Anda di halaman 1dari 3

The Power of Sedekah

‘Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat,
maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri,‘

Surah al Isra’, 17:7

‘Barangsiapa melapangkan kesusahan (kesempitan) seseorang di dunia maka Allah akan melapangkan
baginya kesusahan hari kiamat dan barangsiapa memudahkan kesukaran seseorang di dunia maka Allah
akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat’.

Riwayat Muslim

‘Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’

At Taubah 9:103

‘Berinfaqlah dan janganlah kamu menghitung-hitung hartamu, kerana Allah juga akan menghitung-
hitung rezekiNya untukmu, dan janganlah engkau bakhil dengan hartamu, kerana Allah juga akan bakhil
kepadamu’.

Hadis Riwayat Bukhari

‘Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan
barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang
dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).’

Al An’am 6:160
1. Sedekah membentuk minda ‘kaya’ walaupun anda belum bergelar jutawan.

‘Satu dirham mengalahkan 100,000 dirham’. Lalu seseorang bertanya: Bagaimana hal itu boleh terjadi
wahai Rasululullah? Sabda Baginda lagi ‘Seseorang mempunyai harta yang banyak sekali kemudian ia
mengambil dari hartanya itu 100,000 dirham untuk disedekahkan. Tetapi ada seseorang yang tidak
mempunyai apa-apa, kecuali hanya 2 dirham, lalu yang 1 dirham ia ambil untuk disedekahkan’.

Hadis Riwayat An-Nasa’ie

‘Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha
Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.’

Al Baqarah 2:261

‘Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali 3 – sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat,
serta doa anak yang soleh’.

Riwayat Imam Muslim


2. Ingin tahu teknik ‘beyond marketing?’
Bagaimana sedekah mampu menjemput rezeki?

‘Sesiapa yang datang kepada bomoh atau tukang tilik dan membenarkan apa yang diperkatakan
olehnya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW.’

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud

‘Dan kamu merancang. Kami juga merancang. Dan ketahuilah perancangan Kami (Allah) yang paling
baik, paling sempurna’.

A’li Imran 3:54

‘…..barangsiapa yang sedang disempitkan rezekinya, maka bernafkahlah (bersedekah) dengan


apa yang telah Allah kurniakan kepadanya…..’

At Talaq 65:7

‘Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna) sehinggalah kamu
menafkahkan harta yang paling kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya’.

A’li Imran 3:92

3. Sedekah bukan setakat membentengi kekayaan, bahkan ia menambahlkannya

Anda mungkin juga menyukai