Anda di halaman 1dari 1

Pada bulan November 2018, Google For Startups event telah diadakan di Berlin.

Salah
satu konsep yang dipentingkan dalam event ini ialah Humanising Technology, ataupun
dikenali sebagai Konsep Menginsankan Sains dan Teknologi.

Konsep ini bertujuan untuk menghasilkan remaja yang dapat membudayakan sains dan
teknologi dan menukar pandangan remaja terhadap sains dan teknologi yang
beranggapan sains iatu ilmu atau bidang yang sukar kepada sains merupakan ilmu yang
oenting dan dapat dikuasai dengan mudah yang memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seharian. Konsep ini juga bertujuan untuk melahirkan rakyat yang
berfikiran sainstifik dan progresif yang selaras dengan objektif Wawasan 2020.

Dengan matlamat untuk meningkatkan penghayatan dalam bidang inovasi dan


keusahawanan, konsep menginsankan sains dan teknologi amat dipentingkan oleh
kerajaan pelbagai negara terutamanya kerajaan Malayisia. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan langkah seperti sistem pendidikan Malaysia yang mementingkan
kemahiran fikiran kreatif melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Bagi penggubalan dasar pula, dasar sains, teknologi dan inovasi negara menjadi
salah satu dasar yang selaras dengan konsep menginsankan sains dan teknologi yang
dipantau oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Penggalakan secara
berterusan ke arah penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi
turut menjadi matlamat yang paling penting dalam dasar ini. Berdasarkan slide
kuliah, terdapat 6 teras strategik yang penting dalam dasar ini.

Anda mungkin juga menyukai