Anda di halaman 1dari 2

Teks debat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang
Berhormat, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Hadirinsekalian,

Sebagai pencadang yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua
Pembangkang sebentar tadi iaitu“ Guru lelaki lebih pandai mendidik pelajar berbanding guru wanita”.
Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh iaitu“ Guru
wanita lebih pandai mendidik pelajar berbanding guru lelaki”.

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa guru lelaki lebih pandai
mendidik pelajar berbanding guru wanita.

Wanita memang terkenal dengan sifatnya yang tersendiri. Antara sifat yang dimiliki oleh wanita ialah
Lemah lembut, penyabar, penyayang dan lain-lain. Saya akan membahas satu per satu sifat wanita ini
yang membolehkan wanita mendidik para pelajarnya dengan baik. Seperti yang saya katakan tadi,
penyayang adalah sifat utama bagi setiap wanita yang wujud di setiap pelosok dunia. Sifat penyayang ini
mampu untuk merapatkan serta mengakrabkan hubungan antara guru wanita dan pelajar. Perkataan
penyayang merujuk kepada perkataan dasar bagi‘ Sayang ’ yang menyatakan kasih sayang. Guru wanita
adalah orang yang terdekat untuk para pelajar mudah meluahkan atau memberitahu masalah mereka. Hal
ini kerana guru wanita merupakan ibu pelajar ketika berada di sekolah. Maka dengan itu, guru wanita
diibaratkan sebagai seorang ibu untuk pelajar.

Seterusnya, sifat kedua yang saya katakan adalah sifat penyabar yang merujuk kepada perkataan asalnya
iaitu‘ sabar ’. Sifat sabar teramatlah diperlukan dalam mendidik anak bangsa kita. Para pelajar
mempunyai pelbagai karenah yang kita tidak dapat nafikan. Cuba anda fikirkan apabila seseorang guru
itu tidak memiliki sifat sabar. Memang benar setiap orang ada tahap kesabarannya yang tersendiri. Yang
ingin saya perkatakan di sini, adalah namun sampai mana tahap seseorang guru lelaki itu? Guru wanita
sangat sabar dalam mendidik para pelajarnya. Seseorang guru boleh mencetuskan banyak masalah kesan
dari hilangnya kesabaran mendidik para pelajar dan seterusnya mendatangkan stress. Hal ini kerana
kebanyakan lelaki tidak dapat menangani kemarahan mereka dengan baik.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar
usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih


Teks penggulungan kata
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada barisan pembangkang dan seterusnya rakan–rakan
sekalian.

Hadirinsekalian,

Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan membidas
ketiga-tiga hujah pincang yang telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar tadi dan
seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah tersebut.

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini
iaitu bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara. Jadi, berdasarkan rumusan hujah
mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan
sebulat suara.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.


Sekian, terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai