Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA AL-IRSHAD
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

KERTAS KERJA
MALAM SIMPULAN MAHABBAH RASUL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD
SEKOLAH BERPRESTIJ TINGGI

TARIKH
13 JUN 2020

TEMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD

ANJURAN
BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)
BADAN KEPIMPINAN ASRAMA (BKA)
BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS (BKP)

DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

TEMA
“Insan berselawat, Insan penuh rahmat”
KERTAS KERJA
MALAM SIMPULAN MAHABBAH RASUL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan kerjasama serta bantuan kewangan
bagi mengadakan Malam Simpulan Mahabbah Rasul.

2.0 PENDAHULUAN

Malam Simpulan Mahabbah Rasul merupakan program yang berkonsepkan islamik yang
mengajak para muslimin dan muslimat untuk beselawat dengan kaedah yang lebih
interaktif. Selain itu, menggalakkan pelajar dan seluruh warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Al-Irshad untuk sentiasa berselawat dan mengingati Nabi Muhammad
SAW. Terdapat kelainan pada program kali ini yang mana selawat akan diadakan dalam
bentuk konsert serta diselangi dengan penyampaian tazkirah dan tausiah supaya golongan
pelajar terpanggil untuk berselawat secara beramai-ramai bagi memuji dan mengingati Nabi
Muhammad SAW.

"Insan berselawat, Insan penuh rahmat" menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk
menarik golongan pelajar bagi meraih cinta Allah dan sesiapa sahaja yang ingin merasakan
kemanisan iman.

Malam Simpulan Mahabbah Rasul juga merupakan program yang bernaung di bawah
Karnival Kokurikulum SMKA Al-Irshad ‘20 yang juga merupakan satu salah satu program
tahunan bagi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk merapatkan ukhwah antara warga
sekolah dan tidak lupa juga turut menjadi pemantap kekuatan rohani dan sahsiah bagi
seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad.
3.0 MISI

Menjadikan program ini sebagai salah satu landasan mendekatkan kita dengan Allah dan
Rasulullah S.A.W walaupun berada di dalam sebuah konsert. Malah dapat memperkenalkan
hiburan baru yang berunsur islamik dengan berselawat.

4.0 MATLAMAT

Mengeratkan hubungan antara warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad di


samping melatih para pelajar untuk menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan
kerja agar dapat membentuk insan yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan
sebagai seorang profesional yang berketrampilan. Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar
juga memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam mengembangkan potensi dan
sahsiah diri.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengeratkan ukhuwah sesama ummah.


5.2 Menerapkan dalam diri setiap ummah bahawa keimanan itu penting dalam
pembentukan diri.
5.3 Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat islam yang dinamik dan
progresif yang mencari keredhaan Ilahi.
5.4 Menerapkan nilai kecintaan kepada Rasulullah SAW.

6.0 TEMA

“Insan berselawat, Insan penuh rahmat”

7.0 ANJURAN

Badan Dakwah dan Rohani, Badan Kepimpinan Asrama, Badan Kepimpinan Pengawas serta
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad.
8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 13 Jun 2020 (Sabtu)

Masa : 6.00 petang - 11.30 malam

9.0 TEMPAT

Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad

10.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan secara meluas melalui iklan media massa dan kain rentang
(“banner”) di kawasan SMKA Al-Irshad, sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas. Golongan
sasaran adalah semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad dan
penduduk sekitar Pokok Sena.

11.0 CADANGAN TETAMU JEMPUTAN

11.1 Jemputan Penceramah Dan Artis


PENCERAMAH
Ustaz Neezam Mohd Ariffin Al-Banjari
Ustaz Don Danial Don Biyajid
KUMPULAN NASYID DAN QASIDAH
Fattabiouni

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Petugas MALAM SIMPULAN MAHABBAH RASUL : 25 orang


Jumlah Pengunjung : 550 orang (anggaran)
13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 PENUTUP

16.1 Dengan program ini, diharap hubungan di antara warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Al-Irshad dapat dieratkan dan seterusnya dapat melatih
pelajar menjadi insan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
16.2 Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran
yang positif bagi pihak tuan untuk memberikan kerjasama serta sumbangan
dalam menjayakan program Malam Simpulan Mahabbah Rasul ini.
Disediakan oleh,

………………………………………………….
(MUHAMMAD NAJMI NAJID BIN MUZAMMIL)
Ketua Pengarah
Malam Simpulan Mahabbah Rasul
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Sekolah Berprestasi Tinggi

Disahkan oleh,

…………………………………………………..
(Pn. Zainuryati Binti Zakaria)
Guru Penasihat
Malam Simpulan Mahabbah Rasul
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Sekolah Berprestasi Tinggi

Diluluskan oleh,

……………………………………………………
(TUAN HAJI USTAZ MOHD NASRI BIN OSMAN)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Sekolah Berprestasi Tinggi

Anda mungkin juga menyukai