) Melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. 4.3 Pegangan nilai nilai murni (i) Kerjasama usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat (ii) Murah hati sedia memberikan bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan (iii)Peka terhadap isu sosial dan masyarakat Sentiasa sedar, mengambil berat dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan masyarakat demi kebaikan bersama (iv) Sayang kepada nyawa menghargai makhluk yang bernyawa (v) Kasih sayang perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam lahir dari hati yang suci terhadap seseorang

4.4 Sumbangan / jasa 4.4.1 PELAN BERTINDAK 5 TAHUN PEMADAM telah melaksanakan Pelan Bertindak 5 Tahun PEMADAM pada 18 22 Januari 2002 di Kota Kinabalu Sabah. Oleh itu satu usaha bersepadu untuk menjayakan Kempen Kesedaran Anti Dadah yang berterusan dan seterusnya mewujudkan perasaan gentingnya keadaan yang memerlukan tindakan segera (sense of urgency) untuk mencapai : (i) Keluarga bebas dadah (ii) Sekolah bebas dadah (iii)Tempat kerja bebas dadah (iv) Komuniti bebas dadah

4.4.2 CERAMAH CO-DEPENDENCY DALAM PROGRAM PEMADAM Pada 7 Julai 2007 bertempat di Hotel Putra Jalan Tun Razak, PEMADAM Setiawangsa telah menganjurkan program Penglibatan Ibubapa Dalam Pendidikan Pencegahan Dadah dan Kursus Orentasi Ahli Baru. Untuk menjayakan program tersebut, pihak PENGASIH telah dijemput untuk memberikan ceramah bagi memberi kesedaran dan maklumat kepada para ahli PEMADAM mengenai permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Ceramah bertajuk co-dependency telah disampaikan oleh YDP, Tuan Haji Mohd Yunus Pathi dalam membantu ibubapa dan keluarga memahami bahawa permasalahan dadah bukan sekadar masalah penagih tetapi ianya melibatkan keseluruhan ahli dalam keluarga tersebut.

4.4.3 SEMINAR JARINGAN KERJASAMA ANTARA BADAN - BADAN NGO DI MALAYSIA DENGAN PEMADAM 23 JAN 2007 Demi mencapai matlamat Negara Bebas Dadah 2015, PEMADAM Kebangsaan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar Jaringan Kerjasama antara Badan NGOs dengan PEMADAM. Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 23 Januari bertempat di Dewan Ibu

Pejabat Pemadam Kebangsaan yang mengambil masa hanya satu hari bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Seramai kira-kira hampir 70 peserta daripada 35 badanbadan NGOs telah hadir memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan PEMADAM. Program ini dilihat boleh memberikan impak positif kepada PEMADAM dengan adanya kerjasama dan matlamat yang ingin dikongsi dan digembeleng bersama dengan badan badan NGOs lain yang sudi bekerjasama. Terdapat beberapa pengisian yang telah dirancang dan dianjurkan dengan jayanya hasil kerjasama semua jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada tenaga kerja PEMADAM Kebangsaan. OBJEKTIF: (i) Memberi pendedahan dan maklumat mengenai peranan PEMADAM sebagai badan NGOs, dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan dadah. (ii) Memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai dadah semasa. (iii) Membina dan memperkasakan jaringan kerjasama dengan badanbadan NGO untuk bersama-sama mengambil peranan bagi mengatasi masalah dadah ini. MATLAMAT: Mewujudkan satu rangkaian kerjasama kolektif antara PEMADAM dan Badan NGO dalam usaha menangani masalah dadah di dalam negara. 4.5 Cara mengatasi isu isu moral setempat PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi " a household name ". Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas membantu kerajaan memerangi DADAHMusuh Utama Negara. Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat dengan beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian

Penerangan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini. Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Pelbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan. PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa, seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga bengkel bengkel IT bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi informasi ini. Walaupun PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan pemulihan, namun PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orangorang yang terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu, PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada ahli-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau "silent sufferers ".

Anda mungkin juga menyukai