Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN ROKET AIR


SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH PAPAR 2019

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Roket Air ini merupakan satu aktiviti STEM yang memperkenalkan
teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti
dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah menengah mengenai ilmu sains
angkasa, teori-teori dalam kejuruteraan fizikal dan memupuk minat murid dalam mata
pelajaran sains dan teknologi.

1.1 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA kategori iaitu :


10.1.1 Kategori RS1 – Sasaran (Target)
10.1.2 Kategori RS2 – Payung Terjun Berbeban (Payload)

1.2 Sasaran pertandingan ini ialah murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sekolah
menengah bantuan kerajaan persekutuan.

2.0 OBJEKTIF
Matlamat pertandingan ini adalah untuk :
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah
dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
2.2 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains berunsurkan STEM
2.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran STEM murid yang merangkumi kemahiran
komunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan
masalah secara berkumpulan.
2.4 Menanam minat kepada murid sekolah menengah untuk menyambung pelajaran
dalam bidang berkaitan STEM.
2.5 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berunsurkan
Inovasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN


3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah
(Tingkatan 1 hingga 5 sahaja) yang belajar di sekolah menengah bantuan
kerajaan persekutuan. Sekolah bantuan kerajaan negeri dan swasta dibenarkan
menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri (sahaja) atas dasar
jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah tersebut.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang
peserta dengan seorang guru pembimbing.

3.4 Penyertaan adalah secara berpasukan dari sekolah yang sama.

35
4.0 KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA kategori seperti berikut:
i. Kategori RS1 – Sasaran (Target)
ii. Kategori RS2 – Payung Terjun Berbeban (Payload)

4.2 Setiap pasukan wajib mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori RS1 dan
RS2 sebagai syarat penentuan pemenang kejohanan.

4.3 Johan keseluruhan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperolehi


daripada kategori-kategori seperti berikut:
i. Kategori RS1 – 60 %
ii. Kategori RS2 – 40 %

4.4 Kaedah dilaksanakan


i. Hari pertama :
Sesi 1 : Pemasangan Beban pada Roket
Sesi 2 : Pelancaran Roket – Sasaran
Sesi 3 : Pelancaran Roket – Payung Terjun Berbeban

5.0 PROSEDUR

5.1 Kategori Sasaran (Target)


5.1.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada
sasaran yang ditetapkan.

5.1.2 Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan dalam julat 80m hingga
100m. Walau bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak
menentukan jarak yang akan dipertandingkan secara undian.

5.1.3 Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan
perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara
dan sudut roket.

5.1.4 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.

5.1.5 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
Tempoh persediaan untuk pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit.

5.1.6 Jarak roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan diukur dan markah akan
ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye). Ukuran
diambil berdasarkan tempat jatuhan pertama komponen utama roket.

5.1.7 Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap gagal.

36
5.1.8 Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah johan
keseluruhan.

5.1.9 Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran,
percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).

Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.

80 – 100 m

5.2 Kategori Payung Terjun Berbeban (Payload)

5.2.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung
terjun beserta beban yang ditentukan pihak penganjur.

5.2.2 Catatan masa payung terjun bersama beban di udara akan dicatat.

5.2.3 Payung terjun dan beban mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama
roket air. Sila rujuk Model Roket Air / Komponen Utama Roket Air.

5.2.4 Beban mesti jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi tanpa
rosak/pecah di zon pendaratan yang ditetapkan.

5.2.5 Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol
dan tekanan udara.

5.2.6 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.

5.2.7 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.

5.2.8 Masa pendaratan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya:

5.2.8.1 Jatuh ke permukaan tanah; atau


5.2.8.2 Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
5.2.8.3 Hilang daripada pandangan para hakim; atau
5.2.8.4 Berada di udara melebihi 15 minit.

37
5.2.9 Penilaian adalah berdasarkan 3 aspek:
5.2.9.1 Masa
a. Masa payung terjun bersama beban berada di udara
selepas pelancaran.
b. Markah tertinggi akan diberikan kepada catatan masa yang paling
lama berada di udara.

5.2.9.2 Pendaratan
a. Payung terjun bersama beban jatuh dalam zon pendaratan yang
telah ditetapkan.

5.2.9.3 Fizikal Beban


a. Beban berada dalam keadaan yang baik selepas pendaratan.

