Anda di halaman 1dari 4

Drama emak berpesan dengan anak

IWAN : Emak, Iwan nk pergi sekolah ni

EMAK : Oh, Iwan nak pergi sekolah ye. Iwan, dengar pesan mak ni ye. Ayah dah tak ada. Iwanla satu-
satunya harapan emak. Iwan belajar bersungguh-sungguh ya. Jangan buat perkara tak elok ya nak.

IWAN : Baik mak. Iwan ingat pesan mak. Iwan pergi dulu ye mak. Assalamualaikum

EMAK : Waalaikumussalam. Ya Allah. Dialah satu-satunya anakku ya Allah. Ko jadikanlah anakku ini anak
yang soleh, menjadi kebanggaan keluarga dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aminnn

Drama cikgu berpesan kepada murid


IWAN : Assalamualaikum cikgu

CIKGU : Waalaikumussalam Iwan. Iwan nak pergi ke mana ni?

IWAN : Saya nak ke library cikgu. Ada kerja sikit

CIKGU : Alhamdulillah, bagus tu Iwan. Dengar ni Iwan, cikgu nak pesan sikit. Keluarga awak bukan
keluarga org berada. Siapa lagi yang akan mengubah nasib keluarga awak kalau bukan awaklah
orangnya. Jadi cikggu harap awak terus berusaha mencapai kecemerlangan ya.

IWAN : Terima kasih cikgu. Insyaallah saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan ingat pesan cikgu tu
sampai bila-bila. Saya pergi dulu cikgu.

CIKGU : Baiklah

Drama kawan menggoda kawannya

HARIZ : Hai Iwan. Ko buat ape ni?

IWAN : Aku tengah baca buku. Ko tak nampak ke?

HARIZ : Isyh jangan eksen sangat. Tanya pun tak boleh ke. Wei Iwan. Aku nak Tanya ko sikitla. Ko tak
boring ke asyik baca buku je?

IWAN : Biarlah. Aku nak berjaya. Bkn mcm ko.

HARIZ : Tapi ko ingat asyik baca buku ni boleh berjaya ke? Aku tengok tak pernah pun ko dapat nombor
satu dalam kelas. Lebih kurang macam aku je. Tapi aku tak baca buku sangat pun macam ko.

IWAN : Yeke ko ni?


HARIZ : Ha tulah ko. Asyik baca buku je. Mana ada life kalau hidup mcm ni. Kalau asyik baca buku je,
boleh stress ko tau. Boleh mati dalam tekanan. Kita ni sebagai student kadang-kadang kena release
tension jgk baru ada life. Baru happy beb

IWAN : Habis tu ko nak aku buat ape?

HARIZ : Haaa macam tu la. Jom ikut aku. Aku tunjuk kat ko life yang sebenar sebagai student

BABAK 2

HARIZ : Woi geng, kita ada ahli baru ni

HAIKAL : Pehh… lain mcm ahli baru kita ni. Selamat datang Iwan

HARIZ : Ha tgk orgla. Ayat baik punye ni. Jom Iwan

IWAN : Korang buat ape ni?

HARIZ : Ha ni meh aku ajar ko. Daripada ko baca buku tak ada hasil, meh aku ajar ko buat duit

IWAN : Eh, ni bkn judi ke?

HAIKAL : Ni bkn judi. Bukan ribu-ribu pun. Secara kecil-kecilan je. Halal. Rilekla. Ko jugak yang untung
nanti.

SEMUA : Hahahahaha…

Drama pelajar yang semakin hanyut


IWAN : Eh, mana budak-budak ni. Kata pukul 12, ni dah pukul 1. Isyhh..

HARIZ : Assalamualaikum Iwan. Wah, awal ko sampai.

IWAN : Awal kepala hotak ko. Janji pukul 12, ni dah pukul 1. Janji yang tak ditepati dosa wei. Kawan
syaitan

HAIKAL : Ok-ok sory. Janganla marah. Ko ingat senang ke nak cabut sekolah. Cikgu Tumin selalu round
sekolah tau. Kalau kena tangkap, nayala kiteorang. Lainla ko. Ponteng sekolah terus. Memangla awal
sampai.

IWAN : Ala alasan. Macam baru sekali dua cabut. Bukan korang dah pro ke kerje-kerje macam ni.

HARIZ : Sudahlah wei. Kalau bertekak je, sampai kiamat tak habis. Dah jom kita start. Hah mana kadnya?

