Anda di halaman 1dari 10

Begini Rupanya Kehidupan Sebenar

Banduan Dalam Penjara..


2:04:00 AM Viral
Mahu tahu kehidupan banduan di dalam penjara? Rasanya
rata-rata dari kalangan pembaca tidak pernah duduk
dalam penjara atau mengalami sendiri penderitaan yang
dilalui oleh banduan semasa dipenjarakan. Berikut
adalah serba sedikit kehidupan banduan dalam penjara.
Semoga perkongsian dari Khai ini menginsafi kita semua.

Oleh : Khai Art Zfar

Ramai yang tak tau life dalam penjara macam mana. Ada
yang perit ada yang mewah, basically ni apa yang aku tau
sebab mostly family member aku kerja pegawai penjara
termasuk bapa aku.

Okay first kategori banduan ni banyak. Tak silap ada


dekat 7 dan dikategorikan ikut warna baju *correct me if
im wrong.
Ungu banduan reman.

Putih untuk tahanan pendek macam bawah 6 bulan.

Merah untuk 6 bulan ke atas tapi dorang pakai dalam 2-3


bulan camtu je.

Hijau selepas 3 bulan dia akan pakai baju ni.

Biru mostly untuk tahanan seumur hidup.

Hijau pucuk pisang = pra bebas(lagi 3 bulan nak bebas


camtu).

Last sekali baju putih belang merah yang ni untuk


banduan akhir (yang nak kena gantung).

So apa proses dia sebelum masuk dalam sel ni? Semua


barang of course la kena bagi untuk disimpan dan
direkod.
Yang peritnya dorang kena bogel. Sebab apa? First takut
ada barang terlarang, second sebab nak check parut.

Kenapa nak check parut? sebabnya untuk elakkan dari


pegawai kena tindakan atau nak tau samada banduan ni
kena dera ke apa di penjara. Jadi pemeriksaan parut ni
akan direkod. Kalau lebih tu faham-faham laa.

Untuk dibogelkan tu tak pasti lagi ada ke tak tapi ikut


logik memang patut pun. Ok dah bogel dorang ni diminta
ketuk ketampi. Untuk yang perempuan tak pasti.

Kenapa kena ketuk ketampi? Sebabnya banduan ni kalau


dah terdesak sanggup buat apa je termasuklah masukkan
bahan terlarang dalam bontot dorang, yang perempuan
makcik aku cakap siap sumbat dalam cikpit dia lagi
fuhhh.

So dah diperiksa semua, yang lelaki rambut kena rapat


tak silap antara no 1 dan 2 dan pakai baju penjara.

Kalau perempuan yang mengandung macam mana? Okay


ni menarik dorang memang boleh bersalin dan akan
dibawa ke hospital kerajaan macam biasa tapi akan ada
pegawai la yang jaga termasuk banduan lelaki yang sakit.
Untuk banduan perempuan yang bersalin tapi masih
dalam tahanan reman, anak dorang tu dibolehkan berada
dalam penjara sampai umur dorang 3 tahun *correct me
if im wrong. Makcik aku cakap pernah dorang lepaskan
budak tu dalam penjara, dia sendiri cari sel sebab dah
tau kat mana mak dia.

Okay pastu camne mandi pula? Hahaha penah dengar tak


pasal kalau sabun jatuh jangan kutip? Especially untuk
lelaki lah.

Dorang ni mandi ada masa dia dan dikawal ketat. Cara


mandi dia dalam satu kawasan besar then ada kolah
besar juga. Mandi ramai-ramai. Bila pegawai cakap 1, so
dorang pun kena jirus 1 kali air dekat badan dan
sampailah kiraan yang terakhir, kalau 10, 10 kalilah jirus.

Yang paling perit bila nak membuang lah. Fuhh dan yang
ni macam mewah sikit lah, siapa yang dapat penjara
lama macam penjara Taiping, Batu Gajah kalau tak silap
memang azab!
Dorang kalau nak membuang bagi penjara lama ada satu
bekas plastik sebesar baldi kecik tu. So kena buang
dalam tu weh bukan macam jamban yang kite tengok
selalu tu.

Pastu tandas dalam sel ni dia cover dengan dinding kecik


je. Kalau korang berdiri dinding tu adalah paras lutut. so
kalau korang cangkuk nak buang air, bahagian dada atau
leher ke atas confirm nampak

Lepas tu dah membuang, bukan ada air weh! Korang kena


bawa pula bekas tu keluar dari sel letak atas kepala ke
apa tah then buang ke satu kawasan. One for all , all for
one! Tu bagi penjara lama lah, penjara baru macam
penjara cangkung tu haa. Senang dah. So siapa yang kena
penjara Taiping dan penjara lama lain. Siap sedialah!
Hahaah.

Satu sel berapa orang pula? Okay penjara dah tetapkan


bilangan dalam satu sel kena ganjil dengan jumlah
minimum 3 orang kecuali banduan akhir.

Sebab apa? Sebabnya untuk elakkan kejadian buli dan


liwat etc. Dan dorang takkan tetap jumpa orang yang
sama dalam satu sel. Mostly akan rotate.

Selalu je ada kes-kes camtu.. setengah penjara tu


kedudukan penjara atas bawah dekat-dekat je. Pernah
ada kes untuk banduan perempuan, dorang main libas
tetek atas bawah. Hahaahh.
Makan pula camne? Haa ni pun mewah! Dulu sekadar ikan
kering dengan nasi putih je. Sekarang complete meal!
Kadang sampai 5 kali sehari. so apa yg dorang makan?
Nasi lauk rotate. Dan wajib ada buah.

Kalau time raya lagi heaven. Family datang bawa makan


sedap-sedap! Pastu yang bestnya pernah aku teman
bapak aku order KFC satu lori sebab nak bagi banduan
makan in case family tak bawa makanana dan dorang beli
kat situ.