6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Bahan dan Peralatan

6.1.1 Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan bahan utama
pembinaan sebuah model roket air.

6.1.2 Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar
roket yang disediakan oleh penganjur sahaja.

6.2 Model roket air yang SUDAH SIAP DIBINA dibawa semsa pertandingan mengikut senarai
bahan dan peralatan yang dibenarkan seperti dalam jadual di bawah.

1 Kertas putih
2 PVC sheet
3 Clear binding cover (A4)
4 Straw board / Corrugated board A4
5 Beg plastik sampah
6 Benang
7 Alat Penimbang
8 Beban
9 Straw
10 Botol Plastik Minuman Berkarbonat 1.5 liter
11 Plastisin
12 Pensil/pen
13 Marker pen
14 Pembaris
15 Gunting
16 Pen-knife (NT Cutter)
17 Celulose tape
18 Masking tape
19 Binding tape
20 Double-sided tape
21 Gelang getah
22 One hole punch
23 Reinforcement ring
24 Cutting matt
25 Bedak

6.3 Penganjur berhak mengubah senarai bahan yang ditetapkan mengikut keperluan
dan kepentingan pertandingan.

6.4 Peserta boleh menggunakan bahan dan peralatan lain yang tidak disediakan
dengan syarat mendapat kebenaran penganjur terlebih dahulu.

6.5 Pembinaan
6.5.1 Spesifikasi Model Roket Air
6.5.2 Setiap model roket air bagi kedua-dua kategori harus dibina lebih awal
sebelum hari pertandingan (dibina di sekolah).

6.5.3 Setiap komponen utama model roket air perlu dibina dengan
menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter.

6.5.4 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan
air dan udara sahaja.

6.5.5 Semua roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang
disediakan oleh pihak penganjur.

6.5.6 Setiap pasukan dinasihatkan membina model roket air seperti bilangan
berikut:
a) Kategori Sasaran – dua roket sahaja
b) Kategori Payung Terjun Berbeban – dua roket sahaja

6.5.7 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada


perubahan semasa tanpa notis awal.

6.5.8 Pihak penganjur tidak menyediakan ‘rocket stand’. Kerosakan roket semasa
pertandingan adalah tanggungjawab peserta.

6.5.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori


pertandingan.

6.6 Penglibatan

6.6.1 Hanya 2 orang peserta yang terlibat dalam pembinaan dan pelancaran
rocket.
7.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

7.1 7.1.1 Sasaran (60%)


Markah diberikan berdasarkan jarak terdekat jatuhan roket di dalam zon
sasaran berdasarkan jadual dibawah.

Kedudukan Markah
1 60
2 53
3 47
4 42
5 38
6 35
7 33
8 31
9 30
10 29
seterusnya berkurang 1 markah

*roket yang mendarat di luar zon sasaran adalah gagal dan markah ‘ 0 ’ diberikan.

7.1.2 Payung Terjun Berbeban (Payload) (40%)


7.1.2.1 Markah (masa pendaratan)

Kedudukan Markah
1 25
2 20
3 16
4 13
5 11
6 10
7 9
8 8
9 7
10 6
11 5
12 4
13 3
14 2
15 1
16 1

7.1.2.2 Keadaan Fizikal Beban

Keadaan fizikal beban Markah


Baik 8
Rosak/pecah/retak 0
7.1.2.3 Jatuhan Payung Dan Beban

Kedudukan jatuhan beban Markah


Dalam zon 7
Di luar zon 0

7.2 Kategori Pemenang

7.2.1 Pemenang diberikan untuk tempat pertama hingga ketiga, berdasarkan:


i. Kategori Sasaran Terbaik
ii. Kategori Payung Terjun Berbeban Terbaik
iii. Kategori Keseluruhan

7.2.2 Keputusan hakim adalah muktamad

8.0 TENTATIF PERTANDINGAN

HARI KEDUA (19 Jun 2019)


MASA ACARA
7.30 – 8.30 am Pendaftaran
8.30 - 9.00 am Taklimat Pertandingan Roket Air (SM)
9.00 am – 12.30 pm Pertandingan bermula (sasaran dan payung terjun)
12.30 – 1.00 pm Rumusan Hakim dan Pengumuman Keputusan

Anda mungkin juga menyukai