Anda di halaman 1dari 4

Pertempuran Karbala

SAIDINA HUSAIN KE KUFAH


Apabila Muawiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Muawiyyah r.a telah diangkat menjadi
penggantinya sebagai Khalifah.

Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya yang menyokong ahlul bait telah menolak kepimpinan
Yazid dan ingin melantik Saidina Husain sebagai khalifah yang baru.

Syits bin Rab'ie dari Kufah menulis surat kepada Saidina Husain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan
tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah
mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani
Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.

Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah, maka beliau (Saidina Husain) mengutuskan
Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Husain memaklumkan niat
pemergiannay ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga untuk mendapatkan pandangan
mereka.

Namun demikian para sahabat serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-
Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’
al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain menasihat dan cuba
menghalang niat Saidina Husain tersebut.

Ini adalah kerana mereka tidak percayakan kejujuran penduduk Kufah. Menurut mereka, penduduk Kufah
inilah kelompok yang pernah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’ yang terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman
bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat
yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini
merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.

Bagaimanapun nasihat mereka gagal untuk menghentikan hasrat Husain untuk ke Kufah. Saidina
Hussain pernah berkata, "saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan
sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya
atau memberikan keuntungan kepada saya.

Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?

Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh
memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Allah (kematiannya) – Rujuk Tarikh
al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-
Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270.

Malah Saidina Husain sudah tekad mengatakan, "Saya sudah melakukan istikharah dan akan berangkat
kesana".

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain bersama 72 pengikutnya ke Kufah maka
Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk
berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.

Pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah menuju ke Iraq.
Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan
sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu
dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku". – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165.
Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Saidina Husain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad
Asri Yusoff.

PEMBUNUH SEBENAR SAIDINA HUSSAIN


Terdapat dua versi riwayat kisah pembunuhan Saidina Husain di Karbala yang berlaku pada
10Muharram 61H;

Versi Pertama
Ubaidillah bin Ziyad, gabenor Kufah dikatakan amat membenci Saidina Husain telah bertindak berlebihan
dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di Karbala. Tindakan
Ubaidillah bin Ziyad bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya kepada khalifah. Tindakan penduduk
Kufah yang sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Husain telah melarikan
diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad.

Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang
berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka.

Sampai akhirnya, terbunuhlah Saidina Husain r.a sebagai orang yang dizalimi dan sebagai syahid di
tangan kerakusan Ubaidillah. Kepala Saidina Ali dipenggal dan disusuk dengan pedang. Tindakan
Ubaidillah amat tidak disenangi oleh pegawai-pegawai tenteranya, Anas bin Mâlik, Zaid bin Arqam dan
Abu Barzah r.a yang berada di situ. Menurut riwayat ath-Thabrâni rahimahullah dari hadits Zaid bin
Arqam r.a :

ِ ‫ع َل ْي ِه َو َسلَّ َم فِي َم ْو‬


‫ض ِع ِه‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬ ُ ‫ض ْيبَكَ فَقَ ْد َرأَيْتُ فَ َّم َر‬
ِ ‫س ْو ِل‬
َ ‫هللا‬ ْ ُ‫ع ْينِ ِه َوأ َ ْن ِف ِه فَقُ ْلت‬
ِ َ‫ارفَ ْع ق‬ ِ َ‫فَ َجعَ َل ق‬
َ ‫ض ْيبًا فِي يَ ِد ِه فِي‬

"Lalu dia mulai menusukkan pedang yang di tangannya ke mata dan hidung Husain r.a. Aku (Zaid bin
Arqam) mengatakan, "Angkat pedangmu, sungguh aku pernah melihat mulut Rasulullah (mencium)
tempat itu".

Demikian juga riwayat yang disampaikan lewat jalur Anas bin Malik r.a :

َ ‫ " فَا ْنقَ َب‬: ‫ قَا َل‬, َ‫ض ْيبَك‬


‫ض‬ ِ َ‫ض ُع ق‬ ُ ‫س ْو َل هللاِ صلى هللا عليه وسلم يَ ْلثِ ُم َحي‬
َ َ‫ْث ت‬ ُ ‫فَقُ ْلتُ َلهُ إِنِِّي َرأَيْتُ َر‬

Aku (Anas bin Malik) mengatakan kepadanya, "Sungguh aku telah melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wa sallam mencium tempat dimana engkau menaruh pedangmu itu." Lalu Ubaidullah mengangkat
pedangnya.

