Anda di halaman 1dari 3

PELAN OPERASI TAHUN 2017

SEKTOR : PENGURUSAN HEM


SUB-UNIT : DISIPLIN

PELAN OPERASI

Nama Projek: Program Sekolah Selamat

1.0 Pendahuluan

Bagi mencapai matlamat sekolah berada dalam situasi yang berkesan


dengan konsep Sekolah Berwatak, pelajar-pelajar perlu dididik dan diasuh bukan
sahaja supaya mencapai kecemerlangan dari aspek keilmuan, keintelektualan dan
malahan pendedahan berkaiatan dengan bidang pengetahuan luar juga perlu dititik
beratkan terutama terhadap aspek keselamatan diri dan keluaraga serta
masyarakat..

Sehubungan dengan itu usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan


dari aspek kawalan dan peningkatan disiplin serta tingkahlaku yang baik
pengetahuan aspek keselamatan perlu didedahkan di kalangan pelajar perlu
dirancang dan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Disiplin dan tingkahlaku yang baik
bukan sahaja merupakan syarat utama untuk membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna, lancar dan berkesan, malah juga
dari aspek keselamatan pergi dan balik dari sekolah amat perlu diberikan perhatian.

2.0 Matlamat

Menambahkan pengetahuan murid tentang aspek keselamatan di sekolah

dan ketika di jalan raya. Memberikan pendedahan yang cukup berguna sampai bila-

bila ketika menggunakan jalan raya dan memperkenalkan seorang tokoh terkenal

En. Sharul Yuzi sebagai ikon dalam perlumbaan motorsikal terkenal di negara ini..

.
3.0 Objektif

Pengurusan HEM (Unit Disiplin) tahun 2017 Sekolah Menengah


Kebangsaan Layang-Layang Kiri melaksanakan program atau aktiviti bagi
memberikan motivasi disamping menangani masalah kemalangan jalan raya yang
sering berlaku melibatkan murid sekolah ini dan menanam minat belajar di kalangan
mereka. Berikut merupakan objektif perancangan tersebut;

a. Mengujudkan suasana sifar kemalangan ketika pergi dan balik sekolah dan
membekalkan suasana persekolahan yang kondusif untuk pembelajaran di
mana para pelajar suka datang dan sayangkan sekolah, rakan pelajar, guru
dan warga sekolah yang lain.

b. Melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan mempunyai harga diri dalam
masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan serta cemerlang
pencapaiannya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

c. Melahirkan pelajar yang sentiasa patuh dan taat kepada ajaran agama,
mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati
prinsip-prinsip Rukun Negara, mematuhi semua peraturan sekolah, asrama
dan undang-undang negara.

d. Melahirkan pelajar yang penyayang, bermatlamat yang jelas dan dapat

memimpin diri sendiri di masa hadapan.

e. Memenuhi tanggung jawab untuk menyumbang kepada matlamat untuk


melahirkan masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu,
demokratik, adil, libral dan progresif.
PELAN OPERASI TAHUN 2017
SEKTOR : PENGURUSAN HEM
SUB-UNIT : DISIPLIN

PELAN OPERASI 6
Nama Projek : Program Sekolah Selamat
Rasional : Meningkatkan pengetahuan murid tentang aspek keselamatan di sekolah dan di jalan raya.
Objektif : Menambahkan pengetahuan murid tentang aspek keselamatan di sekolah, dan di jalan raya.
Tarikh Pelaksanaan : Sepanjang Tahun
Sasaran : Semua murid
Sumber Kewangan : PIBG, PCG Kaunseling

BIL PROGRAM / PROJEK TANGGUNGJAWAB TEMPOH PELAN KOTEGENSI

1 1.1 Mesyuarat Penyelarasan GPK HEM


1.2 Menetapkan tarikh, masa dan tempat program Guru Kaunseling 1 hari
1.3 Membincangkan aktiviti, kos dan sumber Guru Disiplin
AJK Keselamatan Murid

1 minggu
2 Penyediaan kertas kerja/cadangan Setiausaha

1 hari
3 Kebenaran dan pengesahan Tuan Pengetua Tuan Pengetua

4 Penyediaan tentatif dan menghubungi Setiausaha


1 minggu
penceramah Penyelaras Program
Membuat persediaan pelaksanaan Program

1 hari
5 Taklimat kepada pelaksana program Penyelaras

1 hari
6 Pelaksanaan program AJK Pelaksana

7 Penyediaan laporan dan dokumentasi Setiausaha 1 minggu

8 Tindakan susulan Guru Kaunseling, AJK Sepanjang


Keselamatan Murid, Guru tahun
Disiplin

Anda mungkin juga menyukai