IWAN : Haa aku main RM10 (sambil membuka kotak rokok)

HAIKAL : Aik, sejak bile kau main hisap rokok ni? Hari tu aku ajak, ko menolak. Sekarang, dah pandai
terus. Tak payah ajak dah.
IWAN : Ala hisap rokok je pun. Itu pun nak kena belajar ke.

HARIZ : Hahahaha, betu jugak eak. Bagus-bagus. Ko memang bagus Iwan

SEMUA : Hahahahahaha……..

Drama anak kantoi dan kurang ajar


EMAK : Manala Si Iwan ni tak balik-balik (sambil melipat baju). Eh, apa ni? (terjumpa rokok). Iwan hisap
rokok?

IWAN : Assalamualaikum.

EMAK : Waalaikumussalam. Iwan!! Ini apa ni? Ko dah pandai hisap rokok ea?

IWAN : Emm…emm..bukan mak. Rokok tu bukan Iwan punye. Tu rokok kawan. Tertinggal dalam poket
seluar Iwan.

EMAK : Jangan nak bohong mak Iwan. Mak pun perasan Iwan berbau rokok sejak balik dari sekolah
sekarang ni. Ko memang hisap rokok kan?

IWAN : Emm…mana ada mak. Tak ada mak. Iwan tak hisap rokok

EMAK : Iwan tipu. Iwan tipu mak kan. (sambil memukul-mukul Iwan) Iwan dah pandai hisap rokok kan.
Kenapa Iwan? Kenapa????

IWAN : Ahhhh. Sudahla mak. Ya, memang Iwan hisap rokok. Emak tahu kenapa Iwan dah pandai hisap
rokok? Sebab Iwan bosan. Stres. Tertekan. Iwan asyik kena baca buku, baca buku, baca buku. Tapi Iwan
tak pandai-pandai jugak. Iwan hidup miskin jugak. Iwan pun nak rasa hidup seronok. Iwan tak nak asyik
hidup susah dan bosan macam ni.

EMAK : Ya Allah Iwan. Kenapa ko cakap macam tu nak. Memangla sekarang Iwan belum berjaya. Tapi
Kalau Iwan berusaha bersungguh-sungguh, Insya-Allah Iwan akan berjaya juga suatu hari nanti. Masa
itula Iwan akan hidup senang. Iwan akan mengubah nasib hidup keluarga kita.

IWAN : Sudahlah mak. Dari dulu dah mak cakap mcm ni. Tapi sama ja. Kita tak kaya-kaya jugak. Mak
tahu tak, kita miskin sebab mak. Tapi Iwan yang kena tanggung. Iwan yang kena ubah semua. Iwan
stress tau mak.

EMAK : IWANNN!!! Pangg!!! (melempang Iwan) Ko cakap ape ni!!??? Sanggup k Iwan cakap macam ni
dengan mak

IWAN : (melarikan diri sambil memegang pipi)

EMAK : Allahhhh (sambil memegang dada kerana sakit jantung)


Drama berdoa atas tikar sejadah
IWAN : Ya Allah ya tuhanku, di hamparan sejadah ini, diriku dipenuhi lumpur-lumpur dosa. Aku menadah
tangan penuh mengharap agar Engkau mendengar rintihan hatiku ini. Ya Allah tuhan yang maha
pengampun, Aku hambamu yang lalai, hambamu yang lemah, hambamu yang alpa. Kauampunilah dosa-
dosaku Ya Allah. Dosa-dosaku ke atas kedua-dua ibu bapaku. Dan juga kauampunilah dosa-dosa kedua-
dua ibu bapaku. Selamatkanlah aku ya Allah dari api neraka walaupun kutahu aku tak layak ke syurga-
Mu. Terimalah ya Allah taubatku ini. Aminnn..

Drama mohon maaf dengan cikgu


IWAN : Assalamualaikum cikgu

CIKGU : Waalaikumussalam. Eh, Iwan

IWAN : Cikgu, saya mohon maaf cikgu (sambil mencium tangan cikgu). Saya tersilap langkah. Saya salah
memilih rakan. Akhirnya saya terperangkap dan menyesal tak sudah. Akibatnya, saya menerima balasan.

CIKGU : Iwan, manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Semua akan membuat silap.

IWAN : Tapi cikgu, kesilapan saya cukup berat sehingga menyebabkan emak saya tiada (menangis
teresak-esak)

CIKGU : Sudah Iwan. Perkara yang lau jangan dikenang lagi. Jadikan sebagai pengajaran untuk awak
terus melangkah. Cikgu doakan awak akan terus cemerlang dunia akhirat dan tak akan mengulangi
kesilapan awak itu lagi

IWAN : Terima kasih cikgu (sambil memeluk cikgu)

Anda mungkin juga menyukai