Anda di halaman 1dari 2

Cafelicious @ Clubhouse R3__________________

STANDARD PENGURUSAN OPERASI KAFETERIA

1.0 KESIHATAN PEKERJA DAN KEBERSIHAN DIRI

Polisi : Semua pekerja pengendali makanan wajib mengekalkan kebersihan diri


untuk memastikan keselamatan makanan yang dikendalikan

Prosedur: Semua pekerja restoran wajib;

1.1 Ketrampilan Diri

1.1.1 Hadir ke tempat kerja dengan dengan bersih dan menggunakan


deodorant setiap hari
1.1.2 Kuku harus sentiasa dipotong pendek
1.1.3 Basuh tangan ketika;
- sebelum mula kerja dan sebelum mengendalikan makanan
- mengendalikan makanan ketika berlaku pencemaran makanan
- selepas menggunakan tandas dan kembali ke stesen kerja
- pertukaran ketika mengendalikan makanan mentah dan bermasak
- selepas menyentuh muka, hidung, rambut, dan selepas batuk atau
bersin
- selepas kerja pembersihan stesen kerja
- selepas merokok, makan dan minum
- selepas mengendalikan kerja-kerja pembersihan seperti mengelap meja,
membuang sampah, dan menyapu lantai
1.1.4 Basuh tangan hanya di tempat yang dikhaskan untuk membasuh tangan
1.1.5 Keringkan tangan menggunakan kain yang dikhaskan

1.2 Pakaian yang bersesuaian

1.2.1 Pakai pakaian yang bersih dan bersesuaian, kasut yang tertutup dan
selesa untuk berdiri dan bekerja
1.2.2 Gunakan apron sewaktu berkerja dengan kesesuaian;
- guna apron sewaktu mula berkerja
- tanggalkan apron sewaktu pergi ke tandas
- tanggalkan apron ketika meninggalkan tempat kerja
- apron hendaklah sentiasa bersih dan tidak berbau
1.2.3 Gunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan yang
memerlukan penggunaan sarung tangan

1
STANDARD PENGURUSAN OPERASI
Cafelicious @ Clubhouse R3__________________

1.3 Rambut dan barang kemas

1.3.1 Topi / Tudung / Buff hendaklah sentiasa dipakai sewaktu berkerja


1.3.2 Rambut yang panjang hendaklah sentiasa diikat dengan kemas
1.3.3 Barang kemas dan perhiasan diri seperti cincin, gelang, dan rantai tangan
tidak boleh dipakai sepanjang waktu berkerja

1.4 Sakit dan tidak sihat

1.4.1 Pekerja hendaklah melaporkan sebarang rasa sakit dan tidak sihat
kepada majikan
1.4.2 Jika pekerja perlu untuk cuti sakit, pekerja perlu memaklumkan dengan
seawal mungkin kepada majikan sebelum waktu syif berkerja

1.5 Kecederaan akibat melecur, terpotong dan melecet

1.5.1 Balut sebarang kecederaan yang merosakkan kulit


1.5.2 Maklumkan kepada majikan mengenai sebarang kecederaan

1.6 Merokok dan mengunyah gula-gula getah

1.6.1 Merokok hanya dibenarkan di tempat yang ditetapkan. Merokok adalah


dilarang di tempat keseluruhan tempat kerja
1.6.2 Mengunyah gula-gula getah adalah tidak dibenarkan ketika waktu berkerja

Pengurus restoran akan memastikan;

1. Semua pekerja mematuhi Standard Pengurusan Operasi 1.0 berkenaan


kesihatan pekerja dan kebersihan diri
2. Tindakan susulan diambil apabila perlu

POLISI DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA: 6 JANUARI 2018

2
STANDARD PENGURUSAN OPERASI

Anda mungkin juga menyukai