Novel Silir Daksina
Novel Silir Daksina
SILIR DAKSINA
NIZAR PARMAN
a. Sinopsis Keseluruhan
b. Sinopsis Bab
BAB SINOPSIS
1 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-
belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai
tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa
memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan
dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal
teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu
bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.
Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah
dewasa.
2 Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi
Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu.
Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita
tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak
sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana
takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa
manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkai
persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim
manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee
Hwa yang tidak dikenalinya.
3 i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk
belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar
dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim
(Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti
itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke
Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).
Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah
Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-
mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan
datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah
menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari itu
hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang
rajin sehingga mampu memgumpul duit untuk membeli tanah kebun
ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi
oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia
menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk
menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak
berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia
sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam
diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas
Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat
dengan Ai Ling.
iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan
Zapin DPurnama meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk
berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke
kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri
juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak
zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan
nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk
menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir
mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi
dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya.
Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang
tersebut.
c. Tema
Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh
Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan
olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.
d. Persoalan
PERSOALAN CONTOH
1 Persoalan kegigihan seorang remaja untuk
merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan
ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah
mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
2 Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian
zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama
telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin
di kampung tersebut.
Watak Sampingan
2. Ong Siew Hwa seorang yang rajin ( m.s. 149, m.s. 215)
a. Siew Hwa sentiasa mengemas rumah Abdullah bin Kayan setelah gurunya itu
meninggal dunia.
b. Siew Hwa juga mengemas bilik bacaan di balai raya seminggu sekali.
3. Ong Siew Hwa seorang yang cinta akan seni budaya . (m.s. 268- 270)
a. Siew Hwa berkebolehan untuk menari zapin walaupun dia berbangsa Cina
b. Dia juga pengerusi kelab seni budaya di kolejnya.
5. Ong Siew Hwa seorang yang suka membantu/tolong - menolong (m.s. 263)
a. Siew Hwa bersama -sama dengan penduduk kampung yang lain membersihkan
balai raya agar kelihatan cantik sebagai persiapan menjelang hadirnya YB Adun
Dato' Syaiful Azizi ke kampung itu.
g.Latar Masyarakat
1. Masyarakat Majmuk
Huraian : Kampung Seri Purnama terdiri daripada masyarakat yang majmuk seperti
Pak Cik Bakar, Wak Min, Sea Hwa (Ai Ling), tauke Lim (Ong). (m/s 146)
2. Masyarakat peniaga
Huraian 1 : Tauke Lim menjalankan perniagaan peraih pisang dan pinang di
kampung Seri Purnama dengan mejual jasilnya di pekan. (m/s 28)
Huraian 2 : Wak Min berniaga di warung menjual makanan dan minuman di
kampung Seri Purnama. (m/s 143-145)
3. Masyarakat guru
Huraian : Cikgu Zam, Cikgu Latifah, ustazah Munirah berbincang tentang Ai Ling
yang berminat belajar Pendidikan Agama Islam. (ms 38)
4. Masyarakat kampung
Huraian : Beberapa penduduk kampung seperti Pakcik Bakar, Tauke Ong,Haji
Salim,Wak Arif dan Pak Cik Ramlan menghadiri mesyuarat JKKK untuk menghidupkan
kembali kumpulan zapin D’Purnama. ( ms 238)
5. Masyarakat petani
Huraian : Abang Bidin dan abang Salleh mengambil upah memotong buah kelapa
sawit ( ms 193 )
1. Waktu malam
Umi Haiqal masuk ke kamarnya lalu duduk di birai katil dan membelai – belai rambut Haiqal
lalu
Cikgu Amirul Nizam, Roslan, Ramli dan Abang Bakir bersembang – sembang di hadapan
Balai Raya (m/s 50)
Acara persembahan tarian Zapin dan Ghazal dimulakan. Selepas bacaan doa, Ai Ling naik
ke
2. Gerai Ratna
Haiqal menikmati keropok lekor dan segelas teh tarik ( ms 8 )
Haiqal mengunjungi warung Ratna untuk menikmati laksam
4. Bilik Guru
Cikgu Zam ( Abdullah Bin Kayan ) berbual-bual dengan Cikgu Latifah tentang sikap
pelajarnya ( ms 35 )