Pernah satu hari tu bapa aku runsing tak jumpa orang


jual lemang dalam kuantiti banyak sebab takut banduan
bising tak dapat makan dengan family diorang time hari
raya.

Basically banduan ni hidup sama macam kite gak dalam


penjara bezanya terkepung dalam tembok batu. Dalam
penjara pun dorang bekerja dan diberi upah. Ada yang
masak, jahit, tukang semua la pendek cite.

Satu gaji dorang kalau tak silap sehari 20 sen-50 sen


camtu, dan duit tu dorang boleh beli makanan dalam tu,
baju baru or sabun untuk kegunaan dalam penjara.

Rasanya pasal banduan dengan life dorang dah settle kot.


Sekarang meh nk cite pasal banduan akhir. Dorang ni
akan ditempatkan dalam satu bilik khas asing dan duduk
sorang. Bilik tu pulak hanya ada ruang kecik sebesar
kotak tisu untuk cahaya masuk.
Sebelum ke tali gantung, dorang ni boleh request nak
makan apa je, bagi yang muslim confirm la takde selera.
Tapi yang non muslim ni order macam-macam nak
merokok la apa lah.

Gantung ni ada prosedur dia. Kalau yang muslim


dijatuhkan hukum hari isnin, dia akan tunggu sehingga
hari jumaat untuk digantung. Masa pula akan digantung
antara 6-7 pagi.

Ayah aku cakap paling kesian tengok family lah. Sebab


sebelum gantung pagi tu dorang boleh jumpa family dan
mostly speechless hanya menangis je.

Pastu bila dah gantung. Leher dorang hanya akan tinggal


sebesar dua jari je, bahagian trachea. Bila buka tali
gantung tu macam-macam bunyi akan keluar. Tapi tu
bunyi angin bukan sebab mayat tu hidup ke apa.

Leher dorang pun takkan luka, sebab dekat tali gantung


tu ada macam kain yang cover leher. Dan masa gantung
kalau ada kaki yang menggelupur tu bukan sebab tercekik
tapi sebab leher dah patah. Mayat banduan pun tak akan
di post mortem.

Okay banduan akhir pun dah habis cite dia. Sekarang bab
hukuman sebat yang paling aku takut time kecik-kecik lol
hahah.

Untuk perempuan hukuman sebat dia bukan mcam lelaki.


Dia akan sebat dengan tangan yang nak sebat tu kepit
buku di ketiak. Kalau lelaki haa amik lajak lah untuk
sebat.

Tukang sebat pula akan dipilih based on paling power dan


kental hati dia. Rotan dia ada banyak jenis dan akan
rendam dalam clorox untuk elakkan jangkitan. Tukang
sebat pun setiap satu sebatan ada upah dia dalam rm2-5
satu sebatan.

Bila nak kena sebat. Banduan akan dibogelkan dan pakai


cawat khas, cover depan. Ada tali kat pinggang tapi
bahagian bontot nampak. Terus sandar dekat satu kusyen
ni.

Tangan dan kaki dia diikat atas bawah, pastu muka


banduan akan mengadap pegawai, sorang pegawai akan
tekup leher banduan ke bawah. Time kena sebat tu
macam-macam la keluar, selain meraung, muntah berak
kencing pun dah biasa weh.

Hukuman pula, tengok keadaan banduan, kalau kena


berpuluh sebatan tu memang akan buat separuh-separuh,
kadang tak sampai 5 pun dah stop. Sebab bontot dia dah
teruk sangat. Pengsan jangan cakap lah. So akan
disambung bila keadaan fizikal dia dah okay.

Bila dah kena sebat, confirm tak boleh diri. Dan memang
akan meniarap je, nak buang air tu confirm pedih silap
haribulan tak sanggup nak buang. Tu la buat jahat lagi!

Oh mana-mana sekolah or NGO boleh je contact mana-


mana penjara sebab dorang memang ada buat roadshow
demo sebat.

So last sekali pasal penjara. Hampir setiap negeri ada


penjara dia. Dan setiap penjara ni ikut aturan hukum dia.
Macam Batu Gajah untuk dadah, Kajang untuk penjara
wanita dan semua, gantung pun ada tempat dia tak
semua penjara ada.

Even sesetengah penjara memang lama gila, tapi ada


penjara baru yang canggih weh sampai paling canggih
dekat Asia.

Antara penjara yang canggih, korang boleh tengok


penjara Tapah, penjara Pokok Sena dengan penjara Jawi.

Canggih sebab apa? Contohnya Menara Tinjau. Beza


penjara baru dengan yang lama, yang baru guna sistem
kamera, yang lama masih lagi ada pegawai jaga Menara
Tinjau.

Kamera dia pun canggih gila, boleh zoom lebih 500


meter. Sampaikan langsir pun ada yang boleh tembus.
Pastu kat setiap dinding akan ada detector. Jadi benda
apa-apa yang lintas situ automatik kamera akan fokus
dekat dia.

Okay sebelum end story nak cite pasal 'pra bebas'. Pra
bebas ni dorang boleh keluar dari kawasan penjara
(sekitar perumahan kakitangan) tapi sebelum jam 5 dan
dipantau rapi pegawai-pegawai.
Dorang ni kalau lari juga memang bodoh lah sebab bila
kena tangkap sia-sia since lagi berapa bulan je dah nak
bebas, dorang ni bila dapat keluar bukan saja-saja.

Dekat area rumah kite orang, banduan ni lah yang kutip


sampah, tukang kebun, kerja dobi, bengkel kayu semua.
Sebab tu penjara ada produk dia sendiri and teliti.

Anda mungkin juga menyukai