Versi Kedua
Wakil Saidina Husain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang
oleh penduduk Syiah di sana. Muslim telah dibunuh oleh penduduk Kufah sebelum beliau sempat
mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Husain yang semakin hampir tiba ke
bandar Kufah tentang kecurangan penduduk Kufah. Maka Saidina Husain membatalkan hasratnya untuk
ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.

Penduduk Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Husain berbai’ah
kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan
kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.

Menurut ulamak Syiah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi, tentera Kufah lengkap bersenjata dari Kufah
mengejar rombongan Saidina Husain dan mereka bertembung di Karbala. Syits bin Rab’ie mengetuai
4000 bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya
untuk memenggal kepala Saidina Hussain (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).

Baqir Majlisi turut mencatat, “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka
berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain.
Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka
mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak
berguna apaapa”. (Jilaau al-’Uyun, hal. 430)

Manakala di dalam kitab A’yanus Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan
bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian mereka
mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi berada di tengkuk-
tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).

Versi kedua ini menafikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan
Saidina Husain, versi kezaliman Yazid adalah datangnya dari sumber pengikut Syiah iaitu Abu Mukhnaf,
Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.

KATA-KATA TERAKHIR SAIDINA HUSAIN


Terdapat riwayat bahawa ucapan Saidina Husain sebelum terbunuh di Karbala, "Ya Allah, berilah
putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami untuk menolong kami, namun
ternyata mereka membunuh kami." – Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhinatan Syiah Dan Pengaruhnya
Terhadap Kekalahan Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami’, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms.
35-36.

Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Husain sebelum syahid di
Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu.
Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela
kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan
kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu
musuh-musuh di dalam menentang kami." – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari
artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Seterusnya Mulla BaaqirMajlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan Syi’ah:
"Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat… Kamu akan menghukum
diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuh mu dan muka mu dan kamu akan
menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keuntungan di dunia dan kamu tidak
akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu
akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya." - –
Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di
Karbala.

SAKSI PERTEMPURAN
Ali Zainal Abidin salah seorang anak Saidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan
yang masih hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan
perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis. Beliau berkata,
" Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At
Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).

Thabarsi seorang ulama Syiah menukilkan kata-kata Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata
beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu,
ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya
datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu
kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan
buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306).

Saidatina Zainab, saudara perempuan Saidina Husain yang terselamat dari peristiwa itu juga mendoakan
keburukan untuk orang Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu
menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum
lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang
kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada
kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu
pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli
keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh
dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).

Ummu Kulthum anak Saidatina Fatimah pula berkata" Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya
keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak
membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang
perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai
mukamu".

Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami
sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan
kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)

Manakala Fatimah anak perempuan Saidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan
merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Saidina Ali). Sentiasa darah-darah
kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya.
Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan
dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu
dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih
"(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306).

SELEPAS PERTEMPURAN
Abdullah ibnu Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Rasulullah s.a.w turut mengatakan, penduduk
Kufah lah yang bertanggungjawab ke atas kematian Saidina Hussain.

Khalifah Yazid yang ketika itu berada di Syam sangat menyesal terjadinya peristiwa menyedihkan itu.
kerana bapanya, Muawiyah berpesan agar berbuat baik kepada kerabat Rasulullah s.a.w. Setelah
peristiwa itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Husain yang terselamat dari
serangan tersebut sehinggalah mereka kembali selamat ke Madinah.

HARI PERINGATAN SAIDINA HUSAIN


Daripada peristiwa kekejaman di Karbala, setiap 10 Muharram pada hari Asyura wujudnya ritual hari
kesedihan dan ratapan dikalangan penganut Syiah untuk kesyahidan Saidina Husain seperti menampar-
nampar, berteriak, merobek-robek dan melaknat para sahabat.

Anda mungkin juga menyukai